Thursday, May 18, 2017

Delay.

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Semalam aku dikhabarkan oleh adik dalam whatsapp group family untuk tangguh semester dia yang sekarang ni atas alasan masalah kewangan sahaja. 

Semua dah bagi pendapat kecuali aku sebab waktu itu aku berada di luar. Seperti biasa, ummi akan menyuruh istikharah. Adik pula cakap kalau nak tangguh, biarlah bermula semester hadapan sebab semester ni berbaki sebulan lebih sahaja lagi.

Katanya kalau dia balik Ramadhan ni, dia dapat offer jadi imam untuk terawih dan dapatlah sedikit elaun untuk support dia. But then, pada aku sangat tak worth sebab dia dah go through tiga bulan lebih and he need to start this semester all over again.

Banyak juga soalan yang aku tanya antaranya berapa jumlah yuran bagi tiap semester, satu semester ada berapa bulan sebab aku nak tahu berapa banyak duit yang sudah digunakan untuk semester ni dan berapa banyak lagi duit yang diperlukan untuk sebulan lebih lagi sebelum tamatnya semester ni.

Soalan-soalan yang aku tanya sebenarnya untuk aku buat comparison, worth atau tak untuk dia start tangguh semester ni. Sebenarnya aku tak payah tanya pun takpe sebab dah obvioulsy nampak tak worth to start delay this semester sebab tinggal sebulan lebih je lagi.

Sengaja aku tanya dalam whatsapp group tu sebab nak bagi dia nampak apa sebenarnya apa yang aku cuba nak sampaikan. Penat dia menjawab sampai dah mengantuk katanya. 

Whatsapp terakhir aku adalah, "So as a conclusion, kau teruskan semester ni sampai habis. Nak extend, start sem depan. Aku bagi seribu. K dah, pergi tidur."

Aku takkan izinkan adik-adik aku tangguh hanya sebab masalah kewangan melainkan tangguh sebab fail itu lain cerita.

Berbekalkan dengan duit JPA yang aku ada ni, insyaAllah cukup untuk support adik aku  sebulan lebih dekat sana. Cuma aku tak boleh seronok sangatlah makan macam-macam. Kena ikat perut sedikitlah. Aku takpe, aku dah biasa buat kerja ni waktu semester dua dulu.

Aku sebenarnya tak sabar nak kerja, nak support family especially adik-adik aku yang masih belajar lagi ni. Adik-adik aku semua dah lepas, barulah lega hati seorang kaklong ni nak kahwin ke apa ke. Kahkah

Rileks. Allah baru nak uji sedikit. Jangan cepat goyah. Just ask Allah's help to go through it. Moga Allah permudahkan segala urusan insan-insan yang masih tertangguh. Dear Allah, you know what lies in our hearts. You know the needs of our hearts. Answer us, beloved Allah.

Disclaimer :

Mesti korang tertanya-tanya kenapa tak ambil loan belajar ke apa ke. Nak tahu? Sila lah PM aku. Till then.




Tuesday, May 2, 2017

Mount CBL

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Sebenarnya aku baru siapkan satu chapter untuk thesis. Sebelum tidur, aku plan untuk blogging sebentar. Aku harap entri ini pendek. Baiklah, aku bukanlah seorang hiker tegar. Sekadar suka-suka saja sebab aku bukan dalam kategori fit. Untuk pengetahuan kalian, Gunung CBL merupakan gunung pertama yang aku daki dan bermalam. Biasanya day pack je. Gunung CBL merupakan singkatan kepada Chemerong-Berembun-Langsir dan antara tempat kegemaran para hikers. 

Kenapa aku memilih untuk bermalam? Pertama, sebab ummi takkan izinkan untuk buat trip sendiri. Kedua, sebab tak lama lagi nak grad dah. Ketiga, nak test fitness. Kahkah

Trip ini berkolaborasi bersama Kelab Kembara dari UMT, MSU, UTHM dan UiTM. Sedikit informasi berkaitan dengan ketinggian.

Ketinggian Air Terjun Chemerong 
1214ft / 370m

Ketinggian Gunung Berembun
3405ft / 1108m

Ketinggian Air Terjun Langsir
2618ft/ 801m

Day 1. From starting Point at Hutan Lipur Chemerong - Bukit Taubat - Kem Balak - Sungai Bangan - Langsir Waterfall, the journey all the way up took from 10.15am till 9.00 pm

Sebelum pendakian bermula, ration dibahagikan mengikut kumpulan. Aku pegang stove, bawang, rempah ratus dan roti. Aku asume, mesti penyek roti ni dekat atas nanti. Sebenarnya boleh sampai lebih awal lagi tapi pace aku slow sepanjang pendakian. First time kot hike galas backpack 60liter. Aku berada dalam kumpulan kecil bersama student nautical science. Tapi disebabkan pace aku slow, aku meminta mereka meneruskan perjalanan dahulu. Waktu itu aku berada di tengah-tengah, masih ada berpuluh-puluh lagi dibelakang. Lebih kurang satu jam iaitu antara jam 4 - 5 petang, aku berjalan keseorangan. Hairan juga tiada siapa melintas. Aku sesat ke? Lebih kurang jam 5.30 petang, aku kembali terserempak bersama student nautical science. Bermula dari situ, kami meneruskan pendakian bersama-sama kerana malam hampir menjelma. Rintik-rintik hujan mulai turun lebih kurang jam 7.30 malam. Perjalanan diteruskan sehingga lah sampai ke Air Terjun Langsir tetapi campsite bagi kumpulan kami adalah di Jeram Lesung. Tak jauh pun dari Langsir. Ya, mental rabak!


Day 2. Just chilling and exploring Air Terjun Langsir.

Aku bersyukur dicampakkan dalam group 3. Mereka ni rajin gila memasak, peramah dan very helpful. Makan dalam hutan pun sedap-sedap. Disebabkan aku tak pandai berenang, limit sikit lah nak mandi-manda macam orang lain. Nanti lemas, menyusahkan orang pulak.

Day 3. Its a wrap. From Langsir Waterfall - Mount Berembun Summit - Kem Balak - Kem Y - Bukit Taubat - Chemerong Waterfall - Starting Point. The journey all the way up and down took from 10 am till 6.45 pm.

Lebih kurang jam 10 pagi, pendakian diteruskan ke puncak Gunung Berembun. Lebih kurang satu jam lebih sahaja kalau tak silap untuk tiba. Sepanjang turun dari Puncak Gunung Berembun sehingga ke Bukit Taubat, pace sangat laju. Sebaik sahaja turun dari Bukit Taubat, bermulalah episod bermain air mata sehingga ke Air Terjun Chemerong. Naik tak menangis, turun yang menangis. Lutut menggigil, kaki tak kuat dah untuk jejak dan cengkam tanah. Dua kali aku terjatuh dan tersadung pada akar pokok. Terima kasih uncle pinjamkan tongkat. Terima kasih juga dekat Bun, student UPM sebab guide dan jaga aku bermula dari Chemerong sehingga hampir tiba di starting point. Kira 2 jam terakhir tu, mental koyak, rabak teruk. Entahlah, takdelah penat mana. Lutut problem kejap. Lepas tu, amazingly, okay balik. Alhamdulillah.

Betul lah, disebalik kesusahan, ada kesenangan. Mulut tak henti-henti zikir Lahawlawala Quwwata Illa Billah. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Kemudian, Allah hantarkan bantuan. 

Mental rabak pun, sampai starting point saing dengan hikers legend. Not bad lah, even first time! Alhamdulillah selamat naik dan turun without injuries. Terima kasih pada mereka yang tak henti-henti tanya, "Okay ke tak?"

Dapat kawan-kawan baru, pengalaman baru, mental rabak pun, seronok dia tak terkata. Looking forward another hike trip. Till then.

Okay nak tidur, esok kelas jam 8 pagi. HAHA


















Saturday, February 25, 2017

Pakcik CEO

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Dalam post sebelum ini aku pernah menyatakan bahawa aku pulang ke rumah pada minggu pertama kerana homesick bukan? Hari selasa aku pulang ke Kuantan dan dua hari berikutnya aku pulang ke kampung sebelah ummi iaitu di Petaling Jaya. Kemudian pada hari sabtu, aku kembali ke Kuala Terengganu. 

Jadual penerbangan dari Subang ke Kuala Terengganu adalah pada pada jam 11.40 pagi. Aku sengaja memilih untuk naik di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang kerana 10 minit sahaja dari Petaling Jaya jika jalan tidak jam. Untuk bergerak ke KLIA, ianya agak memakan masa.

Dalam flight, aku duduk di sebelah tingkap dan penumpang disebelah aku adalah seorang pakcik yang aku kira berusia 40-an. Pada waktu itu aku tiada mood untuk berborak lalu aku mengeluarkan mp3 lalu melayan perasaan ketika flight ready for takeoff. Aku tiada mood kerana makanan yang dibekalkan oleh ummi tertinggal di rumah. Rasa terkilan belum habis. Lebih-lebih lagi ummi yang hampir mahu menangis di lapangan terbang. Ummi tak habis-habis meminta maaf kerana terlupa hendak membawa kerana ketika itu kami tidak gerak sekali. Aku gerak dulu bersama maksu dan sepupu. 

Setelah hampir 10 minit, aku memusingkan wajah aku ke sebelah dan pakcik tersebut sedang tidur setelah membaca akhbar.

"Cepat betul pakcik ni terlelap" - Bisik hati aku.

Tak lama kemudian, aku terdengar seperti ada suara pada jarak yang paling hampir. Pantas aku berpusing. 

"Siapa nama? Pergi Kuala Terengganu buat apa? Datang KL buat apa? Suka duduk Kuala Terengganu?" - Bertubi-tubi soalan itu keluar daripada mulut pakcik. Aku menekan punat tutup pada mp3. Amboi pakcik. Kot ye pun satu-satu dulu. Em, pakcik ni nak borak ke? Cepat betul dia lena dan cepat jugak dia bangun. Ngomel aku dalam hati.

Selepas selesai aku di-interview, aku pula interview dia.

Rupanya dia seorang CEO disebuah company di Kuala Lumpur. Company dia major business in Oil and Gas, Construction, Property Development, Interior Design and Trading. Dia pulang ke Kuala Terengganu untuk bertemu dengan ibu beliau yang sekarang menghidapi penyakit kanser usus tahap tiga.

Sebaik sahaja mendengar perkataan kanser, aku terdiam. Ada riak sedih pada wajah aku. Aku cukup faham bagaimana kesakitan itu waktu ia menyerang seluruh tubuh badan. 

Dia bercerita lagi yang nanti dia akan bawa ibu dia ke Kajang untuk berubat cara rawatan islam. Aku setia mendengar sambil memanggung kepala dan senyum. Sebenarnya banyak lagi yang pakcik itu cerita dan bertanya tentang diri aku, pelajaran serta perkerjaan abah dan ummi. Sebaik lontaran ceritanya berhenti, flight sudah hampir tiba di Kuala Terengganu. 

Pakcik itu bertanya jika ada orang yang menjemputku di lapangan terbang kerana dia mahu menghantar aku jika tiada yang menjemput. Aku menolak dengan baik dan memberitahu bahawa aku sudah memaklumkan kepada rakanku untuk menjemput. Sebelum turun dan membawa haluan masing-masing, pakcik itu mengeluarkan kad beliau. Laju aku tatap. Ya pakcik itu bukan calang-calang orang rupanya.

"Nanti kalau ada apa-apa, contact lah ye." - Pesan pakcik dengan wajah yang sangat ceria

"InsyaAllah pakcik. Semoga kita bertemu lagi" - Aku menguntum senyuman

Sampai saja di rumah sewa, aku terus google nama dia. Belum taip habis lagi, nama dia sudah pun keluar. Semoga ibu pakcik sembuh daripada kanser usus dan dipermudahkan segala urusan. Semoga dengan kesakitan yang dihadapi, menjadi asbab untuk Allah hapuskan segala dosa-dosa sebelum bertemu dengan Dia. Semoga Allah menghadiahkan syurga buat ibu pakcik.

Next week aku balik lagi, hopefully dalam flight nanti aku dapat duduk sebelah orang yang baik-baik seperti pakcik CEO. Tak kisah sesiapa sahaja. Jika perempuan, lebih baik. Dan semoga akan ada lagi cerita menarik dan yang lebih menginsafkan diri.

Teringat kata-kata Bonda Nor, selamat menempuhi ujian sekolah kehidupan dan semoga pengakhirannya nanti adalah khabar yang menggembirakan.

Till then, assalamualaikum.

Repair? Repeat?

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Kepulanganku ke Kuala Terengganu sebelum memulakan semester akhir ini adalah awal 11 hari. Tujuannya adalah untuk menyiapkan final year project dan aku dapati kerja aku hanya bergerak lebih kurang 2%. Bukan mudah untuk mencari mood. Dan sehingga ke hari ini, week 2 sudah berakhir, tiada lagi progress yang boleh dibanggakan dan yakin untuk ditunjukkan kepada supervisor.

Syukur kepada Allah kerana masih belum ada subjek yang gagal, walaupun tidak se-cemerlang seperti kawan-kawan lain. Subjek Web Programming II merupakan core bagi program aku dan gred aku pun cukup-cukup makan je.

Aku dilema sama ada hendak membaiki gred bagi subjek berkenaan atau tidak. Aku tak nak pun repair gred sebenarnya. Aku sekadar mahu masuk ke kelas dan mendengar lecture untuk refresh kerana subjek ini sangat penting untuk final year project. Setelah beristikharah dan masih lagi berbelah bahagi, jadi aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Dr. Rabiei iaitu pensyarah yang mengajar subjek berkenaan.

Beliau memberikan pendapat agar fokus kepada FYP (II) dan jika ada masalah, hanya datang berjumpa dengan dia. Jika repeat, dia bimbang jika aku terbeban dengan course work subjek berkenaan. Projek bagi subjek tu pun dah macam FYP (I). Awal-awal lagi dia sudah beritahu. Jadi kesimpulannya, aku tak jadi masuk kelas bagi subjek berkenaan atau kata ringkasnya, repair or repeat. LOL

Sebelum keluar dari bilik, beliau sempat berpesan dua perkara iaitu jangan tinggalkan program walaupun sehari. Buatlah program sekurang-kurangnya 1 jam sehari. Dan sebenarnya 1 jam itu nanti akan drag kepada 2 jam. Supervisor aku iaitu Dr. Zuriana juga berpesan, kalau ada hari yang kita tak rasa nak buat program, buatlah draft thesis. 

3 subjek je yang aku ambil untuk final semester ni dan 2 subjek je yang masuk final. Jadi boleh bayangkan tak betapa sebenarnya masa aku sangat banyak. Jadi kalau tak struggle untuk FYP ni, sangat-sangatlah rugi. 

Dan sekarang, aku peruntukan sehari 2 jam untuk buat program dan 30 minit untuk draft thesis. Tiap kali buat program, aku akan list out a few problem dan letak target bahawa problem ni kena solve sebelum minggu ke berapa. 13 minggu je lagi sebelum viva dan sebelum present full system. Bila counting, baru nak rasa nervous.

Oh ye, disebabkan aku balik umt awal jadi minggu pertama hari tu aku dah balik rumah. Homesick barangkali. Minggu depan which is week 3 pun balik lagi. Mentang-mentang kelas sampai hari selasa je. LOL. Disebabkan aku nak balik lagi minggu hadapan, jadi aku tengah struggle siapkan at least 50% untuk satu modul yang lain. 

Till then, assalamualaikum.


Friday, February 10, 2017

Dunia berputar.

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


6.15 am 

Bangun dan solat subuh. Usai solat subuh, aku mengejutkan bakal adik pula. Sengaja aku culik dia kejap dari UniSZA supaya dapat temankan satu malam. Selepas solat subuh, aku mengambil Quran dan membaca surah al-waqiah. Usai membaca, aku langsung ke dapur dan menyiapkan breakfast. 

7.15 am

Lebih kurang jam 7.15, kami breakfast bersama-sama di ruang tamu sambil berborak. 

7.45 am

Aku memanaskan enjin motor dan menghantar dia kembali ke UniSZA kerana jam 8 lebih dia ada training netball. Angin pagi, sejuk je. Dan aku rasa sihat sangat waktu tu.

8.30 am

Aku mula rasa mengantuk sebab malam semalam aku tak dapat tidur. Jadi aku berbaring di ruang tamu. Tak lama kemudian, aku mula rasa loya, dan aku muntah. Aku terasa dunia berpusing dan tak lama kemudian aku rebah.

Selepas 2 jam, aku tersedar aku terbaring dekat dapur. Aku merangkak pergi depan. Aku cuba baring atas tilam tapi tak boleh, dunia berpusing, memaksa untuk aku muntah lagi, Keluarlah darah waktu tu. Aku menangis. Aku buntu taktahu nak buat apa. Dekat rumah tiada siapa-siapa. Nak baring tak boleh. Aku cuba duduk dan lelap mata. Dunia masih lagi berpusing dan memaksa aku muntah lagi dan lagi. 

12.15 pm

Lebih kurang waktu ni, aku belum dhuha lagi. Dengan langkah longlai, aku pergi mengambil wudhuk dan solat dalam keadaan duduk. Tak banyak pergerakan walaupun duduk, hanya isyarat mata, Aku betul-betul longlai.

Usai dhuha, aku cuba untuk baring. Aku susun bantal sangat tinggi. Dekat laptop, aku on muzik, aku on zikrullah by Ust Dzulkarnain dan aku terlelap sampai nak dekat pukul 3 bertemankan air mata. Lepas solat zohor, aku terasa lapar, mujur pagi tadi ada masak lebih. Pecah rekod, 8 kali muntah darah.

Taktahu malam ni nak makan apa. Haha.

Dunia masih lagi berpusing tapi sekarang rasa ok sedikit. Tapi taktahu kejap-kejap lagi macam mana. Kelas hampir bermula. Aku serahkan semuanya kepada Allah.

Till then, Assalamualaikum.

Wednesday, February 8, 2017

nonethetitle #3

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Off good feeling and nice weather

Sudah seminggu aku berada di Kuala Terengganu. Punyalah susah nak cari momentum nak start balik buat FYP. Hari ni baru jumpa. Tapi masih belum terlambat lagi kan? Empat hari lagi semester baru hendak bermula. 

Aku cuma terbayang satu benda. Kalau aku balik Kuala Terengganu satu hari sebelum semester bermula, agaknya seminggu selepas tu baru jumpa momentum nak start balik buat FYP. Parah kot aku rasa.

Alhamdulillah for today #countonblessings

Tapi, motor tak pergi servis lagi. Allahu, malasnya!