Friday, February 8, 2013

Hadiah Buat Para Aktivis Dakwah

In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Doa. Tanda kepasrahan. Berdoa merupakan salah satu bukti terpenting dari sikap berserah diri kepada Allah dalam segala urusan, Surah Ghafir banyak menekankan masalah doa misalnya pada awal surah kita melihat doa para malaikat bagi orang beriman.

Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu dan peliharalah mereka dari azab Neraka.

 (Surah Ghafir ayat 7)

Penghujung Surah Ghafir juga diakhiri dengan anjuran berdoa yang terkenal.

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.

(Surah Ghafir ayat 60)

Sementara di antara pembuka dan penutup surah, banyak ayat yang senada misalnya.

Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian). 


(Surah Ghafir ayat 14)

Barangsiapa yang tidak berdoa kepada Allah selama hidupnya, maka ia akan benar-benar menyesal di akhirat. 

(Dengan menyembahnya atau memujanya) selain Allah? Mereka menjawab: Benda-benda itu telah hilang lenyap dari kami, bahkan yang sebenarnya kami dahulu tidak pernah sekutukan sesuatu pun (dengan Allah). (Sebagaimana Allah menjadikan mereka sesat), demikian pula Allah menyesatkan orang-orang yang kufur ingkar (menentang maksud ayat-ayatNya).

(Surah Ghafir ayat 74)

Kemudian mereka berupaya untuk berdoa akan tetapi senua itu tidak berfaedah kerana mereka telah meninggalkannya selama hidup didunia.

Malaikat penjaga Neraka menjawab: Bukankah kamu telah didatangi Rasul-rasul kamu dengan membawa keterangan-keterangan (yang menyatakan akibat perbuatan derhaka kamu)? Mereka menjawab: Ya, telah datang. Malaikat itu berkata: Jika demikian, maka berdoalah kamu sendiri dan doa permohonan orang-orang yang kafir pada saat ini hanya menyebabkan mereka berada dalam keadaan dukacita dan kecewa sahaja.

(Surah Ghafir ayat 50)

Wahai para aktivis dakwah, apabila ingin mendapatkan pertolongan dan dapat berserah diri selama berdakwah di jalan Allah, renungilah ayat-ayat dakwah dan penyerahan dalam Surah Ghafir. 

Till then, Assalamualaikum.

Lokasi gambar : Taman Aman, Petaling Jaya. Oh ye, jangan taktahu, haiwan (gambar diatas adalah kerengga) pun berzikir dan berdoa.

Thursday, January 24, 2013

Setan, kau blah! blahhhh!

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


"Erkkkk...." Panjang betul sendawanya.

"Alhamdulillah hillazi at'amana wasaqona waja'alna minal muslimin"

Kenyang. Dia naik ke atas dan sambung semula tugas-tugas yang tergendala. Tombol pintu dipulas, dikuaknya pintu itu. Dilihatnya bilik. MasyaAllah, bersepahnya! Penuh dengan kertas kerja.

"Alaaaa... bila nak siap semuanya ni!" Dia meraup muka lalu beristighfar.

Dia duduk di birai katil. Dia memikirkan sesuatu. 

"Aku kena rancang masa dengan baik. Kata Sir Zul, final report boleh submit 7 hari selepas tarikh presentation. Presentation minggu hadapan. Jadi boleh hantar lagi 2 minggu la." Dia bermonolog sendirian.

"Oh tak boleh macam ni. Walaupun masih ada waktu, aku nak selesaikan semuanya dalam minggu ni dan minggu hadapan biarlah tamat dengan presentation. Jadi aku harus siapkan final report sebelum presentation lah nampak gayanya." Dia bermonolog lagi.

Softcopy second progress report telah dihantar menggunakan email minggu lalu tetapi dia tidak berpuas hati jadi dia mahu menambah sedikit lagi untuk dimasukkan dalam second progress report. Akan tetapi dia tidak dapat menyempurnakan tugasnya dek kerana pendrive tertinggal di pejabatnya kelmarin.

Dia merungut lagi, "Argh cuainya aku!"

Dia berfikir lagi. Berfikir bagaimana untuk merancang masa agar semua tugasan dapat disiapkan dalam minggu ini dan minggu hadapan.

"Malam ni siapkan slide untuk presentation. Esok ambil masa satu hari untuk siapkan second progress report. Presentation belum dapat tarikh lagi. Mungkin Isnin, mungkin selasa, mungkin rabu, takpun khamis ataupun jumaat. Jadi ambil masa dua hari iaitu sabtu dan ahad untuk siapkan final report which is technical report yang tebal-tebal tu yang entah berapa muka surat pun aku taktahula."

Sesiapa yang singgah di entry ini, mohon doakan insan yang bernama Nurul Hanan. Doakan supaya dia tidak buat perkara lagha seperti online 24 jam dan supaya dia tekun dan fokus dalam menyiapkan tugasan akhirnya. Mohon mohon mohon.

"Argh setan, kau blahhhhhh! Suka hasut aku buat kerja lagha..."

"A'uzu billahi minassyaitan nirrajim. Blah kau, blahhhhhhhhhhhhhhhhhh!"


Gambar hasil carian google


Wednesday, January 23, 2013

Green light for Year 2013

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Dulu, tahun lepas, tahun 2012, apabila berbicara soal perkahwinan dengan abah, abah tidak kisah sama ada aku hendak mendirikan rumahtangga ketika masih berada di IPT. Jika dengan ummi, ummi meletakkan syarat berkahwin paling awal pun ketika berada di tahun akhir pengajian. 

"Along kan dah tahun akhir, so dah boleh kahwin ke ummi?"

"Bukan tahun akhir diploma ye tapi degree." Kata ummi

"Layeke, maknanya lambat lagi la."

"Gatalnya, belajar habis-habis dulu."


Ini semua lapuk. Tahun lepas punya dialog. Hehe. Dialog terkini adalah.

"Kalau ada orang nak masuk meminang along dalam masa terdekat ni, ummi terima" Ummi memulakan perbualan.

"Aik? Dulu kata tahun akhir degree? Apa yang membuatkan ummi berubah fikiran?" Tanya aku kehairanan sambil mengerutkan dahi.

"Kata Doktor Muhaya, kita tak boleh tetapkan jodoh itu. Kalau dah sampai kena terima, tak boleh tahan-tahan tapi tengok keadaan dan situasi juga lah. Ummi kena tengok juga dengan siapa along nak kahwin. Kahwin bermaksud, bukan sahaja along berkahwin dengan lelaki itu tetapi berkahwin dengan keluarga lelaki itu sekali. Ummi nak besan ummi nanti boleh menerima along seadanya." Panjang lebar ummi memulakan makaddimahnya.

Gembira betul aku bila abah dan ummi bagi green light. 

"Kalau tahun 2013 ni ada orang masuk meminang macam mana?" 

"InsyaAllah, jika dia baik dan mampu jaga along, ummi terima"

Tidak lama lagi graduate dan aku sudah mula bekerja, apabila bekerja automatik kita akan pegang duit. Jadi aku akan mengasingkan sedikit untuk "perkahwinan" walaupun tidak banyak. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit ye dok? Rasanya tidak salah jika aku menyimpan sedikit walaupun belum sampai waktunya untuk mendirikan rumahtangga. 


Klik untuk tumbesaran yang lebih sihat


Jika ada rezeki untuk aku merantau di negara orang, September 2013 aku akan pergi dan Jun tahun hadapannya aku akan pulang, pulang dengan segulung ijazah. Kiranya tidak lari jauh dengan apa yang aku cita-citakan. Target aku adalah menggengam segulung ijazah dan bekerja dahulu sebelum membina masjid. Apapun ini hanya perancangan. Perancangan seorang manusia yang tidak tahu perkara yang bakal berlaku pada masa hadapan. Kita yang merancang, Allah yang menentukan.

Perihal belajar di Newcastle, memang itu adalah impian aku selama ini. Tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Kewangan dan yang paling penting kesihatan haruslah di ambil kira. Jadi, aku apply banyak. Selain overseas, aku juga apply dalam Malaysia. Aku berharap aku dapat UiTM. Hehe.

Jika kaki Wafiy pulih dan sudah kuat seperti dahulu, insyaAllah dia akan apply semula program pengajiannya ke Mesir dan Jordan. Seperti tahun lepas. Buat Ainaa, buat yang terbaik untuk SPM tahun ini. Semoga yang terbaik sentiasa menyebelahi kita semua. 


"Kita sentiasa mengharapkan kejayaan, akan tetapi kejayaan seperti apakah yang kita harapkan? Kejayaan seperti apakah yang kita impikan? Puncak gunung didaki dengan penuh kepayahan dan keletihan. Seribu halangan perlu ditempuhi dan diredahi untuk sampai kepuncaknya mengikut checkpoint yang ditetapkan. Jika berjaya sampai ke puncak dengan hanya mengikut jalan pintas, kejayaan itu tidak manis untuk dinikmati dan dikongsi. Kejayaan diraih dengan usaha, doa dan tawakal serta diiringi air mata pengharapan kepada Allah. Kejayaan seperti inilah sangat manis untuk dihirup dan dikongsi jika ianya kerana Allah. Kerana apabila kejayaan tidak menyebelahi kita, kita tidak akan bersedih kerana kita belajar kerana Allah, bukan kerana pointer dan gred. Mereka yang belajar hanya kerana pointer dan gred biasanya gagal dalam kehidupan kerana bagi mereka lakaran "A" hanya penting dalam kertas peperiksaan serta pasti bunuh diri jika gagal tambahan pula jika tidak mempunyai Iman. Maka bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang Muslim"


-Hanan Ben-


Oh ye, saya berkongsi perihal sambung belajar ini bukan untuk berlagak dan bajet pandai tetapi dengan rendah hati berharap dapatlah kalian mendoakan agar Allah mempermudahkan urusan saya dalam menuntut ilmu. Tidak kiralah di sana atau di sini. Yang penting dapat sambung belajar. Jangan pernah ucapkan tahniah. Ucapan tahniah layak saya terima jika saya berjaya pulang dengan segulung ijazah.

Ada yang tanya, apa nama university tu? 
Northumbria University, Newcastle, UK.

Till then.

Assalamualaikum.

Saturday, January 19, 2013

Practical Supervisor Evaluation

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


"Nah, saya dah siap isi evaluation form awak"

"Terima kasih, Encik"

"Maaf lah kalau terkurang" Katanya sambil terkekek-kekek gelak

"Eh tak kisah pun. Encik yang evaluate saya."





Berdasarkan Grading Scheme di atas, evaluation ini menyumbang sebanyak 25%. Banyak jugak kan. Selepas di "evaluate", aku hanya mendapat 124/145 sahaja. But still Alhamdulillah. Aku terkejut sebenarnya.




Klik untuk tumbesaran yang lebih sihat.

Aku terkejut sebab nombor yang diberi banyaknya 4 dan 5. Nombor 3 hanya satu. Aku target part knowledge, aku akan dapat 1, 2 dan 3 tapi sebaliknya telah berlaku. Network ini sebenarnya sangat susah. Apa yang aku belajar di kolej, tak berapa nak sama dengan praktikal. Persamaan cuma 5 % sahaja. Subjek Network di kolej semua basic.

Aku taktahu entah berapa kali aku menumpahkan air mata semata-mata untuk menyiapkan projek yang diberi. Sorang-sorang beb. Bukan aku je sorang-sorang, teman seperjuangan juga menghadapi situasi yang sama. Satu company, satu student. Aku kena banyak membaca, aku kena fahamkan konsep. Kalau tak faham konsep, memang tak boleh buat. Cukuplah waktu praktikal ini aku bersama dengan Network. Maksud aku, aku tak nak pergi lebih jauh dengan Network. Selain banyak bekerjasama dengan lelaki, aku kena fikir dalam-dalam, fikir masak-masak. Bahagian Network tak sesuai dengan perempuan sebenarnya. Cukup tahu basic pun okay lah kan.

Entri seterusnya nanti, aku akan kongsikan pengalaman supervisor aku daripada zero knowledge about Network sehingga dia jadi power! Dia ni dulu bekas employee Cybersecurity tau. Power power. 

Terima kasih lah encik. Saya tak pernah expect seperti apa yang encik beri. Lagipun saya dah beritahu awal-awal, evaluate saya betul-betul. Jangan kasihankan saya. Mungkin ini rahmat dari Allah.

Seminggu lagi praktikal. Projek masih dalam progress. About 80% dah siap. InsyaAllah Selasa depan mungkin siap. Tarikh presentation belum dapat lagi. Tahniah buat member-member yang dah dapat tarikh present. Harap-harap sama tarikh dengan korang, boleh jumpa nanti.

Oh ye, mohon doakan batuk dan suara saya kembali pulih.

Till then, 

Assalamualaikum.


Friday, December 21, 2012

Bebelan Si Gagap #2

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Assalamualaikum. 

Nak cerita pasal praktikal dia lah tu. Hihi. Minggu ketiga telah pun berakhir. Waktu praktikal lah nak cerita. Waktu kerja nanti, rasanya taklah. Melampau kalau cerita setiap minggu. Lagipun praktikal lapan minggu sahaja.

Kita nak cerita perihal masa. Isu "waktu/masa" bukanlah merupakan isu biasa dalam kehidupan seseorang Muslim. Bahkan isu ini  merupakan isu pokok terhadap isu-isu yang lain.Waktu itu adalah hidup. Setiap saat dari detik-detik peredaran jam dan peralihan dari hari-hari merupakan sukatan umur manusia dan kehidupan mereka.

Bahawa pemisahan diantara Islam yang membuat kiraan dalam setiap detik-detik peredaran masa ke atas yang bekerja atau yang malas, dengan cara hidup orang-orang Islam yang unik tentang pembaziran masa dengan berbagai-bagai cara sama ada di kedai kopi, di pejabat-pejabat atau di dalam stadium yang penuh gemuruh dengan suara tempik sorak kerana memberi sokongan kepada sesuatu kelab bola atau pemain-pemainnya adalah suatu hakikat dan kenyataan.

Bukanlah tempik sorak kerana memberi sokongan itu termasuk dalam pembaziran masa. Ia termasuk dalam pembaziran masa jika ia tidak diletakkan dalam keadaan yang sepatutnya. Sebagai contoh jika anda mempunyai banyak keutamaan yang perlu diselesaikan, tetapi anda memilih yang tidak sepatutnya anda selesaikan dahulu. Alaaa. Faham kan? Tak faham sila buat-buat faham.

Melalui pembacaan saya dalam buku Dr Yusuf Qaraqawi, iaitu dalam satu laporan membuktikan kepada kita bahawa setiap orang pekerja di Eropah bekerja di dalam suatu hari sebanyak tujuh jam lebih. Dimana mengikut laporan rasmi yang sama juga menunjukkan kepada kita bahawa masa bekerja bagi tiap-tiap pekerja Muslim di Mesir tidak melebihi tiga puluh minit setiap hari.

Apa kes ni? Adakah boleh kehidupan seorang Muslim berterusan begini? Layakkah orang-orang Islam berterusan hidup dalam keadaan terhina, sedangkan agama mereka telah menerangkan di dalam kitab sucinya:

"Dan diletakkan kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis didalamnya dan mereka berkata: "Aduhai celakanya kami! Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan yang bedar, melainkan ia mencatat semuanya dan mereka dapati apa yang mereka telah kerjakan ada tertulis. Dan Tuhan kamu tidak menganiayai sesiapun."

-Surah Al-Kahfi Ayat 49-


Minggu pertama praktikal, saya selalu kutuk diri. Saya tidak pandai menyusun waktu dengan baik. Keluar awal pagi dan pulang lewat petang dan kadang-kadang malam membuatkan saya berasa sangat letih. Sebelum pulang dari ofis, saya berazam untuk menyiapkan log book dan study. Sampai sahaja di rumah, saya akhirnya terkulai dan terus rebah di pembaringan. Seminggu yang pertama, tulang belakang sentiasa rasa sakit dek kerana duduk dalam tempoh masa yang lama. Lagipun saya belum pasti adakah scoliosis benar-benar sembuh atau tidak.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Ia akan memakan diri lebih-lebih lagi saya tiada sebarang komitmen dan tanggungjawab di sini. Dan saya akan pastikan bermulanya minggu kedua, saya tidak akan bersikap sedemikian. Saya harus melawan segala kepenatan. Saya tak boleh manja!

Di pembaringan sebelum mata terlelap, hati dan akal saya saling bersoal-jawab. Masa kerja nanti kalau dah kahwin dan dah ada anak macam mana? Takkan balik kerja terus berehat? Makanan dan pakaian anak-anak dan suami macam mana? 

Masuk minggu kedua dan sehingga hari ini Alhamdulillah saya dapat atasinya. Pulang dari kerja, saya naik ke atas sebentar untuk berehat sementara menunggu waktu Maghrib dan selepas Maghrib, saya turun ke dapur untuk menyediakan apa yang patut. I did it! Saya tak nak mensia-siakan waktu yang Allah pinjamkan buat saya. 


Proposal's dateline is today. Selepas berhempas-pulas, Alhamdulillah. Minggu hadapan boleh mula study dengan lebih detail, set-up , configure dan test network infrastructure untuk dimasukkan dalam final report. P/s : Jangan tahu online facebook ngan twitter je, ambil tahu sikit cane kau boleh access menatang tu :p
Steamboat! Setiap hari Jumaat ada Pot-Luck. Jadi staff-staff kat sini  (ICT Division  only)  bergilir-gilir bawak makanan. Hari ni turn Kak Mas dengan suami. Fresh from frozen. Kuah tomyam masak kat office dalam bilik pantri. Ada maggi jugak. Kalau nak makan maggi tu, rebus dulu nanti makan dengan kuah tomyam. Sedap! Oh ada Durian Crepe tadi. 
Kak Nor  sedang mengacau Kuah Tomyam.  Kakak yang paling rapat dengan saya  kat tempat kerja.

Steamboat + Maggi Tomyam. Mari makan!

Esok selepas subuh akan bertolak ke Petaling Jaya dan pada pukul 11.00 pagi akan bertolak balik ke Kuantan Pahang untuk bertemu dengan insan-insan yang dicintai. Cuti 4 hari pun Alhamdulillah. Hari isnin akan ke Segamat, Johor untuk bertemu dengan maktok sebelah abah dan hari selasa dari Johor akan terus ke Bangi. Mohon kalian mendoakan keselamatan saya dan keluarga. Kalau tak balik, nampak gaya bulan Februari 2013 baru dapat menjejakkan kaki ke Kuantan. Ketika itu saya sudah GRADUATE! Eh, dah ke? Alaa tinggal Ibadah Camp je belum pergi. Ibadah Camp bulan tiga rasanya kot iaitu sebelum pelajar-pelajar menghadapi Final Exam. Lepas tu graduate lah kot. 


Merry Krismas buat kawan-kawan saya yang beragama Kristian dan selamat bercuti bagi yang bercuti. Oh ye minggu hadapan Supervisor saya takde seminggu so boleh goyang-goyang kaki lah kan? Kah kah.

Orait, till then, Assalamualaikum.







Sunday, December 16, 2012

Takkan Terputus

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Dalam tempoh masa "praktikal", semua akan membawa haluan masing-masing. Sekarang, semua berpisah. Berpisah dalam menyempurnakan amanah sebagai seorang pelajar semester akhir dalam tahun akhir.

"Argh, bosan lah kau Hanan! Sikit-sikit update pasal praktikal"

"Argh kau. Siapa suruh kau baca haaa? Nak makan kasut aku?"

Okay okay aku proceed.

Seorang tercampak kat Johor, seorang di tengah-tengah kota, seorang di Hulu Selangor. Dulu makan sama-sama. Study sama-sama sampai lewat malam. Bincang projek sama-sama sambil gelak macam setan. Gossiping yang tak pernah habis waktunya.

Sekarang ini tiada lagi. Semuanya aku lihat semakin matang. Aku rasa jika kami semua berjumpa, memang tak berhenti bercakap. Ada sahaja perkara yang mereka ingin ceritakan, yang ingin dikongsikan walaupun kadang-kadang sekadar nak beritahu yang "hari ini aku jumpa lelaki hensem woih. Dia duduk sebelah aku dalam bas." takpun "hari ini ada test, susah gila dowh. Aku terpaksa meniru."

Argh, bagai isi dengan kuku kami semua walaupun terkadang ada salah faham.

Jadi aku mengambil satu langkah supaya tidak loss contact adalah dengan cara, bersms, gtalk, whatsapp dan sebagainya. Tapi itu semua adalah terlalu mainstream la. Kalau aku kaya sikit, aku akan menghubungi mereka. Kawan-kawan aku takdela ramai mana tapi ramai la jugak. Jadi aku buat satu jadual. Hari ini aku call orang tu. Esok aku call orang ini. Haha. Seronok weyh, seronok! 

Kalau lah kau mengerti perasaan rindu dan sayang kepada sahabat, kau takkan kisah berapa banyak kau spend untuk top-up kau. Ini kawan-kawan, apatah lagi jika keluarga. Kasih sayang seorang ayah dan ibu tiada tolok bandingnya jadi aku pasti menelefon mereka setiap hari walaupun kadang-kadang cakap tak sampai dua minit. Aku tak pernah berkira dengan mereka kalau aku yang asyik hubungi mereka kerana bagaimana aku hendak menerima sedangkan aku tak memberi. 

Kadang-kadang jika sms atau whatsapp lambat reply atau janji dicapati, harap dimaafkan. Aku ini sesungguhnya insan yang banyak kekurangan. 

Doa merupakan senjata orang mukmin. Sentiasalah kenang aku dalam doamu kawan-kawan. Argh, kalaulah kau mengerti perasaan rindu itu.


-Gayut dengan Zyra malam semalam, my housemate kat Gombak dulu-

Friday, December 14, 2012

Bebelan Si Gagap

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Hai Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam satu Malaysia. Hari ini hari Jumaat. Maka dengan ini berakhirlah minggu kedua aku berpraktikal. Tinggal 6 minggu sahaja lagi. Kenapa aku membilang waktu? Kerana sebaik sahaja praktikal tamat bermakna berakhirnya segala projek yang harus disiapkan kurang dari dua bulan ini. 

Sebenarnya pagi tadi aku sangat kesunyian. Semalam merupakan Hari Penutupan Kem Daurah Anak-Anak Cemerlang di Masjid Hasanah, Bangi. Jadi aku sedia maklum bahawa selepas ini kanak-kanak tidak lagi menemani aku pada waktu pagi seperti hari-hari sebelumnya. Biasanya pukul 7.30 pagi, mereka dah tercongok di tangga masjid. Menghafal Quran, berkejaran dan berborak-borak. Kini tiada lagi.

Pagi tadi seperti biasa aku lepak di masjid dari pukul 7.30 pagi. Selepas buat apa yang patut, kelopak mata terasa berat lebih-lebih lagi dengan suasana masjid yang sangat sunyi. Selama aku berada di masjid, tak pernah pula aku baring-baring. Pertamanya sebab segan dengan kanak-kanak. Tapi hari ini terdetik rasa nak baring-baring kejap sementara menunggu pukul 8.30. Baru sahaja hendak merebahkan diri, tiba-tiba bunyi yang kuat menghentam karpet masjid sekaligus tempias angin mengenai muka. Mak ai, terkejut guwe. Hilang terus rasa mengantuk. Nasib baik tak melatah. 

Siapakah gerangan yang menghempas barang di atas karpet? Rupa-rupanya makcik cleaner sedang melempar ke bawah semua telekung yang berada di atas almari. Aku dapati beliau sedang mengemas dalam keadaan emosi. Kebetulan jarum jam telah menunjukkan angka 8.40 pagi jadi aku terus ke tandas dan bersiap-siap untuk masuk kerja. 

Dalam perjalanan menuju ke pejabat, aku terjumpa jalan shortcut. Kurang 10 minit je jalan kaki dari masjid tu. Gila best weh! Selepas ini tak perlulah aku berjalan kaki mengikut jalan yang biasa aku lalui. Kalau lah selangkah saja dari masjid ke pejabat kan best. Macam mustahil je. Hurm.

Dan hari ini aku dapat rasakan waktu berjalan begitu lambat sekali. Tak seperti hari-hari sebelumnya. Kenapa ye? Mungkin kerana sakit perut melanda diri. Dan hari ini juga aku belajar perkara baru iaitu Configuring Switch. Kalau taktahu sila google. Tapi kalau korang google, baca, terus faham dan tahu macam mana nak configure. Tabik spring ah! Sebab apa aku tabik spring? Sebab aku sendiri pun tak berapa faham walaupun dia dah bagi, "Nah, baca ni. Saya nak awak configure switch lepas ni." Aku macam, omo-omo. Apa benda ni? 

Attach the management cables.  Dan tadi aku menggunakan COM32.

Sila klik untuk tumbesaran yang lebih sihat. Tadi aku ada upload kat FB tapi selang beberapa ketika, aku telah mendeletenya. Well, kekadang memang hobi aku mendelete apa yang aku upload atau update. Okay meh nak cerita sikit. Sekarang cuba kau tengok interface ni. Sebelum nak interface ni appear, gila banyak step yang perlu dilakukan. Kita perlukan satu programs atau tools untuk configure benda alah ni. Oleh sebab laptop ummi menggunakan OS Windows Vista, jadi aku kena download freeware yang compatible dengan OS laptop ummi ni. First, cool term. Second, putty. Masih tak sesuai. Lastly aku download tera term. Dan akhirnya berjaya! Aku punya la happy. Nampak tak kotak hitam sebelah kiri? Aku diarahkan untuk menukar nama switch kepada C41_Balai_Polis_Bukit_Aman. Tapi sebelum tu aku kena reset dan reboot. Payoh jugok sebab aku tak pernah buat benda-benda macam ni. Kalau kau tanya mana-mana yang memang expert in Network, dorang mesti cakap, ala senang je tu. Tapi bagi aku susah sebab aku tak pernah buat benda ni. 


Disebabkan aku terlalu bosan hari ini, maka aku buat onar iaitu dengan mengganggu kakak-kakak engineer yang sedang buat kerja. Aku sengaja interview. "Dulu akak belajar kat mana? Ambil course apa? Akak minat field apa? Network? System? Multimedia?"

Dan jawapan yang aku terima adalah semua tak suka Network sebab Network antara field yang paling complicated dan kebanyakannya dipelopori oleh lelaki. Company tempat aku praktikal ni rupanya ada je syif malam. Bukan bermalam ni pejabat sebaliknya di Menara TM di Bangsar. Kenapa kena jaga? In case ada emergency, server down ke apa ke, mereka lah yang akan menyelamatkan keadaan. Bila sebut pasal Menara TM. Aku pernah apply praktikal kat Menara TM selain Cybersecurity tapi aku tak pergi pun. Hari kedua minggu pertama, pihak TM call aku tanya kenapa aku tak lapor diri. Padahal aku tak dapat apa-apa email mengenai surat penerimaan praktikal di situ. Sebenarnya aku dapat di TM, tapi hanya melalui panggilan telefon. Hitam putihnya tiada maka aku anggap, TM tak perlukan aku jadi aku buat taktahu. Dan hari pertama aku praktikal, Cybersecurity call aku. Padahal aku dah bagitahu aku tak jadi kat situ. Sob sob sedihnya.

Sebelum praktikal, miss yang pernah mengajar subjek Network bertanya, awak boleh ke ambil Network ni? Network ni susah. Dengan sempoinya aku jawab, "kalau miss boleh, kenapa saya tak boleh?" 

Melihat akan keadaan sebegini, aku rasa give up nak teruskan untuk belajar major in networking ketika degree nanti. Dan tiba-tiba juga semangat nak belajar di luar negara lunyai begitu sahaja. 

Bsc (hons) in computer science, second year. Dan Bsc (hons) in computing, final year di Universiti Northumbria, Newcastle. Aku tak decide lagi nak ambil computer science atau computing. Kalau boleh aku tak nak lama-lama kat oversea. Aku ni orang kampung, mana biasa makan makanan western ni. Selain luar negara, aku akan apply UiTM. Bsc (hons) Netcentric Computing ni menarik. Hudha pun nak ambil ni. 

Sambung kembali perihal praktikal. SICT menawarkan tiga skop untuk menyiapkan projek. Multimedia, system dan network. Kenapa aku memilih network? Ceritanya begini.

Ketika semester 4 dahulu, aku mengambil subjek Data Communication and Networking dan ketika berada di semester 6, aku mengambil subjek Network Security. Dan akhirnya aku memperolehi Gred A dalam subjek ini. Berbekalkan dengan minat yang ada semasa aku belajar di kolej dulu, jadi aku memutuskan untuk membuat projek berkaitan Network. Akan tetapi, setiap apa yang aku belajar di kolej semuanya basic. Dan di sini, aku belajar perkara baru. Selama ini, teori dan sekarang ini aku sedang mempraktikkan apa yang telah aku belajar. 

Ummi aku seorang pendidik, jadi darah seorang pendidik telah pun mengalir dalam badan anaknya. Aku bercita-cita juga nak jadi seorang pendidik. Mungkin selepas beberapa tahun mengutip pengalaman di sesebuah syarikat.

Cukuplah. Aku dah melalut terlalu panjang. Oh ye, setiap kali hujung minggu aku akan pulang ke Petaling Jaya. Setiap hari Jumaat ada pasar malam, jadi tadi aku beli dua bungkus kuey tiow sup. Sedap gila! Aku tak tipu. Sebelum aku menamatkan entri ini, ada yang bertanya perihal result semester lepas.

Aku cerita sikit jela. Alhamdulillah. Masih Dean's List tapi tak 4 flat la seperti dua semester lepas. Cukuplah sekali je dapat 4 flat. Tak payah banyak-banyak kali. Haha. 

Entri ni bosan kot. Kalau korang baca sampai bawah, memang tabik. Terima kasih banyak-banyak ler. Aku sekadar mengisi lapang yang ada untuk malam ni.

Bye.

Till then.

Assalamualaikum.



Friday, December 7, 2012

Hari ini hari Jumaat

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Hari ini hari Jumaat.

Seperti biasa keluar awal pukul 7.30 pagi. Dalam bekerja, aku diberi keizinan oleh Allah untuk buat apa yang patut di dalam masjid sementara menunggu pukul 9.00 pagi iaitu waktu pejabat buka.

Hari ini hari terakhir untuk minggu pertama, ada lagi tujuh minggu.

Hari ini keadaannya sama seperti semalam.

Aku baru nak sentuh proposal, tetiba kakak engineer minta pertolongan untuk buat data entry untuk satellite image. Sampai waktu balik aku masih dengan data entry.

Hari ini sama seperti hari hari sebelumnya cuma bezanya hari ini aku pulang lewat iaitu malam.

Ketika berjalan kaki pulang ke rumah, rintik-rintik hujan mulai turun. Lima minit kemudian hujan mencurah turun dengan lebatnya. Aku cuba berlari. Tapi tak mampu dan tak berdaya dek kerana menggalas beg yang agak berat.

Aku berlari... Cuba berlari... Risau takut laptop basah

Akhirnya aku sampai di rumah dalam keadaan yang separuh basuh kuyup

Kemudian aku keluar semula rumah ada hal sedikit dan aku pun dah balik lalu menaip entri ini. Entri yang agak membosankan.

Aku buka gmail dan aku menerima email daripada SV. Dia bagi semua link untuk aku buat rujukan mengenai projek aku. Aku terkedu. Mengapa beliau baik sangat.

Oh ye, aku letih sangat. Sangat. Sangat.

Selamat malam. Assalamualaikum.



Thursday, December 6, 2012

Serba sedikit tentang Praktikal

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Jarum jam di dinding telah menunjukkan angka 12.40 a.m bermakna hari ini adalah hari khamis. Dah hari khamis? Tiba-tiba terasa cepat pulak masa berlalu. Rasa macam baru lapor diri pada hari Isnin yang lepas. 

Hari pertama, keadaan agak membosankan kerana semua staff dan engineer sibuk dengan tugas dan projek yang sedang dijalankan dengan PDRM. Selepas waktu makan tengahari baru aku dapat supervisor baru since aku nak buat projek berkaitan network.

Hari kedua, supervisor aku beri aku bahan bacaan dan selepas waktu makan tengahari, dia panggil aku ke meeting room dan explain serba sedikit tentang projek yang sedang dijalankan. Dan pada sebelah petangnya aku menolong seorang engineer ni buat kerja iaitu import rasterized vector map. Tiga kali aku buat. Hampir give up sebab terlalu banyak folder. Aku sedikit konfius walaupun dia dah beri step. 

Hari ketiga, aku siapkan import map yang tergendala tu dan alhamdulillah siap. Susah jugak ler. Dan aku semakin risau sebab masih belum dapat specific projek walaupun aku tahu aku akan dapat berkaitan network. Risau sebab aku dah sepatutnya buat proposal. Aku ada masa lebih kurang seminggu lebih je rasa untuk submit dekat academic supervisor. Aku rasa company supervisor nak aku fikir sendiri projek apa yang aku patut buat. Jadi berdasarkan apa yang dia explain kat aku pada hari kedua, aku dah dapat gambaran. Dan selepas waktu makan tengahari, aku jumpa dia dan propose project apa yang aku nak buat. 

LiteCAD application. Haa ni la projek aku. Combination antara network dengan system. Budak-budak kat rumah aku mesti akan cakap, haa menatang apa tu? Dan aku bolehlah mula buat proposal tapi aku tak larat nak buat malam ni sebab aku kena study dulu.

Dekat office, meja kanan laptop buat projek. Laptop kiri siapkan company punya projek. Dalam masa 3 hari ni, tulang belakang aku sentiasa rasa sakit. Aku harap sangat scoliosis aku tak terbentuk semula. 

Dan aku tanya member-member, kebanyakannya bagitahu, mereka praktikal sahaja. Takde buat projek pun. Ada lagi cakap, sempat ke 2 bulan je?

Maksu aku cakap, itulah dia mentaliti orang melayu. Suka compare. Bila SV bagi tugas, bila kena complete kan projek dalam masa yang singkat, lepas tu mengeluh. Bila stress, kutuk SV lah, apa lah dan bla bla bla. Ambil lah sebagai satu cabaran. Aku tak jeles dengan member aku yang lain. Cuma aku harap aku mampu berada di situ, mampu buat kerja dan siapkan projek aku dengan baik.

Kata kawan aku, jangan expect kita akan buat apa yang kita belajar. Kita akan belajar sesuatu yang baru dan lebih susah. Betul lah. Aku rasa apa yang aku belajar selama ni semuanya basic. Bila masuk dan duduk bekerja dalam kalangan different level of engineer, aku rasa macam aku tak pernah belajar perkara yang aku buat. Aku rasa knowledge aku berada pada tahap kosong. Haha hambik!

Minggu depan adalah minggu yang sangat meletihkan rasanya sebab aku akan kerap pergi site dengan SV. Terakhir, aku rasa sedikit letih. Mungkin aku tak pernah kerja. Mungkin? Mula mula je ni. Lama kelamaan dah boleh adapt kot.

Sebenarnya aku nak cerita sikit je. Tapi aku rasa entri ni macam dah terlalu panjang. Sorry! Huh, selamat awal pagi!


Monday, November 26, 2012

"Kau kenapa? Ada masalah?"

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Dia seorang yang sangat pendiam. Tak pernah aku lihat dia senyum apatah lagi bergelak ketawa. Menangis pun tidak pernah. Di belakang aku mungkin. Satu hari, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewa, kami terserempak dengan dia. Kami menegurnya dan mengajaknya makan malam bersama-sama nanti. Lalu dia pun bersetuju. Selepas solat maghrib, aku dan Fana (bukan nama sebenar) turun ke bawah terus menuju ke warung yang berhampiran. Lebih kurang 5 minit, dia pun sampai. Kami berborak tetapi wajahnya seperti tidak ceria. Seperti sedang menanggung beban yang sangat berat. Aku dan Fana curious dan kami ingin mengetahui lebih lanjut tentang latar belakangnya.

Keesokannya harinya selepas bersarapan, aku mendapat panggilan daripada Fana. Katanya dia telah jumpa blog si dia dan Fana juga telah memberikan aku url. Dengan pantasnya jari aku menekan huruf-huruf pada komputer riba kesayangan. 

Hurm, betullah ini blog dia! Biodatanya lengkap seperti yang tertera pada skrin laptop! Di biodatanya juga tertulis bahawa "blog ini merupakan satu medium untuk aku meluahkan segala permasalahan dan yang terbuku dihati aku."

Lalu aku scroll hingga ke bawah. Oh kini baru aku tahu kenapa dia sering bermuram durja walaupun langit cerah dan mentari menyinar terang. Dia merupakan seorang anak luar nikah. Hidupnya setiap hari penuh dengan tohmahan dan kata-kata kesat. Blog itulah merupakan satu medium untuk beliau meluahkan segala-galanya yang terbuku di hati. 

Aku dan Fana tidak sesekali menyisihkan dia. Malah kami mendekatinya. Jika dia dibiarkan terus-menerus seperti itu, boleh jadi gila rasanya! Kami bawa dia ke Raudhatus Sakinah. Di situ dia mendapat bimbingan, nasihat dan ilmu agama. Dan dia kini sedar bahawa hidup harus diteruskan walaupun selamanya dia dengan gelaran "anak luar nikah". Dia kini kuat. Tidak mahu mati sebelum berjuang kerana dia tahu bahawa Pencipta dia tidak akan menjadikan dia seorang yang sia-sia di muka bumi ini.

Aku tersenyum apabila mengimbau kembali kisah ini.

Dan semalam Fana menelefon aku. Kami saling bertanya khabar dan katanya sedih apabila heboh dengan kisah Ain Lyana Evan yang mendoakan ayahnya supaya mati dengan cepat.

Berdasarkan apa yang aku baca pada garis masa Ain, dia memerlukan satu medium untuk meluahkan perasaannya. Dan dia berharap tiada siapa yang akan campur tangan dalam permasalahannya. 

Kita sebagai orang Islam, ye, kita pasti cakna dengan keadaan sedemikian. Dan aku lihat ramai dalam kalangan kita yang ingin menasihatinya supaya dia insaf dan bersyukur kerana mempunyai seorang ayah. Tak kurang juga ada yang memarahinya dan bash dia bertubi-tubi.

Pada pendapat aku, memang dia bangang bersikap sedemikian kerana mahu mendoakan ayahnya cepat mati. Dan dia sepatutnya bersyukur dengan adanya ayah di dunia ini. Kerana ramai dari kalangan kita yang sudah ketiadaan ayah. Tapi bagi aku, orang yang bash dia bertubi-tubi pun bangang

Cuba korang bayangkan, korang layan orang gila. Sampai kesudahnya pun dia bersikap demikian. Api yang sedang marak, jangan disimbah lagi dengan api. Memang bertambah maraklah api tu. Cuba korang jadi ais. Sejukkan dia. Kan bagus kalau ada dalam kalangan kita yang cuba mendekatinya. Siasat dulu why she acted like that. Why she did mentioned oink-oink thingy. DM dia ke apa ke. Tanya dia apa masalah sebenar dia. Aku rasa orang takkan bersikap macam tu kalau tiada sebab. 

Bak kata Najua Al-Habshee, "kutuk tak habis-habis, typical judgemental society we're living in." 

And yes, that's the fact!

Oh, psychology student, tampil ke depan please!