Saturday, October 10, 2015

Expect the Unexpected

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Hendak mendapatkan sesuatu yang baik bukanlah mudah. Dan kita harus melalui beberapa fasa sebelum memilikinya. Pada bulan Mei yang lepas, kami para pelajar especially dalam group whatsapp Software Engineering dikhabarkan mengenai biasiswa JPA. Melihatkan requirement yang telah dinyatakan dan diperlukan oleh pihak JPA, aku rasa aku layak untuk memohon. Jadi aku dan kawan-kawan cuba untuk memohon. Keputusannya akan keluar pada bulan Julai nanti.

Bagi aku, bukan calang-calang orang yang layak untuk mendapat biasiswa JPA berdasarkan requirement JPA yang aku selalu lihat adalah sangat tinggi. Jadi aku sekadar memohon, jika ada rezeki untuk aku, Alhamdulillah dan aku tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Tetapi jauh dalam hati yang aku tak mampu untuk zahirkan, aku berharap untuk mendapat biasiswa kerana pembiayaan degree aku ini ditanggung sepenuhnya oleh abah dan ummi. Mereka tak izinkan aku ambil PTPTN kerana tak mampu melihat hutang yang harus aku bayar waktu diploma dahulu. Oleh kerana degree di IPTA, jadi yurannya tidaklah terlalu membebankan jika hendak dibandingkan waktu diploma dulu. 

Masih aku ingat. Setelah seminggu berkerja iaitu pada hari aku berkerja syif malam. Lebih kurang pukul 11.30 malam untuk pulang, aku menuju ke arah motor. Sementara menunggu enjin panas untuk beberapa minit, aku mengaktifkan mobile data. Banyak whatsapp masuk dan aku tertarik dengan whatsapp kiriman daripada coursemate dan hari ni merangkap sebagai roomate aku. Beliau menyuruh aku cek portal JPA. Tanpa membuang masa, aku terus ke portal JPA dan keputusannya Alhamdulillah. Sepanjang menunggang motorsikal, aku tersenyum. Mujurlah pada waktu malam jadi orang tidak nampak. 

Dan disebabkan dua orang anak abah dan ummi mendapat biasiswa jadi ringanlah beban abah dan ummi. Dan mereka hanya perlu menanggung pembiayaan adik sahaja.

Dulu, aku pernah memohon untuk membuat pinjaman Yayasan Pahang. Kelebihan Yayasan Pahang ini adalah banyak itu yang kita pinjam, banyak itulah yang kita perlu bayar. Tiada bunga dan jika mendapat kelas pertama pada cgpa yang terakhir, ia akan dikira sebagai biasiswa. Tapi aku tiada rezeki di Yayasan Pahang. Rupanya Allah nak hadiahkan sesuatu yang lebih baik.

Jauh aku termenung. Jika pada 2 tahun yang lepas aku pergi menyambung pelajaran ke UK, aku takkan merasa dapat biasiswa ni. Aku takkan kenal dengan adik-adik yang cukup ohsem.

Lagipun degree yang aku apply di UK itu tempohnya hanya setahun hasil daripada transfer credit waktu diploma. Di Malaysia, dalam tempoh 3 tahun, banyak yang aku pelajari even aku sendiri rasa tak mampu nak bawa. See? Allah knows well. 

Kelebihan menjadi pelajar tajaan JPA pula, jika final cgpa aku mendapat 3.5, aku boleh menyambung master dalam Malaysia dan jika mendapat 3.75, aku boleh menyambung master di luar negara mengikut ranking yang berada dalam QS top world ranking university. 

Cerita semalam, roomate aku perlu mengaktifkan akaun Bank Islam sebelum 12 Oktober dan memandangkan jadual sangat pack pada hari kuliah dan kami merancang untuk pergi pada hari jumaat. Pada awalnya kami merempit ke Bank Islam Dataran Austin, tetapi tutup. Kami meneruskan perjalanan ke Bank Islam di Giant yang terletak di Bandar Kuala Terengganu. Itulah perjalanan paling jauh aku ride ketika di Kuala Terengganu setakat ini.

Setelah selesai urusan di kaunter, aku ke ATM untuk cek jumlah amaun yang masuk. Terkedu sekejap. Dan pada waktu malam lebih kurang lepas isyak aku melelapkan mata sebentar dan kembali bangun pada jam 10 malam. Aku melihat fon dan terus ke aplikasi whatsapp. Seorang kawan memberitahu aku bahawa dermasiswa iaitu zakat dibawah Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) telah masuk dan meminta aku untuk cek secara atas talian. 

Aku lantas cek. 

Aku termenung jauh waktu atas katil. Pada hari Jumaat yang penuh barakah, serentak Allah menghadiahkan nikmat.

JPA = RM 9343.62
MUIP = RM 1200.00

Aku beritahu abah dan ummi, jika memerlukan sejumlah wang, jangan segan-segan untuk memberitahu. Dan sekarang tugas aku adalah belajar dengan lebih rajin atau aku hanya menjadi pelajar tajaan untuk semester ini sahaja. 

Disclaimer: aku paling tak suka atau benci orang expect aku pandai. Dan aku bersyukur gila dikelilingi oleh adik-adik yang sangat excellent dan tak lokek dalam berkongsi ilmu. Terima kasih Tuhan. Kini baru aku sedar, setiap apa yang kita dapat tu, semuanya daripada Allah. Kerana ada saja pointer yang layak untuk menerima biasiswa tetapi ada yang Allah tak izinkan. Dosa saban hari makin bertambah, tetap jua Allah menambahkan nikmat. Semoga aku lebih sedar diri agar ianya tidak menjadi istidraj. 

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka pasti azab-Ku sangat berat."-Ibrahim [14]

Till then, Assalamualaikum.


Sunday, May 24, 2015

Hati Yang Terbelah Menjadi Dua

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Dulu ketika usia aku awal 20-an, jika ada masalah yang menimpa diri, aku sedaya upaya untuk bercerita pada ummi dengan abah. Kerana kata mereka, anak yang baik pasti kan tiada rahsia and it shows that you're close enough with your parents.

Tetapi sampai satu usia nanti di mana setiap keluh kesah yang sedang kau hadapi, kau takkan mampu untuk membuka mulut dan berkongsi cerita. Dan seboleh-bolehnya kau mahu cuba selesaikan sendiri masalah itu terlebih dahulu. Dan "kau" itulah aku yang lebih kurang lima bulan lagi jika dipanjangkan umur, akan menginjak ke usia 23 tahun. Aku seboleh-bolehnya ingin berkongsi rasa, tetapi pada usia begini, aku merasakan dengan bercerita hanya menambah duka di hati mereka. 

Andaikata aku meluahkan yang aku tidak mampu untuk meneruskan pengajian, tentu mereka akan belikan aku apa sahaja asalkan aku lebih bersemangat walaupun aku tahu akan ada perasaan sedih dan kecewa terbit dalam diri mereka. Andaikata aku meluahkan yang aku punya konflik dengan seseorang, atau tidak sihat atau lain-lain lagi, tentu sahaja mereka risau sehingga setiap hari menelefon dan bertanyakan tentang diri aku.

Mereka semakin tua, cukuplah selama ini dengan pengorbanan tulang empat kerat mereka mencari rezeki untuk menanggung pembiayaan aku disini. Selagi aku masih kuat untuk menghadapi sesuatu yang Allah hadiahkan, selagi itulah aku akan mengunci mulut. 

Dulu ketika usia aku awal 20-an, jika ada konflik dengan seseorang, aku tak pandai untuk selesaikan. Yang aku tahu hanya meluahkan dekat orang yang aku rasa rapat dan kemudiannya cerita aku itu dijaja. Lalu konflik itu semakin besar. Aku juga tidak pandai straight forward dan face to face untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Takpun, update sikit-sikit dekat twitter. Dan waktu itu aku tidak pandai langsung untuk menguruskan sesuatu yang berkaitan emosi. 

Banyak benda yang aku belajar dalam hidup, dan setiap hari masih lagi belajar melalui konflik yang menimpa diri. How to solve, to react and to cope with the emotion.

Satu. Sekarang, aku rasa lebih matang dalam menyelesaikan sesuatu konflik.
Jika konflik main cak-cak, aku akan face to face dan straight forward. Dan alhamdulillah. Walaupun kedua-duanya rasa perit, tapi perit yang dirasakan itu sekejap. Dan keadaan akan pulih seperti sediakala.

Dua. Jika aku bersalah, dengan penuh rasa hina dan rendah diri aku memohon kemaafan.

Tiga. Jika aku bersalah dan memerlukan aku untuk bertanggungjawab atas kesalahan yang aku lakukan, aku akan bertanggungjawab.

Empat. Jika bukan aku yang bersalah, aku cuba untuk kawal kemarahan dengan bersikap tenang sebelum mengeluarkan sesuatu ayat agar tiada hati yang terguris. Kerana ayat yang dituturkan ketika kemarahan memuncak adalah bukan dari akal tetapi datangnya daripada hati yang penuh dengan emosi.

Lima. Jangan jadi bodoh buat perkara yang sama seperti orang yang ada konflik dengan kita. Jika buat, kau dan dia sama sahaja. Dua kali lima.

Enam. Masalah yang datang itu kadang-kadang bagus, mengajar diri agar lebih alert dan agar tidak mengulangi kesalahan yang sama berulang kali.

Tujuh. Jangan reveal cerita dekat media social, risau ianya akan mengguris perasaan. Dan jika ada yang reveal, telan sahaja kerana mungkin itu sahaja cara yang mampu  membuatkan dia kembali tenang.

Lapan. Kesakitan yang dialami hanyalah sebagai peringatan untuk jadi lebih baik, bukan mencari kesempurnaan dan pulangkan kembali dekat orang sekeliling.

Sembilan. Jangan emo sangat sebab kita pun bukan baik sangat. Chill sudah. 

Sepuluh. Anggap sebagai kafarah dosa. Boleh jadi Allah ingin membersihkan dosa-dosa kecil sebelum kembali bertemu menghadap Dia.

Sebelas. Masalah itu ibarat debu-debu berterbangan, Allah itu lagi besar.

Dua belas. Jangan serahkan hati dekat sesiapa. Jika serah, nescaya kau akan terluka sehingga tidak mampu untuk merawatnya lagi. Applied for those who have a best friend.

Dua belas. "Tiada ada kesusahan yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan ingatlah, Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." - At-Taghabun ayat 11

Tiga belas. All is well.

Semoga Allah beri aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan di dunia ini dan semoga Allah ampunkan dosa kita semua dan rezekikan kepada kita semua agar terhalang daripada melakukan dosa-dosa. Till then, Assalamualaikum.






Tuesday, February 24, 2015

Hari Pertama Semester II

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Hari ini, hari Selasa bersamaan 24 Februari, merupakan hari pertama aku ke kelas. Roomates aku pada hari Ahad lagi sudah ke kelas. Dan hari ini aku ke kelas Islam dan Ekonomi sahaja memandangkan kelas lain banyak yang belum mula. Durasi kuliah hanya 1 jam sahaja tetapi disebabkan kelas pertama, jadi pensyarah tidak mahu mulakan sesi pembelajaran. Beliau hanya menggerakkan dengan sesi memperkenalkan diri dan apa itu Islam dan Ekonomi.

Islam dan Ekonomi ini merupakan subjek Elektif Universiti dan aku sengaja memilih course ini kerana kata kawan-kawan dari course lain, subjek ini best kerana salah satunya adalah cara lecturer itu yang mengajar.

Dr. Asyraf Abdul Rahman yang merupakan anak jati Kelantan yang dahulunya menghabiskan pengajian PHD di Scotland kini memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan di Pusat Pengajian Asas dan Liberal. Orangnya rendah tapi setiap kali dia bercakap, kami mesti akan ketawa. Kelas beliau agak best. Banyak membincangkan isu-isu semasa berkaitan ekonomi dalam Islam

Pesan dia, kelas ini akan "menjadi" kalau pelajar bersemangat dan saya pun bersemangat. Walaupun subjek ini hanya elektif universiti, hanya "lulus" atau "gagal" dan tidak carry pointer, moga aku terus bersemangat dalam mendalami ilmu yang disampaikan dan dibincangkan. InsyaAllah, jika ada kelapangan, akan aku kongsikan ilmu yang aku dapat dengan kawan-kawan. Di laman muka buku barangkali?

Sedang keseorangan dalam bilik. Esok pun aku tiada kelas. Memang minggu pertama ni minggu paling rileks untuk aku jadi aku ingin menghabiskan beberapa buah buku yang aku bawa dari rumah disamping refresh semula subjek Java Programming I yang aku ambil semester lepas sebelum bermulanya kuliah Java Programming II pada minggu hadapan.

Till then. Assalamualaikum.

Monday, February 23, 2015

Kembali Ke Sekolah.

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful



Cuti semester satu bagi aku agak lama iaitu lebih kurang 5 minggu. Bermula 18 Januari sehingga 21 Februari. Ketika di IIC dulu paling lama pun 2 minggu. Sebab itulah tidak rasa keberatan dan malas untuk balik. Sebab itu aku mampu menghabiskan pengajian dalam masa 2 tahun setengah tapi rezeki nak sambung degree lambat sikit. Sebenarnya aku merancang untuk balik dengan menaiki bas sahaja atas sebab tidak mahu menyusahkan keluarga. Jadi aku melengahkan masa untuk mencari tempat penginapan. Lagi 4 hari untuk balik ke Terengganu, abah dan ummi bertanya sama ada aku dah booking atau belum. Aku cakap belum dan seperti biasalah kena bebel. Gigih aku mencari dan menelefon, akhirnya jumpa juga hotel yang masih mempunyai bilik yang kosong. Pada hari kami check-in, tertera notis bahawa bilik semua full. Fuh, alhamdulillah, sempat booking sebelum penuh.

Selepas kami check-in. kami solat dahulu dan kemudiannya makan malam. Aku teringat lagi tomyam yang aku makan malam tu, sangatlah sedap. Dan aku masih lagi dengan batuk dan selsema yang aku sendiri tidak tahu bila nak sembuh. Di hotel malam tu, aku tidur berselubung kerana terlampau sejuk walaupun penyaman udara itu ummi tutup. Dan ye, aku demam. Keesokan harinya kami hanya ke pasar payang kerana aku tak terdaya lagi untuk berjalan dengan keadaan cuaca yang agak panas dan dengan ramainya orang yang bersesak-sesak.

Banyak juga barang yang abah ummi shopping. Kemudian abah meminta aku untuk memilih kaftan batik yang berharga RM45. Alahai baju tidur je pun buat apa mahal-mahal. Aku sangat berterima kasih kepada orang tua aku sebab aku dibesarkan dalam keadaan dan suasana yang tidak mewah. Jadi apabila orang offer sesuatu atau dengan kata lain nak belikan, hatta mak bapak sekalipun, aku selalu jadi berat hati, sehinggalah mereka nak merajuk dengan aku, baru aku katakan ye. Pertama kali dalam hidup aku memiliki baju tidur yang harganya agak mahal. Tapi kain dia memang sedap dan boleh pakai masa kat kampung nanti. Sebab dia tutup sampai kat pergelangan tangan. Kemudian lebih kurang pukul 6 petang, sampai di kolej kediaman. Lebih kurang pukul 7, mereka bertolak pulang dan lebih kurang pukul 10 mereka sampai kemudian langsung ke Sungai Karang untuk memberi keropok lekor dan batik kepada kawan abah dan ummi.

Ketika aku berada di KL pada waktu cuti semester, terasa seperti murah rezeki. Paktok dengan maktok memberi wang belanja untuk digunakan di kampus nanti, yang aku sendiri terkejut kerana nilainya sangat banyak. Beginikah perasaannya menjadi cucu sulong? Kemudian waktu aku mengikuti abah buat kerja, aku menerima sekeping angpau. Terkejut lagi ketika membuka angpau. Rezeki Tuhan nak bagi, ambil je, jangan ditolak. Kalau ada orang yang membaca ini, pesan aku rajinlah bersedekah hatta duit syiling yang mempunyai nilai kecil sekalipun kerana insyaAllah, rezeki Allah itu luas, kau akan dapat dari jalan yang kau sendiri tak pernah sangka. Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang, malah kesihatan yang baik, pemikiran yang tajam, atau hati yang sentiasa tenang. Ingat tu. Cuti semester hari tu aku menjalankan sedikit bisnes makan-makan. Bolehlah nak cover sikit untuk semester dua kat sini. Alhamdulillah. 

Tadi aku menemani roomate aku iaitu Qila untuk ke pejabat JKR Terengganu bahagian kejuruteraan elektrik dan mekanikal. Qila menyimpan barang berharga dia dekat situ seperti printer kerana risau orang pecah masuk dalam bilik waktu cuti semester. Kenapa Qila simpan kat situ? Ayah Qila merupakan Head of Electrical Engineer di JKR Johor, jadi mudahlah urusan Qila nak menyimpan barang-barang. Qila ni sebaya aku tapi kalau kau borak-borak dengan dia dan kalau dia tak bagitahu perihal family background, kau takkan tahu yang dia anak pegawai kelas A yang mempunyai title Ir. Beliau merupakan anak yang sangat taat, sangatlah humble, berpakaian biasa-biasa, mengamalkan cara hidup yang tak mewah, walaupun ayah dia gaji more than 10K. Dan English Qila power nak mampus.

Waktu final exam hari tu, Qila ada buat origami berbentuk burung. Dan dia menyuruh aku buka waktu aku tengah down sangat-sangat. Semalam aku buka lipatan origami itu, aku terus pergi ambil wuduk, buat solat 2 rakaat, aku menangis sepuas-puasnya kerana tiada sesiapa dalam bilik dan semua pergi kelas, hanya kerana tulisan dalam lipatan origami tersebut, aku menangis kerana tulisan itu lahir dari sekeping hati yang tulus ikhlas.

"I am never good with words from the very beginning but I must say that you are truly inspire me upon your struggle in balancing ibadah and study in which I am most certainly far behind you. Thank you for letting me me into your life and be one at your humble friends. May Allah swt bless our ukhwah till Jannah. Allah yuftah 'alaikum, Hanan."

Bagi aku, ada 3 perkara yang salah satu daripada 3 itu, seseorang harus melaluinya untuk kenal dengan lebih rapat dan kenal dengan perangai sebenarnya. Satu, kau berkerja dengan dia. Kedua, kau duduk sebumbung dengan dia, dan yang ketiga kau travel dengan dia. 

Terima kasih kerana menerima seorang Hanan yang banyak kekurangan ini dalam hidup Qila. Jaga Hanan ketika Hanan sakit, menemani Hanan ke klinik lagi 2 jam sebelum nak jawab killer paper, memimpin tangan Hanan waktu melintas jalan ketika Hanan terlupa nak pakai spect. Jaga perut Hanan yang 24 jam lapar di UMT. Moga-moga Qila tak jumpa blog Hanan ni. Hehe. Hanan sayang Qila lillahitaala. 

Alhamdulillah, aku settled ganti puasa dari tahun lepas lagi, tapi aku nak didik diri aku untuk puasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis. Pagi tadi bangun jam 4.50, bersihkan diri dahulu kemudian buat solat 2 rakaat dan selepas itu meneruskan aktiviti untuk bersahur. Rupanya Qila pun nak sahur sekali. Makan roti bun bilis share 2 orang dan sekeping biskut oat. Kami minum air masak terlampau banyak sehingga kembung perut dan asyik ke toilet sahaja. Mujur hari ni kelas aku semua cancel. Alhamdulillah dah 2 malam aku di Uni, terisi dengan solat sunat pada tengah malam. Moga-moga aku istiqamah melakukannya, Bukan senang nak istiqamah. Aku tahu.




Ini jadual terkini. Minggu pertama ni kelas budak engineering banyak yang belum mula. Alhamdulillah tiada kelas malam seperti semester lepas. Sem ni ada satu lab je. Mungkin. Sem lepas ada 3 lab. Tapi aku bernasib baik sebab dapat transfer credit subjek statistics. Paling lambat pulang iaitu jam 4 petang. Moga Allah mudahkan urusan hamba yang lemah ini, insyaAllah.

Oh ye, insyaAllah hujung minggu ni akan ke Bukit Tabur. Sesiapa yang ke sana, jumpa anda di sana. Dan doakan aku sembuh dari batuk dan selsema ye. Terima kasih. Till then, Assalamualaikum.



Sunday, February 1, 2015

Page 32 of 365

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Sekitar cerita pada hari ini, 1 Februari 2015. Sekejap betul masa berlalu. Kedatangan bulan Februari menandakan cuti semester yang lepas bakal berakhir dan aku bakal melangkah ke semester dua. Dengar cerita keputusan akhir semester yang lepas akan keluar pada 19 Februari. 

Seperti biasa, pagi-pagi aku bangun membersihkan diri, menyediakan sarapan dan jogging di sekitar taman perumahan. Kadang-kadang di tepi pantai, kadang-kadang di Bukit Pelindung dan kaitannya adalah semester dua akan datang, aku akan menyertai lebih banyak aktiviti-aktiviti yang bersifat lasak. Benar, badan aku memang kurus tapi tak bermakna aku fit. Haha.

Semalam, aku menemani adik pergi ke Terminal Sentral beli tiket bas untuk balik Jengka, malangnya kaunter tutup. Baru pukul 3 petang kot. Kemudian, kami mengubat kekecewaan dengan membeli Hot and Roll BBQ Chicken. Kemudian singgah di Giant, beli coolblog. Disebabkan merempit ketika cuaca panas terik, muka dan tangan seperti biasalah, sunburn teruk. Sampai rumah, merah-merah dan kulit mengelupas. Aku ni dah lah hitam, bertambah hitam tau. Hitam tapi manis takpe. Hehe

Dan hari ini aku menemani adik sekali lagi ke Terminal Sentral, sebelum bersiap, aku memanaskan enjin kereta terlebih dahulu. Waktu bersiap, tiba-tiba adik tanya dekat mana tempat yang sedap untuk breakfast di area stadium. Hairan betul. Dah breakfast kat rumah, takkan lapar lagi?

"Entah, mana lah aku tahu. Rajin pulak aku nak pergi makan kat stadium.."

"Alaa takkan taktahu..." adik bertanya lagi

"Betul taktau, tanya lah Hazwan, dia kan rajin try makan."

Laju je adik aku call tanya. Jawapan yang dia dapat pun mengecewakan. Haha. Rupanya kawan adik yang berkeliaran di Bandar Kuantan sebelum nak balik Jengka yang bertanya. 

Dekat traffic light Permatang Badak bypass, lampu isyarat telah bertukar kepada lampu hijau. Aku baru je pecut keluar, tiba-tiba ada sorang mamat motor laju pecut dari simpang lain. Padahal lampu isyarat dia merah. Aku tergamam pada mulanya. Tak terfikir langsung untuk menekan hon. Waktu tu, aku baru gear satu. Style aku, bila gear satu aku pecut sikit. Kalau aku tak buat break emergency tadi, rasanya mamat motor tu dah tersadai atas jalan. Jadi mayonese. Kalau dia jatuh tadi, banyak saksi yang mengatakan dia bersalah. Hai, nasib baik enjin tak mati. Aku pun bukanlah power sangat drive kereta manual ni. Sampai ke Terminal Sentral, tangan aku sejuk menggeletar.

Abah balik maghrib tadi, ummi bercerita.

Abah ucap tahniah sebab dapat kawal situasi macam tu. Heh abah ni!

Kata abah, lepas ni along akan jumpa macam-macam ragam lagi dekat jalanraya. Benarlah, kadang-kadang kita bawak berhati-hati tapi orang lain yang berperangai macam taik. Jadi, kita kena sentiasa aware.

Sampai je rumah pukul 11 lebih pagi tadi, aku bergegas ke dapur sebab adik request kentang goreng cili padi aku. Aku tak berapa suka guna blender, aku prefer guna lesung batu sebab rasa dia lagi sedap. Kemudian aku buat sup kerang rebus, cicah kicap pedas. 

Walaupun kejadian pagi tadi masih basah diingatan, aku drive lagi, kali ni untuk menghantar adik. Bye adik. Thanks sebab tolong cuci kipas dan vacuum rumah. 

Waktu makan malam tadi, abah cakap, seronoknya hari-hari macam ni along masak. Along duduk rumah jela ulang-alik dari Terengganu. Amboi abah mana boleh macam tu. 

Sampai sini saja, till then, assalamualaikum.



Saturday, January 31, 2015

FNAC

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Tak sampai tiga hari di rumah selepas pulang dari Terengganu hari tu, aku langsung ke KL. Tujuan utama adalah untuk ke hospital untuk membuat FNAC (fine needle aspiration cytology). Aku taktahu kenapa nama dia panjang sangat dan aku pun malas nak mengkaji. 

Malam sebelum buat FNAC aku sibuk membaca pengalaman orang di blog. Dan pada waktu itu, tangan aku mula sejuk, seperti orang yang sudah duduk berjam-jam lamanya dalam ruangan yang mempunyai penghawa dingin. 

Aku ada seorang kawan, dia seorang nurse. Dia tanya kenapa kena buat FNAC sebab hari tu ada aku memuat gambar buku appoinment dalam insta dan katanya kawan dia pernah buat dan rasanya sakit sangat. Dia kata kalau tak buat pun takpe. So aku jawab, mungkin itu procedure di hospital barangkali. Dan kawan aku itu meminta aku supaya minta ubat tahan sakit yang power lepas settle FNAC.

Sampai sahaja di hospital, data-data mengenai sakit dan rawatan yang telah aku jalani tiada dalam sistem. Aku ketika itu terasa nak marah. Surat daripada Dr.Kamariah ketika aku berurusan di IIUM Centre telah pun mereput dalam satu tempat yang aku tak ingat apa doktor tu beritahu. Nak mencari, memerlukan satu waktu yang panjang. Dan aku pun rasa tak yakin nak buat FNAC sebab apabila nak buat benda tu, doktor kena refer reference sebelum ni. Dalam kepala otak aku, kalau doktor tu salah cucuk then salah lagi then cucuk lagi macam mana? Aku yang menanggung derita tau. 

Masuk sahaja ke ruangan FNAC, gaya aku seperti kucing hendak beranak. Gelisah teramat sangat. Sepatutnya aku duduk dulu dalam bilik tu tapi aku seperti taktahu nak kemana dulu. Nak duduk atau terus ke katil.

"Kau nak kemana tu?? Sini dululah sayang." kata doktor wanita yang sedang mengandung. Beliau kelihatan sangat garang tapi ada kelembutan dalam diri dia.

Dia menerangkan dulu bahawa apa itu FNAC. Jika sampel yang diambil itu tidak memuaskan atau tidak mencukupi, dia terpaksa buat berulang-kali. Tiada bius mahupun pain killer. Berkali-kali aku menelan air liur.

Dan aku dicucuk dua kali sebab ketulan tu ada dua. Ketika jarum itu telah pun sampai pada ketulan itu, doktor menggerak-gerakkan dan menekan-nekan jarum itu, sakitnya tuh aku tak dapat nak gambarkan. Aku tak meraung, tak menjerit. Aku memejam mata dan dalam hati hanya mampu menyebut Ya Hayyu Ya Qoyyum. Tangan aku kuat menggenggam selimut putih. Muka maksu yang kelihatan kelat dan dia menenangkan aku dan menyuruh aku istighfar. Selesai satu dan kemudian satu lagi. Akhirnya aku membuka mata, terasa pedih dan perit, tapi aku senyum melihat maksu. Hairan sebab tak bergenang air mata. Bukan nak kata aku kuat, tapi entah, aku sendiri tak mampu nak beritahu yang aku mampu jalani FNAC dengan baik. Tak seperti cerita yang aku baca. 

Kemudian, aku ke Bangi rumah maklang dan kami sama-sama menikmati mee tarik warisan asli. Chinese cuisine. Hebat betul. Segumpal doh ditarik-tarik dan akhirnya jadilah mee. 

Aku tak boleh nak angkat berat apatah lagi berlari-lari anak. Tapi selepas hampir seminggu, aku sudah kembali pulih. InsyaAllah 4 Februari aku akan ke Hospital semula untuk ambil result. Mungkin pada waktu itu aku tak perlu lagi rasa nervous, aku hanya ke sana dengan perasaan segak tidak kiralah apa keputusannya nanti.

Till then. Assalamualaikum.


Wednesday, January 28, 2015

Page 28 of 365

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Semalam, pada pukul 4.20 petang aku merempit ke Beserah dan ummi jadi pemboncengnya. Risau office tutup. Ketika itu waktu menghampiri jam 5 petang, aku speed macam biasa. Lambat sikit pergi sebab ummi baru balik kerja. Tapi sebenarnya aku tak suka bawak laju-laju bila ada orang kat belakang. Maka ummi pun peluk aku kuat-kuat. Terasa kehangatan kasih sayang seorang ibu pada waktu itu tetapi kata ummi, macam peluk tiang elektrik. Hurm, sedih rasa. Dah makan banyak dah, tapi apakan daya.

Kurang 20 minit dah sampai, tengok betapa laju aku rempit dari Sungai Isap. Tak lalu bypass. Jarang aku ikut bypass sebab yang pertama, banyak lori. Kedua, bila jalan straight, aku rasa destinasi tu terlalu jauh lebih-lebih lagi kalau merempit. Kalau drive mungkin okay sikit.

Sepanjang aku rempit, banyak juga ajaran abah yang aku praktikkan. Contohnya jika di lampu isyarat yang mempunyai simpang empat yang tak berapa nak besar, yang ketika itu lampu isyarat berwarna merah, yang mempunyai papan tanda "belok kiri jika tiada kenderaan", aku akan belok kiri kemudian u-turn dan keluar melalui simpang yang lampu isyaratnya berwarna hijau. Kalau jalan sehala, aku tibai buat dua hala. Sebab tu aku suka ride bila pergi bandar. Dulu tak berani juga buat macam ni.

Kemudian aku ke giant, makan kfc dan kemudiannya masuk ke dalam giant kejap beli barang dapur. Berkali-kali aku ingatkan ummi jangan shopping banyak sangat sebab naik motor kan. Kemudian ke guardian untuk membeli vitamin dan susu diabetik abah. Mahal harganya RM90 brand Glucerna. Tiba-tiba  manager aku keluar, bagi susu yang sama dengan harga RM28 sekali dengan free gift. Aku cek expiry date sebab biasanya kalau dapat murah ni nak dekat tamat tempoh. Rupanya lambat lagi. Aku kan ex-employee guardian jadi aku tak banyak tanya sebab aku tahu kenapa dapat harga macam tu. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Jimat sikit duit.

Hujung tahun lepas, aku berjaya tolong manager aku jual bag yang aku pernah upload kat insta, jadi sebagai habuan, dia berjanji untuk beri aku 40 stamp dan boleh redeem bag brand kappa. Aku google brand tu. Mahal jugak la. Beg yang aku redeem tu, harga asal ialah RM180. dengan 40 stamps yang aku dapat dari manager (since guardian buat promotion kumpul stamps apabila beli barang RM20 ke atas) aku hanya membayar RM14.90. Haa cuba tekan link di bawah. Tak pandai pulak aku nak explain.




Sampai je rumah, aku demam. Entri ini sekadar ingin membersihkan sawang yang ada. Semoga berjumpa lagi pada lain entri. Assalamualaikum.

Friday, November 7, 2014

Cerita Pagi Buta.

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Jam di dinding sudah menunjukkan angka 2 pagi. Aku kini sudah berada di atas katil bersama komputer riba berada di hadapanku beralaskan buku Software Engineering setebal 773 halaman tidak termasuk kulit hadapan dan belakang. Niat di hati ingin membaca sekali imbas sebelum rebah bermimpikan hal-hal yang indah. Rumet semuanya sedang lena berpelukkan bear, bantal dan selimut.

Aku sudah pun menulis tugasan penting yang perlu diambil tindakan atau dihantar dalam masa terdekat. Mungkin pada pagi esok aku menampal sticky notes di dinding meja belajar agar tidak terlupa.

Minggu hadapan bermulanya Test Programming (online), Test Programming (Coding), Test Software Engineering, Test Entrepreneur and Personal Development. Yang lain-lain dah lepas atau mungkin belum confirm tarikhnya. Tiga assignment yang baru diberi dalam waktu yang sama. Dan 50 hari lagi sebelum bermulanya Final Exam. Aku jadi penasaran sehingga taktahu hendak mula yang mana. Takpe, selagi belum masuk dewan peperiksaan, selagi itulah tiada istilah terlambat.

Cerita petang tadi, lebih kurang jam 3 petang, aku rebah di atas katil dan pada pukul 5.30 petang aku terjaga. Itu pun kerana bunyi alarm clock phone yang sangat kuat dan menggesa aku untuk turun dari katil atas dan pergi mematikannya di meja belajar sebelum mengganggu rumet yang lain.

Dengan muka mamai, aku melihat notifikasi yang tertera di skrin telefon bimbit. Terdapat banyak notifikasi yang masuk. Aku menekan notifikasi aplikasi whatsapp yang tertera nama "Ben's Family" iaitu group whatsapp family.

Di rumah, aku ada 4 ekor kucing. Tapi seekor je yang paling aku sayang. Ash namanya. Berbulu karpet, gebu-gebu, sangat baik tak pernah punggah sampah, tak pernah memancut, tak pernah curi makanan. Kalau lapar, mengiau sekali dua saja kemudian diam. Tidak seperti kucing-kucing yang lain. Berbaki 3 ekor yang lain iaitu Putih, Noisy dan Ketek. Mereka ini sebenarnya kucing jalanan yang menyinggah rumah aku kemudiannya berniat untuk bermastautin lebih lama. 

Jadi, setelah membaca message daripada ummi di group family, air mata aku terus jatuh berlinangan. Putih telah kembali kepada Penciptanya. Selepas 5 minit kira-kira, barulah terdengar bunyi sedu-sedan. Aku ditenangkan oleh rumet. Dia suka cari gaduh dengan kucing lain, suka punggah tong sampah, suka curi makanan dan suka memancut. Oleh kerana kenakalan yang tiada peri, aku memutuskan untuk tidak menyayanginya seperti mana aku menyayangi Ash. Tetapi makan minum Putih, selalu ada buat dia. Aku menangis sebab aku tak expect dia akan pergi secepat itu. Aku menangis sebab aku tak sempat nak minta maaf. Aku berharap sangat agar Putih memaafkan aku dan jika diberi kesempatan ingin sekali aku membisikkan ke telinganya bahawa aku sangat menyayangi kau walaupun kau terlalu nakal.

Dan inilah kali pertama air mata aku tumpah di UMT. 

Dan aku sebenarnya tidak dapat melelapkan mata kerana fikiran aku kini fokusnya di rumah. Bukan kerana homesick tetapi perkara yang sedang berlaku di rumah sekarang ini, Ingin sahaja aku berlari balik pulang ke rumah waktu ini tapi apakan daya. Adik berjanji untuk bercerita pada pagi esok. Semoga tidak berlaku apa-apa. Semoga Allah melindungi orang yang aku sayang dan cinta.

Sebenarnya aku baru saja makan tadi. Memandangkan esok cuti, lusa cuti, tulat pun satu kelas je, jadi aku mengambil keputusan untuk tidur lewat dan mungkin juga tidak tidur semalaman. Okaylah, aku nak sambung baca buku. Minggu depan test. Doakan aku ye kawan-kawan. Kalau ditakdirkan buku baca aku kejap lagi, takpelah. Mungkin itu masanya untuk setiap bait-bait huruf melompat masuk ke dalam otak aku seterusnya menghubungkan setiap neuron-neuron yang ada. 

Till then, assalamualaikum.



Sunday, May 18, 2014

Cerewet.

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Dalam kehidupan kita, pasti ada beberapa perkara yang kita suka, tidak suka. Sudahlah tidak suka, cerewet pulak tu. Aku sangat cerewet dalam bab "pakaian". Bukanlah cerewet dalam bab memilih outfit apa untuk guna pakai ketika hendak keluar rumah. Aku sempoi. Asal menutup aurat dan tidak nampak selekeh, okay sahaja.

Siapa yang pernah duduk serumah dengan aku, mesti kenal aku bagaimana, tahu bagaimana citarasa aku tentang "pakaian". Orang yang aku maksudkan mestilah keluarga dan housemate ketika zaman belajar dulu. Cerewet yang bagaimana hoi?

Aku tidak tahu orang lain macam mana tetapi pada pengamatan selama aku hidup, apabila seseorang hendak membersihkan diri, baju yang basah lencun dek peluh itu disepuk dalam bilik air, bercampur dengan baju lain yang sudah basah. Baju berpeluh tadi mungkin akan berbau busuk jika tidak dibasuh dengan secepat mungkin dan akan bertahi lalat jika dibiarkan lama.

Cara aku, baju yang berpeluh tadi, aku tidak akan membiarkan ianya bercampur dengan baju lain walaupun dalam bakul kotor. Aku akan sangkut dan keringkan ia dahulu sebelum basuh. Kalau sifat kerajinan aku berlebih-lebih pada waktu itu, aku akan jemur dahulu di bawah cahaya matahari untuk membunuh segala bakteria yang ada. 

Adik aku selalu diingatkan untuk tidak berbuat perkara yang aku tidak suka. Kalau tak, tak boleh pakai pakaian aku. Hik hik.

Waktu belajar dulu, selepas baju aku kering di ampaian, aku tidak suka angkat sepuk semua pakaian dalam satu longgokan. Aku angkat satu helai dan letak dikerusi, angkat satu helai lagi dan timpa di atas helaian yang tadi untuk mengelakkan pakaian aku berkedut. Sebab nanti aku malas nak gosok especially t-shirt. Lagipun ia memudahkan aku untuk sesi lipat-melipat nanti.

Housemate pun dah tahu perangai aku macam mana. Jadi apabila pakaian aku telah kering dan sampai giliran mereka pula untuk menjemur pakaian, mereka akan buat perkara yang sama jika waktu itu aku tiada di rumah dan berada di kelas.

Aku cerewet sebab aku nak pakaian aku bersih, tahan lama, dan tidak berbau. Aku tahu, bukan semua perempuan berperangai cerewet macam aku. Tahukah kalian, baju aku waktu sekolah rendah dulu masih cantik sehingga sekarang. Hiks


Till then.


Sunday, January 26, 2014

Kaklong bebel

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Pukul 1.00 pm semalam, aku mencapai kunci kereta di tempat letak kunci kemudian menyarung tudung di kepala. Memakai selipar jepun lalu membuka mangga pagar lalu memanaskan enjin kereta. Seingat aku, sudah hampir 2 bulan lebih aku tidak memandu. Risau skill memandu kereta manual semakin pudar. Kat rumah aku, tiada satu pun kereta auto. Semuanya manual. Agaknya kalau ada kereta auto, mesti lesap, entah kemana-mana aku bawak.

Jadi tadi, aku drive keliling kawasan perumahan Sungai Isap, Permatang Badak dan Bukit Rangin. Ambil angin katakan. Asyik ride motor je. Tak lama lagi sambung belajar, jadi aku plan untuk beli kereta. Second hand je rasanya. Tak mampu rasanya nak beli baru. Tunggu kerja lepas habis degree nanti insyaAllah. Lagipun di MMU, Cyberjaya kampus bukan senang nak dapat pengangkutan awam seperti yang diberitahu para senior. Shopping complex yang berhampiran MMU adalah Alamanda. So kat situ je kot tempat lepak aku nanti. Nak cari buku, barang keperluan, main boling dan lain-lain. Sebab itulah aku rasa betapa pentingnya kenderaan bernama kereta. 

Motor? Aku tak berani nak menunggang motorsikal di KL. Cukuplah sekali terbang seperti superman. Erm, lagi 4 bulan je aku berstatus "P". Rasa macam baru je dapat lesen kereta. How fast time flies. Jadi, aku sedang mengumpul duit untuk membeli kereta. Kalaupun aku anak orang kaya, takkan sesekali aku menyusahkan mereka. Biar aku dapat melalui hasil titik peluh aku sendiri, Semoga Allah mempermudahkan segalanya.



Saturday, November 2, 2013

Mystery Shopper

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Hai. Assalamualaikum. Agak-agak cerita kelmarin atau 31 Oktober sudah basi atau belum? Basi atau tak, itu tak penting. Apa itu Mystery Shopper?

Since outlet Guardian iaitu tempat aku berkerja berada dalam Giant, jadi setiap hujung bulan akan ada Mystery Shopper. Report Mystery Shopper akan sampai ke tangan manager setiap hujung bulan.

Aku pun taktahu sangat apa benda Mystery Shopper tu, aku pernah curi-curi tengok apa benda Mystery Shopper tu. Aku hanya dapat lihat point pertama sahaja. Antaranya adakah kita greet or serve customer dengan baik atau tak. Ataupun kita sibuk buat kerja kita sampai langsung tak serve customer. 

Mystery Shopper itu adalah orang atasan Giant yang menyamar jadi customer. Aku bagi contoh, ada customer masuk outlet jadi aku pun serve customer yang masuk tadi tapi dalam masa yang sama ada customer lain masuk. Boleh jadi customer lain itu adalah Mystery Shopper. Dan aku pada ketika itu busy serve customer yang pertama tadi. Jadi, mungkin report akan sampai ke tangan manager. Dan nama aku naik sebab tak serve customer yang kedua tadi since customer itu adalah Mystery Shopper. Haaa dapat gambaran tak?

Pukul 6.00 petang kelmarin, shif aku hampir tamat. Aku dah siap buat float dan ingin buang sampah tetapi dipanggil oleh manager bersama dengan part-time cashier yang lain. 

Dalam bilik, muka manager sumpah bad mood gila. Aku dan lagi 2 orang kawan buat muka takde perasaan tapi dalam hati takut gila hanya Allah yang tahu. Dan manager pun memulakan mukaddimah nya. 

Katanya nama kami bertiga naik untuk Mystery Shopper dan markah sangat teruk. Bulan lepas pun tak teruk macam ni. Dalam bilik manager juga, antara kami bertiga, dia banyak soal aku. Bertubi-tubi. Seperti markah aku yang paling teruk. Kemudian kami bertiga keluar.

Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Aku pun nak balik selepas settle buang sampah. Aku ke PC belakang untuk clock out. Aku terserempak dengan manager dan aku pun buat muka takde perasaan lagi. Tiba-tiba manager datang tanya aku balik naik apa. Since lagi 2 orang kawan aku tu sudah ke bahagian hadapan, manager pun tell the truth. 

Rupanya, bukan aku yang dapat Mystery Shopper. Nama aku langsung tak naik sebaliknya nama mereka berdua. Manager saja tanya aku bertubi-tubi kononnya nak perli mereka berdua. Sebab banyak berborak dan tak buat kerja.

Aku waktu tu happy gila. Sujud syukur.

Tak lama kemudian, apabila fikir kembali, manager tak payah pun tell the truth. Biar je kebenaran itu tersimpan rapi. At least aku boleh improve cara kerja aku. Tapi aku tak boleh berada dalam comfort zone. Mungkin bulan depan aku terkena? Haaa benda ni tak boleh jangka. Minta dijauhkan.

14 November nanti ada Stock Take. Stock Take ini sekali setahun. Nanti aku cerita apa yang berlaku. Till then. Assalamualaikum.


Friday, November 1, 2013

21.

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful



Tadi aku baru je upload gambar ni kat facebook tapi dah delete semula. Apabila berbicara soal gambar yang di upload dalam alam maya terutama sekali facebook, aku ada satu perasaan di mana hati dan akal aku sentiasa berperang sesama sendiri.

 Aku terlalu ingin berkongsi gambar kenangan terutamanya dalam facebook tetapi selepas aku upload, aku akan delete semula. Walaupun aku tak rupawan sebagaimana orang lain, aku rasa tak selesa, aku rasa tak sedap hati kemudian aku cepat-cepat delete. Takpela perkara ni takes time kan?

Alhamdulillah. Aku dah 21 tahun. 21 tahun ini bermakna aku semakin dewasa. Umur makin meningkat cuma berat badan maintain tak naik-naik. Apa boleh buat. Sebenarnya semakin meningkat usia bermakna aku semakin menghampiri kematian. Kematian yang aku pun sendiri pun tidak tahu bila.

Mengimbau kembali kenangan dua tahun lepas ketika aku berusia 19 tahun, housemate buat surprise belikan KFC dan cake untuk aku. Pandai betul mereka plan. Dan tahun lepas pula dua kali surprise, pertama di bilik MPP oleh coursemate and collegemate. Kedua ketika di rumah sewa oleh housemate. Baik punya plan. Argh itu semua kenangan yang sangat aku rindui. Dan aku ingat tahun ini tiada yang buat surprise since aku dah graduate. Lagi satu, aku bukan jenis yang suka beli kek nak celebrate bagai jadi harapkan orang saja. Hehehe.  By the way, thanks to manager, Encik Madi Ahmad for the cake. Not the presents or cake that it count. All i need is doa from you guys. Thank you so much. May Allah's blessings be upon you.

Aku nak sangat cerita bagaimana mereka buat surprise kat tempat kerja. Tapi malaslah pulak. Gambar ini dirakam pada pukul 6.30 pm ketika aku dah nak habis shif. Dengan muka berminyak, name tag pun dah senget. Till then. Assalamualaikum.

Sunday, July 7, 2013

Harapan terakhir

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Aku tak yakin aku akan hidup lebih lama. Aku berharap, sebelum mata aku terpejam, aku dapat bersua dengan mereka.

Sunday, May 19, 2013

Yang hidup, pasti kembali

 In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Kita, manusia wajib tahu apa tujuan kita diciptakan dan dilahirkan ke dunia. Kita manusia atau spesifiknya, muslim, pastinya sudah sedia maklum tentang tujuan sebenar penciptaan kita. Tapi aku rasa tak ramai yang tahu. Dalam Al-Quran, Allah telah menerangkan dari awal hinggalah akhir. Bermula daripada penciptaan manusia sehinggalah berakhirnya riwayat manusia itu dan kemana pula destinasinya selepas itu. Perfect! Kita sahaja yang malas ambil tahu. Mungkin ada yang sudah tahu tetapi buat-buat tidak tahu. Tak payah tuding jari jauh-jauh. Antaranya aku lah. Tak pernah sedar diri. Dah insaf, alpa lagi dan lagi. Begitulah kitaran hidup manusia. Oleh sebab itulah Rasulullah saw bersabda, peganglah Al-Quran dan Sunnah, nescaya kamu tidak akan sesat. Pengampunan Allah juga selalu ada walau seluas lautan dosa kita kepadaNya. Manusia sahaja yang sombong. Selalu bersangka buruk kepadaNya.

Hidup ini terlalu singkat untuk berbuat dosa. Ada yang sudah lama terlantar sakit tetapi yang sihat itulah kadang-kadang yang pergi dahulu. Sesuatu yang kita sebagai manusia takkan pernah tahu. Itulah dia rahsia Allah.

Sebagai contoh, keluarga sebelah abah. Maktok sudah lama terlantar sakit tiba-tiba atok yang pergi dulu. Setakat ini, maktok sebelah abah masih ada cuma beliau sedang terlantar sakit. Juga sebelah ummi kedua-duanya masih ada. Masih sihat. 

Opah merupakan kakak kepada maktok aku. Walaupun nenek saudara, tetapi hubungan kami rapat. Sebab itu aku rasa sedih sekali atas pemergian beliau. Aku sempat menjenguk Opah dua kali sebelum pemergiannya. Semoga Opah tenang di sana, di tempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Aku tengah buat surat tadi alang-alang aku update sekejap. Aku nak siap-siap pergi Kepong. Untuk solat jenazah dan upacara pengebumian. Arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kepong sama tempat dengan arwah Nyang. 

'Dunia dicipta untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat. Kita hidup dengan iman, kita mati dengan iman dan kita pinta masuk ke dalam syurga juga dengan iman." -Solusi-

Mahukah kita mati dalam keadaan yang sia-sia? 

Tepuk dada, tanya iman.

Till then, 

Assalamualaikum.



Wednesday, April 10, 2013

Nota Kecil Buat Diri

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Terlalu banyak kenangan di B-5-11, Pangsapuri Sri Batu, Kuala Lumpur. Ceritanya, sebelum berpindah ke Pangsapuri, aku tinggal di Hostel Desaview, jauh sedikit dan memerlukan kenderaan untuk ke kolej. Tapi selalu je aku ke kolej berjalan kaki dari hostel sebab abe van kadang-kadang takde untuk menghantar. Tapi masaklah lepas tu.

Jauh bukan alasan antara sebab-sebab aku berpindah pertamanya, hostel sangat mahal. Kedua, banyak lipas walaupun dorm bersih berkilat sekalipun.  Jadi sebelum semester dua bermula, aku bersama rumet berpindah. Tapi akhirnya kami berempat berpisah. Aku dan Maya di tingkat 5 Blok B. Fatihah di tingkat 8 Blok B, sementara Aimi di Blok A.

Jika di Pangsapuri, hanya 10 minit sahaja jika berjalan kaki secara lenggang dan mungkin 6 minit sahaja jika berjalan pantas menuju ke kolej. Inilah ringkasannya bagaimana aku berpindah ke Pangsapuri. Dan aku lah orang terawal yang keluar dari rumah tu iaitu sebelum final exam semester 7. Fyza, Zyra dan Sofia keluar sebaik sahaja tamatnya final exam. Tyrah masih disitu kerana beliau praktikal hanya di area situ.

Kali terakhir aku berada di pangsapuri, mereka buat kejutan sebelum nak tidur. Ceritanya bermula, selepas makan malam dan tengok movie, mata aku diikat dengan kain. Dan tidak lama kemudian, beberapa bungkusan hadiah berada betul-betul dihadapan mata ku.

Antaranya ialah, tabung comel. Dalam tabung comel berisi nota-nota kecil dari
Tyrah, Fyza, Zyra dan Sofia. Pada mulanya aku tidak mahu kongsikan, tetapi ketika aku sedang mengemas dan susun atur barang, aku terlihat tabung comel itu. Aku rindu sangat dengan kalian, jadi aku meluangkan masa untuk menaip entri ini.

Dalam tabung comel itu terdapat 4 warna nota kecil. Merah daripada Tyrah. Hijau daripada Sofia. Kuning daripada Fyza dan peach ala-ala pink daripada Zyra.

Here we go.


"Hanan Ben! Tyrah Madhi bercakap ni. Hehe. Mula-mula sekali nak ucap Happy Birthday sekali lagi. Kita ni hanya dapat bagi nota-nota macam ni (ceh ayat poyo ja). Anyway, happy always! :)"

"Sampai sekarang, Tyrah masih tak sangka yang kita ni dah habis belajarkan. Sepanjang perkenalan kita, kalau ada terasa dengan Tyrah dan yang sewaktu dengannya sekali lagi, Tyrah mintak maaf. Kenal dengan Hanan ni, memang Hanan banyak ajar Tyrah jadi orang yang baik, memaafkan orang, bersabar dengan datangnya jodoh dan sebagainya."

"Eh! Kalau nampak kita ni selalu menyendiri, janganlah terasa wahai kamu! Ceh hehe Hanan tau kan dekat kolej pun Tyrah selalu seorang diri. Dah malas dah nak rapat dengan orang. (Ada sejarahnya)"

"Kalau nak kahwin tu, jemputlah Tyrah ya. Dan nampaknya awak yang bagi saya makan nasi minyak dulu. Hehe :)"

"Habis ja individual presentation untuk business plan kitorang+Ibadah Camp nanti, Tyrah Madhi akan terus balik ke Kuching, Sarawak. Kalau umur panjang kita berjumpa lagi :)"

"Hikmah! Ya apa yang berlaku dalam kehidupan mestilah ada hikmahnya. Begitu juga pada Tyrah. Elok untuk Tyrah belajar kat sini. Kalau tak, hmm. Haram jadahlah kita nak kenal, tinggal sebumbung pulak tu. Kan? :)"

"Tulis-tulis nota ni semua idea depa bertiga tu. Tapi Tyrah memang setuju bila depa nak buat gini. Haih, kalau Tyrah suruh di express feeling seperti kat dalam ni kat Hanan, memang tak lepas-lepas lagi lah :)"

"Hanan! Selama ini, Tyrah jarang lepak-lepak dengan korang kat luar. Selalu terperuk dalam bilik. Mesti Hanan pelik/terasa. Tyrah addicted dengan twitter la Tyrah jadi gini. Hehe :)"

"Hasrat Hanan ke oversea sambung belajar degree, Tyrah harap ianya menjadi kenyataan. InsyaAllah. Ameen."

"Nih, nak habaq sikit. Andai ditakdirkan Tyrah pergi dulu, maafkanlah kesilapan Tyrah sebelum ni. Kan tadi dah cakap. Manusia ni idoq ada yang sempurna. Cakap loghat Perak, teringat pulak dekat Fairuz Nadhirah."

"Kenapa saya pilih kertas warna merah ni? Saya rasa saya hanya berani meluahkan apa segala yang terbuku dihati saya selama ni kat dalam ni ja. Awak kan kenal saya :)"

"My prayer goes to people that are good with me. Takdala yang jahat Tyrah doakan tetapi Tyrah utamakan yang baik-baik belaka. Ingatlah ini, bukan menunjuk tetapi kenyataan."

"Buang yang keruh, ambil yang jernih baru teguh peribadi. Lalala. Nyanyi-nyanyi. Kalau ada silap, sekali lagi Tyrah minta maaf."

"Kata-kata hikmah dari kaunselor Tyrah. Hehe. Whoever keeps on learning stays young. The road to success is always under construction. Ini terpulang kepada kita untuk menjadikannya cantik atau sebaliknya. Tyrah nak kongsi dengan Hanan ayat ni."

"Maaf jika warna tulisan ni tak menarik tapi hakikatnya warnanya purple tu. Hehe. Dan Tyrah takleh nak gitau panjang-panjang tetapi setelah mendapat sesuatu dari Yang Esa, Tyrah jadi risau, bersyukur dan sentiasa peka terhadap keadaan seperti ini. Hehe always be grateful for what we have today. Never ask for more :)"

"I'm one of your friends. I'll always love you :)"


"Kepada Nurul Hanan Binti Binyamin."

"Thanks Hanan, kejutkan kita bangun subuh, bagi motivasi. Masakkan untuk kita. Pesan itu ini."

"Semoga awak panjang umur."

"Kita akan ingat semua pesanan Hanan."

"Sihat selalu."

"Jaga diri!"


"Hanan jangan selalu minum air sejuk tak baik untuk kesihatan."

"Hanan semoga berjaya didunia dan diakhirat."

"Awak jangan biar orang buli awak. Awak kena pertahankan diri awak juga. Jangan sampai orang pijak kepala awak."

"Hanan, jangan tengok lelaki hensem, nanti suami awak touching."

"Hanan, nanti kalau belajar kat oversea jangan gatal-gatal tau."

"Awak kena ikat rambut tocang baru comel, cantik dan ayu."

"Awak kahwin cepat-cepat, saya nak jadi pengapit hehe."


"Terima kasih untuk semua yang awak pernah bagi makan, minum dan yang awak pernah bagi pinjam. Terima kasih banyak-banyak."

"Kenangan masa surprise kan awak masa birthday tu selalu diingatan. Hehe. Minta maaf banyak-banyak sebab buat awak kecil hati. Kita tau awak kecil hati."

"Hanan, all the best dalam lakukan apa sahaja. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat."

"Walaupun perkenalan kita singkat, tapi banyak kenangan yang tercipta. The memories will never disappear."

"Saya akan rindukan setiap kenangan kita bersama. Kenangan antara saya, awak, sofia dan fyza. PASTI!"

"Terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik, terima kasih kerana terima perangai saya dengan baik, terima kasih kerana untuk segalanya."

"Hanan, kita minta maaf dengan segala salah silap yang pernah kita buat sama ada sengaja atai tidak. Saya nak awak tahu yang saya seronok dapat jadi kawan awak. I'm gonna miss you after this. Tsk tsk."

"Jangan lupa jaga kesihatan awak, jaga diri awak. Ada masa, kita jumpa lagi. Dah sampai masa nanti, kad jangan lupa okay! Hihi."

"Gembira dapat menjadi insan yang bernama Nurul Hanan."


Banyak kenangan kita yang Hanan tak dapat nak coretkan disini. Semuanya  kekal segar diingatan dan mekar mewangi di sanubari. Hanan juga ingin pohon kemaafan sepanjang kita bersahabat dan tinggal sebumbung. Maafi Hanan juga jika Hanan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua rumah dengan baik. Yang baik Hanan jadikan teladan, yang buruk hanan jadikan tauladan. Ia banyak mengajar Hanan apa itu erti tanggungjawab. Argh rindu setiap saat kita bersama!

Tabung comel yang dalamnya terisi dengan nota-nota kecil. Oh ye, cawan kartun yang Zyra beri tu, Hanan masih belum guna. Hanan nak guna masa sambung belajar nanti. Bak kata Zyra, "Hanan kalau study, mesti buat air." Hehe terima kasih sayang-sayangku sekalian.


Ada video masa hosmet buat surprise. Masa tu aku tengah touching gila-gila. Dorang sempat rakam. Ingat nak upload tapi nanti-nanti la. Hihi. Till Then. Assalamualaikum.

Tuesday, April 9, 2013

Setiap hari

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Seperti yang sedia maklum, aku telah pun graduate sebagai pelajar diploma. 2 tahun 7 bulan dirasakan begitu sekejap sekali. Pejam celik pejam celik, telah pun habis. Rasa seperti baru sahaja menandatangani surat perjanjian dengan ptptn dan kini surat perjanjian itu telah pun di pos ke rumah. Nak ingatkan aku suruh bayar balik lettew!

Tempoh bayaran yang dinyatakan di situ adalah selama 180 bulan. 15 tahun kan? Sebanyak RM150 something sebulan. Memang lah mahal, IPTS kan. Dua bulan lepas, aku baru sahaja buat surat penangguhan ptptn untuk tujuan sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. So buat masa sekarang tak perlu bayar lagi.

Bila fikir banyak kali, beberapa tahun akan datang, hutang makin bertambah. Hutang belajar ketika diploma, degree lagi. Kereta lagi? Kahwin?

Serabut kepala otak kalau asyik fikir je. 

Kau pernah ada perasaan yang kau dah malu gila-gila nak mintak duit daripada parents kau? Taktahu lah kalau takde perasaan.

Selama dua bulan inilah aku telah membulatkan perut tanpa menyumbang satu sen pun kepada parents aku. Walaupun perut tak bulat mana, tapi aku rasa malu. Aku dah 21 kot.

Aku jadi bertambah sedih bila kebanyakan kawan-kawan aku ada yang dah mula berkerja walaupun part-time sementara menunggu panggilan untuk sambung belajar. 

Aku fikir, apabila aku dapat duit poket sekurang-kurangnya aku boleh beli barang-barang dapur. Beras, minyak dan lain-lain. 

Aku sepatutnya report duty pada awal Mac hari tu di sebuah company di Bangsar tapi terpaksa dibatalkan. 

Ummi nak aku duduk Kuantan. Bila dah balik Kuantan, aku ingatkan boleh lah cari-cari kerja haha rupa-rupanya ummi masih berat hati nak lepaskan aku keluar berkerja.

Kata ummi, dulu masa sekolah menengah, jarang-jarang dapat tengok muka sebab aku sekolah asrama. Lepas tu sambung belajar, pun jarang-jarang balik rumah. Selepas ni lagi beberapa bulan, aku akan kembali belajar. Mungkin untuk tempoh yang agak lama. Itu antara beberapa alasan kenapa ummi tidak mengizinkan aku berkerja.

"Kamon lah ummi, kalau pergi kerja pun, hari-hari juga kan kita dapat berjumpa?" Hati aku berbisik

Dan semalam, ketika aku sedang melipat baju, aku perasan ummi sedang mengintai dari tepi pintu bilik. Aku tahu ummi sedang memujuk aku. Kata ummi lagi, "itu rezeki kawan-kawan awak yang berkerja, insyaAllah nanti bila habis degree, rezeki awak ada untuk berkerja. Awak tu sakit, kita settle kan dulu apa yang tak settle lagi."

Dan akhirnya, aku akur~

Aku positifkan diri.

"Duduk dirumah tidak bermakna kita tidak dapat apa-apa seperti orang yang keluar berkerja."

Aku positifkan diri lagi.

"Macam-macam perkara yang aku boleh lakukan. Lima bulan je lagi masih yang ada sebelum sambung belajar. Dalam masa lima bulan ini lah aku boleh buat self-improvement."

Dan sebenarnya terlalu banyak lagi perkara yang aku boleh lakukan ketika berada di rumah. Walaupun berada dirumah, aku punya  jadual tersendiri. Haha padahal masa kat Gombak haram jadah takde jadual ni semua. 

Setiap pagi, aku pergi jogging. Petang-petang kayuh basikal. Setiap pagi, mesti dah ada sarapan atas meja. Dan lauk-pauk siap terhidang ketika waktu tengahari juga malam.

Gosok baju family setiap pagi, basuh baju, sidai baju, lipat baju, memasak, mengemas, memang aku benar-benar seperti bibik. Satu hari, tengok satu video ceramah agama dalam BM dan BI. Kenapa mesti BI? Aku nak improve listening aku. Baca buku-buku yang berlambak di ruangan almari yang aku kira entah bila nak habis. Melukis dan mendoodle. Juga sebelum tidur, aku akan menulis sesuatu dalam jurnal. 

24 jam masa aku begitu teratur. Siang dengan manusia. Malam dengan Pencipta. Cuma kadang-kadang bila dah lama sangat di rumah, otak aku terasa seperti berkarat sedikit.

Sekian sahaja entri luahan perasaan yang aku kira kosong dengan ayat yang berterabur. Sekadar berbasa-basi. Memaksa diri membuat sedikit coretan agar laman ini tidak bersawang. Till then. Assalamualaikum.