Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

Beduk Diketuk

"...apabila beduk diketuk, tentulah ada yang rasa terkejut, tak senang malah ada kalanya 'bingit', namun sebaik menyedari untuk apa beduk itu diketuk. Kita akan mula memberi perhatian, mendengarnya dengan teliti dan bertindak selaras dengan mesej yang dibawanya. Suara peringatan ada kalanya tidak perlu terlalu nyaring, namun cukup sekadar dapat didengar oleh telinga dan hati. Orang yang bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan..."
Begitulah aku dan adik-adik walaupun dah besar panjang dan macam galah yang boleh diibaratkan seperti beduk yang apabila diketuk oleh ummi, barulah terkejut dan mula memberikan perhatian terhadap apa yang ingin disampaikan oleh ummi. Selagi tak diketuk, selagi tu tak bergerak dan lakukan perubahan. Ayat terakhir yang terpacul daripada mulut ummi kepada kami bertiga adalah

"...suka atau tidak, selagi ummi hidup, selagi tu ummi akan bercakap sebab nanti kat akhirat Allah akan soal ummi. bila ummi dah takde, korang tak akan dengar dah bebelan ummi nanti..."

(T__T)


Tuesday, April 5, 2011

Laa Taghdhob Dan Bagimu Syurga

Kita bisa meraih syurga
hanya dengan menahan marah

Jangan marah, Jangan marah, Jangan marah

Dengan menahan marah, kita akan menjadi makhluk yang dibanggakan oleh Allah di akhirat. Hebatnya pahala yang dijanjikan! Hanya dengan menahan marah?

Ya! Hanya dengan menahan marah

Saudaraku, sukarkah menahan marah?
Yang pasti, penghargaan tinggi di sisi Allah tidak akan diperolehi dengan amal biasa. Rasulullah berpesan agar kita menahan marah kerana jiwa kita, tanggungjawab kita. Jiwa kita, biar kita yang menguasainya bukan membiarkannya dikuasai oleh syaitan kerana api syaitan itu akan membakar kemuliaan kita

"Sesungguhnya memahami orang lain adalah kebijaksanaan, mampu memahami diri sendiri adalah kebijaksanaan yang sesungguhnya"

"Menguasai orang lain adalah kekuatan, menguasai diri sendiri adalah kekuatan yang sesungguhnya"

Saudaraku, kemarahan itu tidak dilarang. 
Yang penting marahlah dengan ikhlas kerana Allah~
Marahlah pada waktu yang tepat~
Kepada hal yang tepat~
Kerana sebab yang tepat~
Dan dengan cara yang tepat~

Sesungguhnya hanya orang yang selalu memuhasabah diri bisa membezakan antara marah kerana Allah dengan marah kerana nafsu. Oleh itu saudaraku, jujurlah dengan diri sendiri. Semoga marah yang kita rasai bisa menjadi manfaat yang dirahmati.

(^_^)

Monday, April 4, 2011

Carilah Hati Yang Sejahtera

Dalam hidup yang sementara ini, kita dituntut mencari hati yang sejahtera. Inilah kualiti hidup yang perlu dicari dan dinikmati. Dan ini jugalah "syurga dunia" sebelum syurga akhirat. Malangnya ramai yang pentingkan kualiti harta berbanding kualiti jiwa. Siang malam, manusia bertungkus-lumus memupuk harta tanpa mempedulikan kesucian jiwa. Rumah semakin besar tetapi jiwa semakin sempit. Harta semakin melimpah tetapi hati semakin sakit.

Orang miskin yang sabar boleh menikmati kehidupan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kaya yang ego. Sebaliknya, tanpa sifat qanaah, si hartawan akan terseksa oleh kemiskinan jiwanya. Itulah yang dimaksudkan oleh sabda Baginda s.a.w : "Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah ruah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa"

Tuesday, March 22, 2011

Bila Hati Tumpul

Bila hatiku telah tumpul,
lemah longlailah langkahku,
sedangkan hati itu raja tubuh.
Bila baiknya ia, maka baiklah aku.

Kompetensi membina jati diri,
ISLAM membuahkan peribadi suci,
bila hatiku telah tumpul,
adakah segala impi boleh menjadi?

Friday, February 18, 2011

Seperti Prinsip Spring



"Bagai jatuh ditimpa tangga... Mampukah diri mengangkat kembali tangga untuk dakian seterusnya???"

Luahan seorang teman. Dan saya tahu luahan itu dari hatinya yang paling dalam, paling perit. Namun dia masih mampu tersenyum. Masih mampu bergerak, menyeru kebaikan dan masih mampu menyampaikan kata-kata hikmah.

Seorang lagi teman yang lain membalas,

"Kami teman-temanmu datang ketepikan tangga dan menarikmu bangun semula untuk meneruskan perjalanan yang seterusnya."



Seorang lagi membalas...



"InsyaAllah mampu...yakin pada Allah...dalam apa pun bentuk ujianNya, pasti Allah titipkan kekuatan sebagai bekalan..takkan dibiarkan begitu sahaja."

Dan lagi...



"Kita ibarat batu-bata. InsyaAllah, kamu susah pasti kami akan bersamamu... Sunnatullah...jalan ini penuh onak duri, tak ditaburi bunga mewangi..tapi ingatlah, saudaramu sentiasa di sisi."

Alangkah indahnya setiap kata-kata ini. Moga-moga kesedihan temanku terubat sedikit.

InsyaAllah, penderitaan sirna dan yang tersisa adalah pahala.

Kadang-kadang sukar kita meluahkan pada seseorang. Cuma, jika sahabat itu membaca tulisan ini, inilah yang saya ingin katakan padanya.

" Segala ujian dan tekanan yang mendatang itu ibarat seperti teori spring. Spring, jika kita beri tekanan yang besar/kuat, ia pasti akan melantun lebih tinggi."



Begitu juga kita manusia, sentasa diuji. Makin tinggi keimanan kita, semakin besar ujian menimpa. Dan semakin besar ujian yang menimpa, semakin tinggi kedudukan kita di sisi Allah, andai saja kita mampu bersabar dalam menghadapi ujian itu.

Saturday, December 18, 2010

Pesan seorang ayah

Suatu hari dalam perjalanan ke gombak untuk menghantar aku.

Abah berpesan, 

"Along, belajar betul-betul ye. Jangan sedih-sedih dan jangan asyik nak merajuk"

Aku jawab, "Baiklah abah, InsyaAllah."

Abah berpesan lagi,

"Along kena belaja betul-betul sebab ni masa depan along. Along yang corakkan segala2nya. Bukan abah. Ingat tu along. Kalau along nak makan, makan je. Jangan tahan-tahan duit. Jangan nak simpan duit untuk makan. Kalau tak cukup duit, call abah. Nanti abah masukkan. Cakap je tau berapa."

Aku yang sedang duduk di belakang, mengalirkan air mata. Perlu ke aku menangis? Ye perlu.

Setiap keringat titik peluh yang mengalir di dahi dan badan dia, adalah untuk aku dan adik-adikku. Dia tidak m'harapkan apa-apa. Hanya kejayaan milik aku dan adik2 yang dia harapkan.

"Along???"

Abah mematikan lamunanku~

"Ye abah?"

Rupanya abah sempat menghendap aku melalui cermin kereta hadapan.

"Along, janganlah menangis. Ingat along, Along anak yang pertama. Along harus berdikari dari sekarang. Kalau abah dah takda, macam mana? along kena kuat. Jaga ummi, adik ngan wafiy."

Aku balas, "Perlu ke abah cakap macam tu?"

Seketika abah terdiam. "Perlu sayang."

Aku menangis dia bahu abah~

--------------------------------------------------------------------

Ya Allah, aku sangat merindui abah~

Dan sekarang, abah kerap call dan text aku.

Dan semalam, aku menerima  msg daripada abah. Bertubi-tubi sms masuk.

"Alonggggggggggggggggggggggggggg"

"Sayangggggggg"

"Along kat mana? Sayang tgh buat apa?"

"Along cukup duit tak?"

"Along sihat?"

Aku sangat terkejut lalu aku call abah dan bertanya kenapa.

Aku juga jawab semua soalan abah.

Dan abah membalas.

"Abah rindu sangat kat along. Biasanya lepas abah balik dari kerja, along akan menyorok belakang pintu dan buat abah terkejut. Dari kecil sampai nak masuk 19 tahun pun, tak pernah berubah. Tapi kali ni, bila abah balik, abah selalu tengok belakang pintu. Tengok along takda. Abah rasa sedih. Abah rindu along."

Aku hanya menangis~ hanya esakan kedengaran di talian.

Sesungguhnya,
Dia seorang ayah yang penyayang~
Apa yang aku minta, semuanya dapat walaupun kadang2 lambat~

"Abah, boleh tak along nak beli laptop?" 

Abah menjawab " Okay cepat siap2~ lepas maghrib kita keluar"

Aku terkedu dan membalas,

"Along main-main jela bah~"

Dan malam itu jugalah aku memilikinya iaitu laptop.

-------------------------------------------------------------------

"Abah? Broadband along da out of date~ nanti abah free tolong hidupkan ea?"

Tidak sampai 30  minit, abah call,

"Along, tadi abah dah pergi bandar. Abah dah bayar. Along da boleh guna."

-------------------------------------------------------------------

"Abah? Abah tgh buat apa?"

Abah balas, "Abah tgh kerja sayang. Kenapa?"

"Err, duit along da habis"

Abah balas lagi "Kejap lagi abah masukkan ye sayang."

"Eh, abah jangan terburu-buru tau," balasku.

Dan tidak lama kemudian, aku menerima msg yang abah dah masukkan duit.

--------------------------------------------------------------------

Sesungguhnya, aku sangat bersyukur mempunyai ayah yang sangat memahami dan penyayang walaupun pernah dihempas di atas kerusi ketika berumur 2 tahun. Abah, doakan along berjaya ye. InsyaAllah, kejayaan untuk abah dan ummi. Setiap keringat titik peluhmu akan ku bayar dengan segulung kejayaan.

Abah, maafkan jika along pernah mengguris perasaan abah~
Along tak mampu lakukan seperti apa yang abah buat~
Semuanya cepat, semuanya pantas~

Abah,


Sedalam laut, seluas langit
cinta selalu tak bisa diukur
begitulah abah mengurai waktu
menitiskan keringat dan rindunya
untukku
Abah pergi sangat pagi
kadang sampai pagi lagi
tapi saat pulang
ia tak lupa menjinjing pelangi
lalu dengan sabar
menguraikan warnanya
satu persatu padaku
dengan mata berbinar
Waktu memang tak akrab
denganku dan abah
tapi di dalam buku gambarku
tak pernah ada duka atau badai
hanya sederet sketsa
tentang aku, abah dan tawa
yang selalu bersama
Abah,
tiada kata indah untukmu
melainkan lafaz aku sayang padamu
tapi aku takut
takut melihat pandangan matamu
takut melihat wajah seriusmu
namun
aku dapat melihat akan kesedihanmu
sedih melihat kerenah anak-anakmu
sedih melihat perjalanan hidupmu.

Abah
kau sentiasa di hatiku
pesananmu sentiasa di mindaku
nasihatmu sentiasa di jiwaku
amanahmu sentiasa di hati putihku.

Abah
kaulah idolaku
kaulah yang satu
dan tak mungkin bertukar ganti.