Sebuah perbualan ringkas antara aku dan maksu di sebuah restoran di PKNS Shah Alam pada tengahari tadi.
Aku memulakan bicara~
"Susahnya nak jaga pemakaian, akhlak dan tingkahlaku dengan sempurna"
Maksu membalas~
"Kenapa dengan pemakaian Hanan? Kan da okay? Hanan bertudung hingga menutup bawah paras dada. Keluar ke mana-mana pun Hanan berstokin kan? Semua baju yang Hanan pakai, bawah paras punggung, longgar dan kadang-kadang hingga ke lutut. Apa yang tak okay nya Hanan?"
Aku mengeluh~
"Memang la maksu, cuba tengok, Hanan pakai tudung memang seperti yang maksu cakapkan tadi. Tapi kalau boleh, nak labuhkan sikit. Hanan pun da besar kan~ and its time to change. But I need strength nak buat semua ni. Hanan tak nak la~ sekejap labuh, sekejap singkat~ Nak istiqamah tu memang susah. Tapi kalau fikir macam tu, sampai bila nak berubah kan? Hanan minta dengan Allah agar dikuatkan iman nak buat semua ni~ lagipun Hanan berkawan dengan semua yang pemakaian yang biasa2~ Kadang2 nak buat tu susah sangat. Maksu doakan Hanan ye?"
Maksu tersenyum sambil menyuapkan makanan dalam mulutnya~
"Maksu bangga dengan Hanan~ Bukan apa, seawal usia macam ni, Hanan dah b'fikiran macam tu. Lagipun, Hanan bukan dari sekolah agama. Sekolah agama pun sekejap je kalau nak dibandingkan dengan maksu tapi Alhamdulillah~ Maksu doakan Hanan"
Aku bersuara lagi ~ "Mulut Hanan ni jahat sangat, kadang2 suka mengutuk orang, mengata orang dengan tidak sengaja dan kadang2 dengan sengaja~ Tapi Alhamdulillah melangkah ke usia 18 tahun ni, banyak jugak lah perubahan. Alhamdulillah tak macam dulu lagi. Hanan nak sempurna akhlak, tapi apakan daya~ Kita ni bukannya Rasulullah yang sesempurna akhlak kan?"
Maksu membalas ~" Setiap orang tak lari daripada melakukan apa yang Hanan nyatakan tadi, tapi kita mesti cepat tersedar kan? Then cepat2lah istighfar~ Moga Allah m'ampunkan dosa2 kita. Maksu pun kadang2 macam tu. Lebih2 lagi ketika memandu~ Haihh. Tapi kena istighfar la. Dan kalau boleh, tahan mulut tu dan fikir dulu sebelum nak berkata-kata ye sayang?"
Aku tersenyum dan berkata "Baiklah maksu, InsyaAllah"
Maksu bertanya~
"Hanan kat rumah sewa, lepas maghrib, mengaji tak?"
Aku balas~
"Setakat ni Alhamdulillah~ Al-Mathurat tak pernah lekang selepas solat maghrib dan subuh. Mula-mula nak buat susah sangat. Kalau selepas subuh, rasa mengantuk nak baca Al-Mathurat tapi digagahi juga. Dan sekarang Alhamdulillah dan Hanan rasakan perkara tu wajib sangat. Hehe dan selepas tu barulah Hanan online then bersiap pergi ke kelas"
"Maksu nak dengar cerita?" Aku bertanya ~
"Ceritalah sayang" Balas maksu ~
Aku memulakan ~
"Ada suatu hari ni selepas habis kelas. Hanan ke surau nak buat solat sunat dhuha sebab masa tu baru pukul 10. Ada yang pelik dan bertanya~
"Kau buat solat apa Hanan? Kau qada' solat subuh or baru nak solat subuh?"
Mungkin mereka bertanya dengan nada gurauan~
"Tapi Hanan rasa soalan tu pedas dan berbau sindiran ~ Hanan hanya tersenyum dan menjawab, aku buat solat sunat sementara tiada kelas~ Sebenarnya Hanan takut, takut adanya perasaan riak. Hanan selalu berdoa agar dijauhkan daripada perasaan itu dan Alhamdulillah juga, Dhuha tidak lekang daripada hidup Hanan"
Maksu hanya tersenyum dan berkata, "Mungkin suatu hari nanti, kawan-kawan Hanan akan mencontohi Hanan"
Aku balas ~ "Alhamdulillah maksu ~ Kawan Hanan tu pun selalu buat dhuha selepas Hanan menceritakan tentang fadillatnya"
Aku bercerita lagi ~
"Dulu Hanan ni kedekut sangat, lepas tu berkira~ hehehe. Tapi Alhamdulillah sekarang tak lagi sebab banyak baca buku kan~ Lepas baca buku tu, Hanan insaf~ Dulu, bukan kedekut dari segi duit je, malah ilmu, nasihat, kasih sayang juga. Hanan cuba ubah diri. Jika kawan2 Hanan memerlukan pertolongan, Hanan akan menolongnya dengan kata-kata supaya dia sedikit tabah. Ada kawan Hanan seorang ni, memerlukan RM100, Hanan pun bagi pinjam~ Hanan tak fikir panjang dan terus bagi sebab Hanan kenal dia macam mana. Kalau tengok orang di tepi jalan tu, kasihan sangat, Hanan pun bersedekah. Walaupun kadang2 dia sebenarnya mampu untuk mencari duit"
Aku menyambung~
"Dan bila menolong mereka dari segi duit, Hanan main keluar je duit dari dompet. Hanan tak check pun berapa balance. Hanan biarkan je ~ Hanan tak kisah. Suatu hari ni, Hanan nak check berapa balance duit sebab nak buat budget planning. Hanan tengok~ Banyak, banyak sangat~ Macam tak luak~ Hanan sedikit pelik. Aku keluarkan, beli itu ini, bagi orang, tapi tak pernah susut. Kenapa ye?"
Maksu tersenyum dan membiarkan aku berkata-kata~
"Hanan perasan sesuatu~ Semakin banyak Hanan melakukan amal sedekah ni, tak kiralah dari segi duit, nasihat, kasih sayang~ Hanan rasa rezeki Hanan bertambah. Dan sekarang jarang sangat call abah nak mintak duit. Kadang2 berfikir~ Allah ke yang letak duit dalam dompet?"
Maksu mula berbicara selepas beberapa lama menyepi dan tersenyum~
"Maksu bangga dengan Hanan~ Dulu maksu banyak ilmu pengetahuan. Tapi maksu tak amalkan masa seusia Hanan. Maksu tak pernah nak hayati semuanya~ dan selepas berumur 30 tahun dan selepas pulang dari Haji lah baru maksu dapat hidayah. Ye ilmu ada dulu, tapi tak amalkan"
Maksu menyambung~
"Seawal usia Hanan, maksu bukan nak bangun tengah malam, dhuha~ jarang sekali walaupun bertudung agak labuh daripada Hanan. Alhamdulillah sekarang~ Andai kata maksu pergi, maksu harap semua amalan maksu diredhai Allah"
Kolam mata maksu bergenang~ Mukanya kemerahan~ Aku mengerti apa yang ingin maksu sampaikan~ Dia menyesal dan dalam masa yang sama dia bersyukur kerana telah menyedari semua itu.
Aku yang melihat maksu mengalirkan air mata di restoran itu, turut mengalirkan air mata~ Aku pantang melihat orang lain mengalirkan mata, aku turut sama mengalirkannya. Aku memahami maksu~
Maksu menyambung~
"Teruskan Hanan dengan apa yang kamu lakukan dan jangan sesekali berhenti. Hidup kita ni tidak lama. Bila-bila kita akan pergi. Dan kita sentiasa berharap agar kita pergi dalam keadaan yang baik iaitu khusnul khatimah~ dalam keadaan yang diredhai oleh Allah"
Aku bersuara~
"Maksu, terima kasih atas segala nasihat yang maksu hulurkan. Sebenarnya, Hanan dapat kekuatan ni juga daripada maksu. Hanan memerhatikan maksu. Apa yang maksu buat, apa yang maksu lakukan~ Terima kasih maksu"
----------------------------------------------------------------------------
Aku sebenarnya bangga mempunyai seorang maksu yang sentiasa menegur aku jika aku tidak sempurna dalam menutup aurat~ dan sentiasa mengingatkan aku.
Maksu kata, dia tak nak tanggung dosa, jadi dia pun menegur semua anak-anak saudara perempuannya.
Aku cucu sulong di sebelah ummi, jadi aku harus menjadi contoh teladan untuk adik2ku.
Ya Allah, semakin aku mengabdikan diriku kepadaMu, akan terasa semakin kuat aku diuji. Aku tahu Kau ingin mengujiku dan jika ujian itu sebagai langkah untuk ke syurga~ Aku redha ya Allah~
Ya Allah, hanya pintaku~
Kau kuatkanlah iman maksu ku dalam menempuhi kehidupannya~
Umurnya sudah meningkat tetapi masih keseorangan dan belum mendirikan rumah tangga lagi~
Kau pertemukanlah jodohnya di dunia ini dengan seorang yang sekufu dengannya~ dan yang memahaminya.
Hatinya pernah dirobek untuk beberapa kali dan kini pintu hatinya telah tertutup untuk seorang yang bernama LELAKI~
Ya Allah~
Dia telah ke Makkah untuk berdoa kepadaMu~
M'abdikan diri kepadaMu~
Kau bantulah dia, Ya Allah~
Andai bukan jodoh dia di dunia ini, kau pertemukanlah di akhirat.
----------------------------------------------------------------------------
Artikel ini ditulis bukan untuk menunjuk tetapi perkongsian bersama maksu di siang hari tadi selepas mengikuti maksu ke tempat kerja.
Aku berharap, agar aku beristiqamah dalam melakukan segala2nya. Aku ingin pergi dalam keadaan yang diredhai Allah.
Doakanlah aku wahai teman~
Buat maksu ~
Hanan sangat menyayangi maksu~
Semoga maksu kuat dan tabah mengharungi liku-liku hidup di dunia ini.
Ingat ni maksu~
Kesusahan yang maksu alami ketika di dunia ni adalah jambatan untuk ke syurga jika maksu ikhlas dan redha.
Hanan sayang maksu, Hanan sentiasa doakan maksu~
Terima kasih atas segalanya maksu~
:')
Saturday, December 18, 2010
Pesan seorang ayah
Suatu hari dalam perjalanan ke gombak untuk menghantar aku.
Abah berpesan,
"Along, belajar betul-betul ye. Jangan sedih-sedih dan jangan asyik nak merajuk"
Aku jawab, "Baiklah abah, InsyaAllah."
Abah berpesan lagi,
"Along kena belaja betul-betul sebab ni masa depan along. Along yang corakkan segala2nya. Bukan abah. Ingat tu along. Kalau along nak makan, makan je. Jangan tahan-tahan duit. Jangan nak simpan duit untuk makan. Kalau tak cukup duit, call abah. Nanti abah masukkan. Cakap je tau berapa."
Aku yang sedang duduk di belakang, mengalirkan air mata. Perlu ke aku menangis? Ye perlu.
Setiap keringat titik peluh yang mengalir di dahi dan badan dia, adalah untuk aku dan adik-adikku. Dia tidak m'harapkan apa-apa. Hanya kejayaan milik aku dan adik2 yang dia harapkan.
"Along???"
Abah mematikan lamunanku~
"Ye abah?"
Rupanya abah sempat menghendap aku melalui cermin kereta hadapan.
"Along, janganlah menangis. Ingat along, Along anak yang pertama. Along harus berdikari dari sekarang. Kalau abah dah takda, macam mana? along kena kuat. Jaga ummi, adik ngan wafiy."
Aku balas, "Perlu ke abah cakap macam tu?"
Seketika abah terdiam. "Perlu sayang."
Aku menangis dia bahu abah~
--------------------------------------------------------------------
Ya Allah, aku sangat merindui abah~
Dan sekarang, abah kerap call dan text aku.
Dan semalam, aku menerima msg daripada abah. Bertubi-tubi sms masuk.
"Alonggggggggggggggggggggggggggg"
"Sayangggggggg"
"Along kat mana? Sayang tgh buat apa?"
"Along cukup duit tak?"
"Along sihat?"
Aku sangat terkejut lalu aku call abah dan bertanya kenapa.
Aku juga jawab semua soalan abah.
Dan abah membalas.
"Abah rindu sangat kat along. Biasanya lepas abah balik dari kerja, along akan menyorok belakang pintu dan buat abah terkejut. Dari kecil sampai nak masuk 19 tahun pun, tak pernah berubah. Tapi kali ni, bila abah balik, abah selalu tengok belakang pintu. Tengok along takda. Abah rasa sedih. Abah rindu along."
Aku hanya menangis~ hanya esakan kedengaran di talian.
Sesungguhnya,
Dia seorang ayah yang penyayang~
Apa yang aku minta, semuanya dapat walaupun kadang2 lambat~
"Abah, boleh tak along nak beli laptop?"
Abah menjawab " Okay cepat siap2~ lepas maghrib kita keluar"
Aku terkedu dan membalas,
"Along main-main jela bah~"
Dan malam itu jugalah aku memilikinya iaitu laptop.
-------------------------------------------------------------------
"Abah? Broadband along da out of date~ nanti abah free tolong hidupkan ea?"
Tidak sampai 30 minit, abah call,
"Along, tadi abah dah pergi bandar. Abah dah bayar. Along da boleh guna."
-------------------------------------------------------------------
"Abah? Abah tgh buat apa?"
Abah balas, "Abah tgh kerja sayang. Kenapa?"
"Err, duit along da habis"
Abah balas lagi "Kejap lagi abah masukkan ye sayang."
"Eh, abah jangan terburu-buru tau," balasku.
Dan tidak lama kemudian, aku menerima msg yang abah dah masukkan duit.
--------------------------------------------------------------------
Sesungguhnya, aku sangat bersyukur mempunyai ayah yang sangat memahami dan penyayang walaupun pernah dihempas di atas kerusi ketika berumur 2 tahun. Abah, doakan along berjaya ye. InsyaAllah, kejayaan untuk abah dan ummi. Setiap keringat titik peluhmu akan ku bayar dengan segulung kejayaan.
Abah, maafkan jika along pernah mengguris perasaan abah~
Along tak mampu lakukan seperti apa yang abah buat~
Semuanya cepat, semuanya pantas~
Abah,
Sedalam laut, seluas langit
cinta selalu tak bisa diukur
begitulah abah mengurai waktu
menitiskan keringat dan rindunya
untukku
cinta selalu tak bisa diukur
begitulah abah mengurai waktu
menitiskan keringat dan rindunya
untukku
Abah pergi sangat pagi
kadang sampai pagi lagi
tapi saat pulang
ia tak lupa menjinjing pelangi
lalu dengan sabar
menguraikan warnanya
satu persatu padaku
dengan mata berbinar
kadang sampai pagi lagi
tapi saat pulang
ia tak lupa menjinjing pelangi
lalu dengan sabar
menguraikan warnanya
satu persatu padaku
dengan mata berbinar
Waktu memang tak akrab
denganku dan abah
tapi di dalam buku gambarku
tak pernah ada duka atau badai
hanya sederet sketsa
tentang aku, abah dan tawa
yang selalu bersama
denganku dan abah
tapi di dalam buku gambarku
tak pernah ada duka atau badai
hanya sederet sketsa
tentang aku, abah dan tawa
yang selalu bersama
Abah,
tiada kata indah untukmu
melainkan lafaz aku sayang padamu
tapi aku takut
takut melihat pandangan matamu
takut melihat wajah seriusmu
namun
aku dapat melihat akan kesedihanmu
sedih melihat kerenah anak-anakmu
sedih melihat perjalanan hidupmu.
Abah
kau sentiasa di hatiku
pesananmu sentiasa di mindaku
nasihatmu sentiasa di jiwaku
amanahmu sentiasa di hati putihku.
Abah
kaulah idolaku
kaulah yang satu
dan tak mungkin bertukar ganti.
melainkan lafaz aku sayang padamu
tapi aku takut
takut melihat pandangan matamu
takut melihat wajah seriusmu
namun
aku dapat melihat akan kesedihanmu
sedih melihat kerenah anak-anakmu
sedih melihat perjalanan hidupmu.
Abah
kau sentiasa di hatiku
pesananmu sentiasa di mindaku
nasihatmu sentiasa di jiwaku
amanahmu sentiasa di hati putihku.
Abah
kaulah idolaku
kaulah yang satu
dan tak mungkin bertukar ganti.
Labels:
Diari Hati,
Nasihat
Subscribe to:
Posts (Atom)