Tuesday, February 23, 2016

Masih Punya Harapan

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


"Kak Hanan nak pergi mana?" tanya Haziqah, rommate ku.

"Nak pergi JPA kejap, ambil surat pengesahan." balasku ringkas. 

Ketika itu jam sudah menghampiri jam 11.30 pagi. Aku sudah pun mengenakan tudung di kepala. Setelah menyarung stokin, kunci motor yang terletak di rak buku di capai lalu keluar menyarung kasut. Setelah mengunci pintu, aku memanaskan enjin motor untuk beberapa minit sebelum berlalu pergi.

Setelah settle urusan di kaunter JPA, aku langsung ke bilik Dr. Azliza iaitu pensyarah bagi kursus Software Requirement Engineering untuk semester ini. 

"Haaa, masuk Hanan." pelawa Dr.Azliza ringkas sambil mengukir senyuman. 

Tapi kami memanggil Dr.Azliza dengan panggilan Puan. Dia antara pensyarah yang paling low profile dan sangat dekat dengan student. Aku mula rapat dengan Puan waktu menguruskan field trip semester lepas.

"Puan...." Itu je ayat yang mampu aku tuturkan pada waktu itu. Kemudian titis air mata terus jatuh. Terasa ada benda di kerongkong sehingga tak mampu nak mengeluarkan ayat berikutnya.

"Kenapa ni Hanan?" Puan memandang aku dengan penuh tanda tanya

"Saya macam dah tak mampu nak terus berada dalam program ni." 

Air mata aku jatuh lagi. Tak pernah lagi aku buat perkara macam ni dengan meluahkan segalanya kepada lecturer. Setelah berbincang mengenai subjek yang aku ambil semester ini dan cgpa aku pada semester lepas, Puan cuba menenangkan aku dengan memberikan nasihat dan kata-kata perangsang.

"Dulu ada sorang student saya, dia memang lemah programming. Langsung tak pandai buat program. Jadi, saya nasihatkan untuk berjumpa dengan senior tahun akhir yang buat FYP. Tengok macam mana dia buat sistem. Fahamkan sistem dia dari awal sampai akhir." 

"Lepas tu Puan?"

"Dia buat apa yang saya suruh buat. Dan sekarang dia dah jadi programmer dekat sebuah company terkenal."

Aku mengangguk lemah

"Kalau Hanan rasa tak boleh catch up dalam kelas sebab terlalu ramai, dan kalau Hanan risau takut drag masa dalam kelas kalau banyak tanya, cuba set appointment dengan lecturer supaya lecturer boleh approach one-to-one. Lecturer ni kan Hanan, dia dalam kelas nampak je garang tapi sebenarnya dia lebih suka student datang jumpa personal. Lecturer suka sangat tengok effort student yang bersungguh macam tu. Bila lecturer tengok effort macam tu, effort dia sebagai seorang lecturer double malah triple dekat student yang datang dekat dia. Percayalah." Terang Puan dengan panjang lebar

Aku tak banyak bercakap, hanya mengangguk lagi.

"Ni saya cakap dekat diri saya juga. Mungkin antara cara untuk kita develop kekuatan adalah dengan bangun tahajud especially kita yang muslim ni. Sebab bukan senang nak bangun sebenarnya. Lagi satu, istikharah. Ramai orang salah faham tentang konsep istikharah. Istikharah ni bukan hanya untuk jodoh. Setiap waktu kita buat keputusan kan? Nak add and drop subjek apa, nak makan apa dan banyak lagi kan? Ramai antara kita buat keputusan sendiri kemudian baru nak tanya Allah. Why not bertanya Allah dulu sebelum buat sesuatu keputusan."

Aku jadi seronok mendengar dan wajah aku sudah mula mengukir senyuman.

"Bukan semua orang boleh berlari jarak jauh kan? Ada yang dah memang power. 10 km dalam tangan je. Ada yang 1 km pun dah semput."

"Haah, betul tu Puan."

"Jadi, untuk mereka yang nak capai setaraf dengan pelari 10km, dia kena ada effort lebih dan akhirnya, percayalah, dia akan setaraf malah boleh pergi lebih jauh jika effort berterusan. Sama juga macam dalam programming kan Hanan?" 

Aku mengangguk. Air mata aku kesat.

"Allah pun, tak tengok hasil. Dia tengok apa kita tuai, apa usaha kita. Dari mula kita ambil wudhuk, bentang sejadah, mula angkat takbir dan tengok sejauh mana kekusyukkan kita dalam solat. Dan Hanan rasa kenapa Hanan berada dalam program ni?" soal Puan

"Taktahu Puan." Dalam keadaan seperti ini, itu sahaja ayat yang mampu aku ungkapkan

"Sebab Allah tahu Hanan mampu untuk berada dalam program ni, dan disinilah tempat Hanan. Allah takkan pernah menganiyai hambaNya. Dia lebih tahu yang terbaik buat hambaNya."

Dan sebenarnya lagi yang Puan sampaikan. Maaf Puan sebab tak banyak bercakap, dan hanya mendengar. Puan tak pernah gagal membelai jiwa aku.

Alangkah bagus jika jiwa aku ini pada setiap masa yakin bahawa Allah itu selalu ada di sisi dan menjaga aku penuh rasa kasih sayang. Alangkah bagusnya jika aku tanpa pernah ragu meyakini bahawa Allah itu tidak pernah menganiyai aku, meninggalkan aku terumbang-ambing sendiri. Alangkah bagusnya jika dari dulu lagi aku sedar bahawa Allah bukan meletak aku di satu tempat yang bahaya cuma menguji sedikit sahaja iman di dada.

Terima kasih Allah.

Terima Puan.


Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"


[Hadis Riwayat Imam Ahmad]