Monday, November 26, 2012

"Kau kenapa? Ada masalah?"

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Dia seorang yang sangat pendiam. Tak pernah aku lihat dia senyum apatah lagi bergelak ketawa. Menangis pun tidak pernah. Di belakang aku mungkin. Satu hari, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewa, kami terserempak dengan dia. Kami menegurnya dan mengajaknya makan malam bersama-sama nanti. Lalu dia pun bersetuju. Selepas solat maghrib, aku dan Fana (bukan nama sebenar) turun ke bawah terus menuju ke warung yang berhampiran. Lebih kurang 5 minit, dia pun sampai. Kami berborak tetapi wajahnya seperti tidak ceria. Seperti sedang menanggung beban yang sangat berat. Aku dan Fana curious dan kami ingin mengetahui lebih lanjut tentang latar belakangnya.

Keesokannya harinya selepas bersarapan, aku mendapat panggilan daripada Fana. Katanya dia telah jumpa blog si dia dan Fana juga telah memberikan aku url. Dengan pantasnya jari aku menekan huruf-huruf pada komputer riba kesayangan. 

Hurm, betullah ini blog dia! Biodatanya lengkap seperti yang tertera pada skrin laptop! Di biodatanya juga tertulis bahawa "blog ini merupakan satu medium untuk aku meluahkan segala permasalahan dan yang terbuku dihati aku."

Lalu aku scroll hingga ke bawah. Oh kini baru aku tahu kenapa dia sering bermuram durja walaupun langit cerah dan mentari menyinar terang. Dia merupakan seorang anak luar nikah. Hidupnya setiap hari penuh dengan tohmahan dan kata-kata kesat. Blog itulah merupakan satu medium untuk beliau meluahkan segala-galanya yang terbuku di hati. 

Aku dan Fana tidak sesekali menyisihkan dia. Malah kami mendekatinya. Jika dia dibiarkan terus-menerus seperti itu, boleh jadi gila rasanya! Kami bawa dia ke Raudhatus Sakinah. Di situ dia mendapat bimbingan, nasihat dan ilmu agama. Dan dia kini sedar bahawa hidup harus diteruskan walaupun selamanya dia dengan gelaran "anak luar nikah". Dia kini kuat. Tidak mahu mati sebelum berjuang kerana dia tahu bahawa Pencipta dia tidak akan menjadikan dia seorang yang sia-sia di muka bumi ini.

Aku tersenyum apabila mengimbau kembali kisah ini.

Dan semalam Fana menelefon aku. Kami saling bertanya khabar dan katanya sedih apabila heboh dengan kisah Ain Lyana Evan yang mendoakan ayahnya supaya mati dengan cepat.

Berdasarkan apa yang aku baca pada garis masa Ain, dia memerlukan satu medium untuk meluahkan perasaannya. Dan dia berharap tiada siapa yang akan campur tangan dalam permasalahannya. 

Kita sebagai orang Islam, ye, kita pasti cakna dengan keadaan sedemikian. Dan aku lihat ramai dalam kalangan kita yang ingin menasihatinya supaya dia insaf dan bersyukur kerana mempunyai seorang ayah. Tak kurang juga ada yang memarahinya dan bash dia bertubi-tubi.

Pada pendapat aku, memang dia bangang bersikap sedemikian kerana mahu mendoakan ayahnya cepat mati. Dan dia sepatutnya bersyukur dengan adanya ayah di dunia ini. Kerana ramai dari kalangan kita yang sudah ketiadaan ayah. Tapi bagi aku, orang yang bash dia bertubi-tubi pun bangang

Cuba korang bayangkan, korang layan orang gila. Sampai kesudahnya pun dia bersikap demikian. Api yang sedang marak, jangan disimbah lagi dengan api. Memang bertambah maraklah api tu. Cuba korang jadi ais. Sejukkan dia. Kan bagus kalau ada dalam kalangan kita yang cuba mendekatinya. Siasat dulu why she acted like that. Why she did mentioned oink-oink thingy. DM dia ke apa ke. Tanya dia apa masalah sebenar dia. Aku rasa orang takkan bersikap macam tu kalau tiada sebab. 

Bak kata Najua Al-Habshee, "kutuk tak habis-habis, typical judgemental society we're living in." 

And yes, that's the fact!

Oh, psychology student, tampil ke depan please!