In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Sebelum cerita ini basi dan sebelum kisah ini aku lupa kerana dimamah usia, izinkan aku untuk coret sesuatu disini. Jika lagi lima tahun aku merindui kenangan sepanjang bergelar pelajar ijazah, aku mungkin akan kembali membuka lawan sesawang ini. Semoga tulisan kali ini tidak terlalu panjang.
Program Survival Laut dan Penghayatan Warisan
Disebabkan motto UMT adalah "Ocean Of Discovery" atau dalam bahasa melayunya "Terokaan Seluas Lautan" jadi program ini merupakan program khas untuk pelajar UMT dan merupakan antara program utama selepas menjalani minggu jalinan mesra iaitu minggu orientasi. Atas sebab-sebab tertentu, kami batch 2014/2015 pergi agak lewat sedikit iaitu di penghujung tahun dua.
Core program untuk UMT adalah Science Marine jadi sebahagian daripada Pulau Bidong merupakan Stesen Penyelidikan UMT untuk student program Marine Biology dan lain-lain menjalankan kajian. Kenapa Pulau Bidong ni tak terkenal macam pulau-pulau lain yang ada di Terengganu ek? Sebab Pulau Bidong bukanlah Pulau Peranginan. Dan disebabkan tak ramai manusia yang menjejaki kawasan itu, jadi pulau itu sangatlah cantik dengan airnya yang sangat jernih sehingga menampakkan pelbagai coral dan ikan-ikan cantik alaaaa macam ikan nemo tu. Intro pun dah panjang alahai.
Sekitar tahun 1970, Pulau Bidong merupakan pusat perkampungan Vietnam kalau kalian nak tahu lebih kurang 40,000 penduduk. Sila klik di bawah untuk pembacaan lanjut.
http://www.visit-terengganu.net/pulau-bidong-memori-orang-hanyut/
2 May 2016
7.45 am, kami bertolak ke Jeti Muara Sungai Merang dari Kompleks Sukan UMT. Di jeti Sungai Merang kami menaiki bot awam disitu lebih kurang 10 minit sebelum menaiki bot UMT yang menunggu kami di tengah-tengah perairan. Dan kurang dari satu jam, kami sampai di Pulau Bidong.
Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Ketam, Udang, Jerung dan Pari. Aktiviti pertama kami ialah hiking sambil menghayati warisan tinggalan warga Vietnam di Pulau tersebut. Kemudian kami meneruskan dengan aktiviti kayak dan snorkeling dan seterusnya LDK. Kami diamanahkan untuk mereka cipta cheer song dan persembahan untuk malam nanti. Lebih kurang jam 11.30 malam, kami semua masuk tidur kerana keletihan yang teramat.
Dan aku pun lena dalam dibuai mimpi dalam sleeping bag yang aku bawa.
Sepanjang aktiviti, banyak kali juga kena denda contohnya pumping sebab lambat ambil BA (Buoyancy Aid), untuk pertama kali makan tak basuh bekas lauk, dan banyak lagi. Tapi kami semua enjoy gila. Kenangan yang tak boleh lupa adalah ambil wuduk menggunakan air laut. Masin woi. Dan solat dalam keadaan basah lencun. Ini memang betul-betul survival! Kami juga tak dibenarkan untuk membawa sebarang sabun termasuklah shower cream, shampoo dan facial cleanser kerana dikhuatiri akan merosakkan coral-coral di laut.
3 May 2016
Program ni pun tak lama. 2 hari 1 malam je. Selepas solat subuh berjemaah, sarapan, dan spring clean di Pulau, acara diteruskan dengan perasmian penutupan oleh Camp Commandant. Seterusnya menaiki bot untuk pulang.
Yang tak pergi tu sangat rugi sebab pertama korang dah bayar kan dan sekali je dapat jejak kaki dekat sini melainkan kau program sains biolgi marin dan lain-lain, boleh la kerap pergi sini untuk research. Bagi aku, program ni takdelah penat sangat sebab aku tak tidur sebaik saja sampai rumah. Tak tidur sebab kejar date line untuk beberapa tugasan. Malam tu, aku rebah awal atas katil. Aku tak bawak fon jadi semua gambar merupakan ihsan daripada kamera orang. Muka burn tak payah cakap, ada yang mengelupas teruk, kulit jadi gatal-gatal dan macam-macam lagi. Don't worry, All is well.
Bot UMT |
Waktu bertolak dalam bot UMT |
Dalam bot awam |
Water confident |
Inilah geng saya! |
Selfie sikit |
Girls in Team Ketam |
Students and Faci |
Team Ketam |
Bersama Kak Hairul (paling depan), faci suka denda orang dan paling lucu bagi aku. |
Till then, assalamualaikum.