In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Alhamdulillah wa Astaghfirullah. FYP (1) presentation has just ended and everything went well.
"Rilek lah, baru FYP (1), apahal lah meroyan macam orang gila" - mungkin ada yang keluarkan statement macam ni especially dekat twitter. Kasi can lah nak meroyan pun. Ni waktu dia, mungkin tu medium yang dia rasa okay nak release tension.
Oh well, aku pun tak terkecuali sebenarnya. Tapi kadang-kadang rasa sedih juga sebab aku tak meroyan dekat sejadah sebagaimana aku meroyan dekat twitter.
Talk about this semester, aku berazam untuk terus buat notes sebaik sahaja habis satu chapter yang dah belajar dan end up semua motivasi awal semester jadi basi.
Aku akui, aku agak sibuk dengan organisasi dan program terlalu banyak. Kadang-kadang tu terbit rasa menyesal pegang jawatan waktu final year. Tapi ada seorang sahabat ni selalu mengingatkan dan lempar kata-kata yang sangat positif. Semester depan dia dah takde. Habis je paper nanti, aku tak pasti aku meraung ke tak. Dia yang aku kenal since my very first day dekat UMT, yang selalu bawak aku pergi hospital dan macam-macam lagi. We'll see later on.
Sambung balik, bila berprogram, badan dan otak dah penat dan memang taklah nak study lepas tu. Study dan test semua kelaut. Yang aku fokus semua dekat assignments dan FYP. FYP pun kadang-kadang rasa kelaut juga. Tekanan dan rasa nak marah dekat diri sebab selalu sakit dan tak pandai manage waktu.
Talk about FYP (1), FYP (1) ni more on documentations with 2 credit hours. You have to prepare SPMP (Software Project Management Planning), SRS (Software Requirements Specification), SDD (Software Database Design) and deliver the 30% of system development. For FYP (2), it carry 4 credit hours and you have to develop full system and yes, ramai yang tersangkut dekat sini. Selagi FYP (2) tak lepas, jangan harap boleh pergi intern, dan mereputlah kau dekat UMT selamanya.
About presentation, aku bersyukur sangat sebab panel tak tembak or hentam aku macam kawan-kawan lain. Mereka just tanya dua soalan dekat part normalization.
Group lain, ada yang sampai 8 panels. That was so scary!
Bila dengar cerita kawan-kawan dan dari group lain, ada yang kena maki, ada yang menangis dekat depan. Disaster lah kiranya.
I should thanks Allah for everything sebab tak lalui apa yang mereka lalui. FYP (2) belum tahu lagi nasib macam mana kan and I'm not too happy pun. Belum masanya lagi nak celebrate whatsover!
Untuk sistem aku, aku menggunakan model 2 which is (3) tier architecture (SERVLET). Servlet ni sangat sensitif. Ada sorang kawan ni guna servlet dan seminggu lebih tak dapat cari solution, end up back to model 1.
Untuk CRUD, aku berjaya siapkan dalam masa 4 hari saja dan interfaces pula, lagi satu hari nak present, baru buat. Aku buat kerja gila kot and everything last minutes and I code straight for 14 hours. Waktu demo sistem, alhamdulillah CRUD went well. Ada je kawan-kawan, waktu present tiba-tiba sistem buat hal. Hang la and loading till the end. It's okay mates, ada lagi FYP (2) next sem. Thanks a lot untuk kawan-kawan yang banyak membantu. Moga Allah balas kebaikan ke atas kalian dengan kebaikan yang lebih baik.
Assignment Software Testing pun dah siap. Thanks to group mates yang eager nak buat awal dan kalau boleh nak siapkan before FYP presentation. Dan aku baru je balik dari library, record video for Voice It Out (2), this is for Public Speaking course.
All submission done!
Oh tapi, ada satu benda tak settle lagi.
Aku belum habis mark lab assignment lagi. InsyaAllah esok mesti siap mark. So much fun being a lab demo I must say. Thank you Allah for this opportunity. Last but not least, elaun pun dapat, tipulah kalau tak seronok kan?
Oh ya, I took TITAS on the previous semester. Untuk SE students patutnya ambil this semester and TITAS paper will be on 26th December. Sebab dah ambil semester lepas, so my first paper will be on 31st December. Lambat lagi kan? So aku balik rumah dulu, insyaAllah jumaat ni balik Kuantan.
Its good to be home with parents and cats. Till then, assalamualaikum.