Saturday, November 19, 2011

nonethetitle #2

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Kritikan hebat 

Jumaat malam lebih kurang pukul 11 aku tiba di rumah bersama abah yang kebetulannya pulang kerja dari Johor dan terus mengambil aku di Gombak dan langsung ke Kuantan. Kami tidak singgah di PJ kerana atok dan maktok tiada di rumah dan tinggal sementara di rumah maklang di Bangi kerana maksu ketika itu berada di China. Sebaik sahaja tiba di rumah, ummi yang dalam keadaan emosi tidak stabil terus menghentam aku dengan kritikan yang sangat hebat. Aku sedaya upaya menahan air mata tapi akhirnya tertumpah jua. Aku menerimanya dengan hati yang terbuka dan menganggap itu satu kritikan yang sangat hebat untuk melangkah lebih jauh. Terima kasih ummi :)

Hari pertama berada di rumah

Keadaan rumah memang tunggang langgang. Aku tak salahkan ummi kerana keadaan ummi yang kurang sihat sejak akhir akhir ni. Salahkan abah? Abah berada di Johor. Jadi? Malas nak salahkan siapa siapa. Aku memang seorang yang tak suka dan pantang rumah bersepah jadi aku mengambil inisiatif untuk mengemas sendirian tanpa mengharapkan bantuan sesiapa pun.

Aku bermula pada pukul 9 pagi hingga pukul 10 malam tanpa henti. Tipulah kalau tak henti. Hanya berhenti makan dan solat sahaja. Hanya area ruang tamu, bilik wafiy dan bilik aku sahaja yang mampu aku kemas selama 12 jam. Kemas bukan sikit2, habis semua aku basuh. Sampai tertonggeng tonggeng bawah meja. Jadi keesokan harinya aku ingin sambung dibahagian dapur dan sekeliling luar rumah.

Jika semuanya siap hari esok, maka aku boleh memulakan aktiviti aktiviti yang aku sudah rancang untuk cuti semester.

Keletihan

12 jam non stop memang memenatkan. Dan baru teringat akan kata kata doktor yang aku tidak dibenarkan untuk melakukan kerja kerja berat. Terkadang aku buat tidak tahu dan aku tidak kisah untuk menanggung kesakitannya. Bila lagi aku nak berbakti untuk ibu bapa aku ketika berada di rumah? :)

Jam menunjukkan pukul 11.40 malam dan aku harus tidur awal kerana sebentar lagi aku  harus bangun dan berdating dengan cinta hati aku. Siapa dia? Dialah yang Maha Mencipta :)

Aku jadi teringat akan kata kata seorang sahabat,

"Antara ciri orang yang bersyukur ialah orang yang menunaikan hak pada diri. Jika dia letih, maka hendaklah dia tidur. Jika sudah larut malam, maka hendaklah berehat dari kerja seharian. Bukankah Allah ciptakan malam untuk berehat dan siangnya untuk bekerja. Jangan derhaka pada hukum sunnatullah. Kalau tidak anda, siapa lagi yang akan mentaatinya?"


3 comments:

  1. Like kata-kata sahabat tu. Pernah teringat kata-kata tu daripada ustazah sekolah dulu sbb selalu sgt tidur lewat malam, kena tegur. Habit tu bawak smpai sekarang :)

    ReplyDelete
  2. shazwan : insyaAllah habit tu boleh diubah ^^

    hazwan : yang baik elok dikongsi. sila sila ^^

    ReplyDelete