In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Seperti yang sedia maklum, aku telah pun graduate sebagai pelajar diploma. 2 tahun 7 bulan dirasakan begitu sekejap sekali. Pejam celik pejam celik, telah pun habis. Rasa seperti baru sahaja menandatangani surat perjanjian dengan ptptn dan kini surat perjanjian itu telah pun di pos ke rumah. Nak ingatkan aku suruh bayar balik lettew!
Tempoh bayaran yang dinyatakan di situ adalah selama 180 bulan. 15 tahun kan? Sebanyak RM150 something sebulan. Memang lah mahal, IPTS kan. Dua bulan lepas, aku baru sahaja buat surat penangguhan ptptn untuk tujuan sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. So buat masa sekarang tak perlu bayar lagi.
Bila fikir banyak kali, beberapa tahun akan datang, hutang makin bertambah. Hutang belajar ketika diploma, degree lagi. Kereta lagi? Kahwin?
Serabut kepala otak kalau asyik fikir je.
Kau pernah ada perasaan yang kau dah malu gila-gila nak mintak duit daripada parents kau? Taktahu lah kalau takde perasaan.
Selama dua bulan inilah aku telah membulatkan perut tanpa menyumbang satu sen pun kepada parents aku. Walaupun perut tak bulat mana, tapi aku rasa malu. Aku dah 21 kot.
Aku jadi bertambah sedih bila kebanyakan kawan-kawan aku ada yang dah mula berkerja walaupun part-time sementara menunggu panggilan untuk sambung belajar.
Aku fikir, apabila aku dapat duit poket sekurang-kurangnya aku boleh beli barang-barang dapur. Beras, minyak dan lain-lain.
Aku sepatutnya report duty pada awal Mac hari tu di sebuah company di Bangsar tapi terpaksa dibatalkan.
Ummi nak aku duduk Kuantan. Bila dah balik Kuantan, aku ingatkan boleh lah cari-cari kerja haha rupa-rupanya ummi masih berat hati nak lepaskan aku keluar berkerja.
Kata ummi, dulu masa sekolah menengah, jarang-jarang dapat tengok muka sebab aku sekolah asrama. Lepas tu sambung belajar, pun jarang-jarang balik rumah. Selepas ni lagi beberapa bulan, aku akan kembali belajar. Mungkin untuk tempoh yang agak lama. Itu antara beberapa alasan kenapa ummi tidak mengizinkan aku berkerja.
"Kamon lah ummi, kalau pergi kerja pun, hari-hari juga kan kita dapat berjumpa?" Hati aku berbisik
Dan semalam, ketika aku sedang melipat baju, aku perasan ummi sedang mengintai dari tepi pintu bilik. Aku tahu ummi sedang memujuk aku. Kata ummi lagi, "itu rezeki kawan-kawan awak yang berkerja, insyaAllah nanti bila habis degree, rezeki awak ada untuk berkerja. Awak tu sakit, kita settle kan dulu apa yang tak settle lagi."
Dan akhirnya, aku akur~
Aku positifkan diri.
"Duduk dirumah tidak bermakna kita tidak dapat apa-apa seperti orang yang keluar berkerja."
Aku positifkan diri lagi.
"Macam-macam perkara yang aku boleh lakukan. Lima bulan je lagi masih yang ada sebelum sambung belajar. Dalam masa lima bulan ini lah aku boleh buat self-improvement."
Dan sebenarnya terlalu banyak lagi perkara yang aku boleh lakukan ketika berada di rumah. Walaupun berada dirumah, aku punya jadual tersendiri. Haha padahal masa kat Gombak haram jadah takde jadual ni semua.
Setiap pagi, aku pergi jogging. Petang-petang kayuh basikal. Setiap pagi, mesti dah ada sarapan atas meja. Dan lauk-pauk siap terhidang ketika waktu tengahari juga malam.
Gosok baju family setiap pagi, basuh baju, sidai baju, lipat baju, memasak, mengemas, memang aku benar-benar seperti bibik. Satu hari, tengok satu video ceramah agama dalam BM dan BI. Kenapa mesti BI? Aku nak improve listening aku. Baca buku-buku yang berlambak di ruangan almari yang aku kira entah bila nak habis. Melukis dan mendoodle. Juga sebelum tidur, aku akan menulis sesuatu dalam jurnal.
24 jam masa aku begitu teratur. Siang dengan manusia. Malam dengan Pencipta. Cuma kadang-kadang bila dah lama sangat di rumah, otak aku terasa seperti berkarat sedikit.
Sekian sahaja entri luahan perasaan yang aku kira kosong dengan ayat yang berterabur. Sekadar berbasa-basi. Memaksa diri membuat sedikit coretan agar laman ini tidak bersawang. Till then. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment