Friday, April 8, 2011

Menyingkap Dahsyatnya Doa

Memang sebahagian daripada kita kadang2 merasakan, kita banyak kali berdoa tetapi Allah tidak pernah mengabulkannya. Bolehkah kita membiarkan perasaan seperti itu muncul dalam hati kita? Tentu tidak. Ini kerana Allah bergantung pada sangkaan hamba kepadaNya. Apabila kita merasakan doa kita tidak terkabul, itulah yang berlaku.

Allah Maha Mengetahui semua keperluan makhluknya dan Dialah yang lebih memahami apa yang kita perlukan dalam mengharungi kehidupan ini. Dialah yang Maha Mengatur perjalanan hidup setiap makhluk dengan segala kudrat dan iradatnya. Semuanya berada dalam genggaman kekuasaan  Allah yang tidak terbatas. Yakinlah doa memiliki kekuatan dan banyak mendatangkan manfaat.

Berdoa adalah ibadah. Ia adalah perintah Allah seperti yang dinyatakan dalam ayat berikut~

Tuhanmu berkata,"Berdoalah kepadaku, nescaya aku perkenankan bagimu"  
(Surah al-Mukminun ayat 60)

Berdoa mendekatkan diri kita kepada Allah. Dengan berdoa, kita merasakan kita memerlukan Allah dan berasa hina diadapanNya. Oleh itu kita perlu merendah diri sebaliknya orang yang enggan berdoa adalah orang yang sombong dihadapan Allah. Ayat berikut menyatakan~

"Sesungguhnya orang2 yang sombong dan enggan menyembahku kelak masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina"
(Surah al-Mukminun ayat 60)

Berdoa adalah zikir dan berzikir dengan mulut ataupun dalam hati adalah sebahagian daripada kaedah ataupun kunci mengenal diri dan menjadikan jiwa tenang serta tenteram. Dalam hal ini Allah berkata~

"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Surah al-Ra'ad ayat 28)

Doa tidak sekadar menjadi ibadah tetapi ia juga menjadi otak ataupun inti ibadah. Hadis berikut menjelaskan~

"Doa itu adalah otak ibadah" 
(Imam Tirmizi)

Wahai saudara sekalian, berdoa menunjukkan jati diri. Hamba yang memiliki sifat sebagai mukmin  yang sejati yakin tidak ada sesiapa yang boleh memberikan pertolongan kepadanya selain Allah. Ramai saudaraku yang meragui kerana apabila berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah, Allah seperti tidak mendengar luahan atau keluhan mereka. Wahai saudaraku, as i said just now, Allah bergantung pada sangkaan hamba kepadaNya. Apabila kita merasakan doa kita tidak terkabul, itulah yang berlaku. Maka, berbahagialah dengan doa.





Thursday, April 7, 2011

Ibu oh Ibu



Ibu negara Malaysia adalah Kuala Lumpur. Bandaraya cantik dan dikagumi pelancong.







Ibu negeri Selangor adalah Shah Alam. Di situ terletaknya masjid yang indah dan cukup menawan.





Ibu segala maksiat adalah arak!

Akibatnya
Rosak
Akhlak
Kita






Ibu mithali adalah ibu sejati. Mendidik anak dan patuh pada suami serta taat pada perintah Allah. Syukran jzkkk buat ummi tersayang. Tanpa ummi, along bukanlah along yang sekarang.

Tuesday, April 5, 2011

Laa Taghdhob Dan Bagimu Syurga

Kita bisa meraih syurga
hanya dengan menahan marah

Jangan marah, Jangan marah, Jangan marah

Dengan menahan marah, kita akan menjadi makhluk yang dibanggakan oleh Allah di akhirat. Hebatnya pahala yang dijanjikan! Hanya dengan menahan marah?

Ya! Hanya dengan menahan marah

Saudaraku, sukarkah menahan marah?
Yang pasti, penghargaan tinggi di sisi Allah tidak akan diperolehi dengan amal biasa. Rasulullah berpesan agar kita menahan marah kerana jiwa kita, tanggungjawab kita. Jiwa kita, biar kita yang menguasainya bukan membiarkannya dikuasai oleh syaitan kerana api syaitan itu akan membakar kemuliaan kita

"Sesungguhnya memahami orang lain adalah kebijaksanaan, mampu memahami diri sendiri adalah kebijaksanaan yang sesungguhnya"

"Menguasai orang lain adalah kekuatan, menguasai diri sendiri adalah kekuatan yang sesungguhnya"

Saudaraku, kemarahan itu tidak dilarang. 
Yang penting marahlah dengan ikhlas kerana Allah~
Marahlah pada waktu yang tepat~
Kepada hal yang tepat~
Kerana sebab yang tepat~
Dan dengan cara yang tepat~

Sesungguhnya hanya orang yang selalu memuhasabah diri bisa membezakan antara marah kerana Allah dengan marah kerana nafsu. Oleh itu saudaraku, jujurlah dengan diri sendiri. Semoga marah yang kita rasai bisa menjadi manfaat yang dirahmati.

(^_^)

Monday, April 4, 2011

Carilah Hati Yang Sejahtera

Dalam hidup yang sementara ini, kita dituntut mencari hati yang sejahtera. Inilah kualiti hidup yang perlu dicari dan dinikmati. Dan ini jugalah "syurga dunia" sebelum syurga akhirat. Malangnya ramai yang pentingkan kualiti harta berbanding kualiti jiwa. Siang malam, manusia bertungkus-lumus memupuk harta tanpa mempedulikan kesucian jiwa. Rumah semakin besar tetapi jiwa semakin sempit. Harta semakin melimpah tetapi hati semakin sakit.

Orang miskin yang sabar boleh menikmati kehidupan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kaya yang ego. Sebaliknya, tanpa sifat qanaah, si hartawan akan terseksa oleh kemiskinan jiwanya. Itulah yang dimaksudkan oleh sabda Baginda s.a.w : "Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah ruah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa"

Saturday, April 2, 2011

Time will heal the pain

Saya bukan senyuman awak,
Saya bukan kekuatan awak,
Saya bukan kegembiraan awak,
Saya bukan siapa-siapa,
Dan saya tak layak untuk awak.

Andai awak tahu keadaan sebenar diri saya,
yang banyak kekurangan~
Andai awak tahu keadaan sebenar diri saya,
yang sukar untuk berbicara~
Andai awak tahu keadaan sebenar diri saya,
yang perlu menanggung segala kesakitan~
Andai awak tahu segala-galanya,
pastinya awak tersedar~

Pergilah awak~ Mencari yang terbaik untuk diri dan masa hadapan. As i said before, Eventhough we're not connecting or seeing, our islamic brotherhood relationship will still bear in ties cause my prayer will always lead you forever. Silence doesn't mean I'm gone, but you're always be remembered.
-May we always under His shade-