Memang sebahagian daripada kita kadang2 merasakan, kita banyak kali berdoa tetapi Allah tidak pernah mengabulkannya. Bolehkah kita membiarkan perasaan seperti itu muncul dalam hati kita? Tentu tidak. Ini kerana Allah bergantung pada sangkaan hamba kepadaNya. Apabila kita merasakan doa kita tidak terkabul, itulah yang berlaku.
Allah Maha Mengetahui semua keperluan makhluknya dan Dialah yang lebih memahami apa yang kita perlukan dalam mengharungi kehidupan ini. Dialah yang Maha Mengatur perjalanan hidup setiap makhluk dengan segala kudrat dan iradatnya. Semuanya berada dalam genggaman kekuasaan Allah yang tidak terbatas. Yakinlah doa memiliki kekuatan dan banyak mendatangkan manfaat.
Berdoa adalah ibadah. Ia adalah perintah Allah seperti yang dinyatakan dalam ayat berikut~
Tuhanmu berkata,"Berdoalah kepadaku, nescaya aku perkenankan bagimu"
(Surah al-Mukminun ayat 60)
Berdoa mendekatkan diri kita kepada Allah. Dengan berdoa, kita merasakan kita memerlukan Allah dan berasa hina diadapanNya. Oleh itu kita perlu merendah diri sebaliknya orang yang enggan berdoa adalah orang yang sombong dihadapan Allah. Ayat berikut menyatakan~
"Sesungguhnya orang2 yang sombong dan enggan menyembahku kelak masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina"
(Surah al-Mukminun ayat 60)
Berdoa adalah zikir dan berzikir dengan mulut ataupun dalam hati adalah sebahagian daripada kaedah ataupun kunci mengenal diri dan menjadikan jiwa tenang serta tenteram. Dalam hal ini Allah berkata~
"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Surah al-Ra'ad ayat 28)
Doa tidak sekadar menjadi ibadah tetapi ia juga menjadi otak ataupun inti ibadah. Hadis berikut menjelaskan~
"Doa itu adalah otak ibadah"
(Imam Tirmizi)
Wahai saudara sekalian, berdoa menunjukkan jati diri. Hamba yang memiliki sifat sebagai mukmin yang sejati yakin tidak ada sesiapa yang boleh memberikan pertolongan kepadanya selain Allah. Ramai saudaraku yang meragui kerana apabila berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah, Allah seperti tidak mendengar luahan atau keluhan mereka. Wahai saudaraku, as i said just now, Allah bergantung pada sangkaan hamba kepadaNya. Apabila kita merasakan doa kita tidak terkabul, itulah yang berlaku. Maka, berbahagialah dengan doa.
in worship to ALLAH we must have 3 things..(love,fear,n hope)
ReplyDeletemacam dalam islamic ethics :)
ReplyDelete