Monday, November 21, 2011

Reminisce

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


It gonna be a long post, as usual, kalau rasa bosan tak perlu tunggu lama lama. You feel free to click X button at the right top or ctrl W. Since my blog already have a music background, you can have a look this video at youtube at another window. You can enlarge by clicking the picture.
(combined picture only at the bottom)


Apa perasaan apabila sekolah kamu diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dijadikan sebuah institusi lain? Tempat yang penuh dengan kenangan suka dan duka. Tempat dimana terbinanya sebuah persahabatan dan kejayaan? Kini segala galanya hanya tinggal kenangan. Kenangan yang ada sudah terhapus. Para guru semuanya berpindah di sekolah lain. Hanya beberapa kerat yang masih disitu meneruskan perjuangan sebagai seorang pensyarah di situ.

Aku (kami) cemburu dengan rakan rakan yang setiap kali cuti semester akan datang ke sekolah melawat guru guru dan mengadakan program bersama adik adik junior mereka. 

Lawatan daripada Kementerian Pelajaran pada tahun 2008 jika tak silap. Hasil perbincangan dan akhirnya pada pertengahan tahun 2009 dimana beberapa bulan lagi kami akan menduduki SPM, batch pertama pelajar matrikulasi telah mendaftar. 

Pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh pelajar sekolah dan pelajar matrikulasi. Kami dengan gelaran TEJA manakala pelajar matrik kami gelarkan dengan gelaran MEJA. Hidup satu kawasan dengan pelajar matrik pada mulanya agak menimbulkan ketidakpuasan hati. Apabila bertembung muka, masing masing menyombong muka dan diri. Pelajar sekolah pada ketika itu amatlah anti dengan pelajar matrik tetapi lama kelamaan, kami menjadi KAWAN! Begitulah, tak kenal maka tak cinta kan? :)


Terdapat beberapa orang pelajar TEJA yang menyambung di KMTPh antaranya khairul (ustaz), Nizar (Ganu, Ketua Pelajar) Suhaida (Eida), Pokcek (sorry tak ingat apa nama penuh hang), Khalil, Madi, Ikhwan, Afiq (Sepet). Ni semua set set pelajar Kejuruteraan Mekanikal 1. Memang berkampunglah korang :D

Terdapat  :

  • 5 blok 3 tingkat Asrama Puteri dan Putera beserta dewan makan dan kemudahan lain yang sangat selesa.
  • 9 buah makmal fizik, kimia dan biologi
  • 8 bengkel untuk pengajian kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, pengurusan makanan, pengajian pakaian, pengajian agroteknologi.
  • 2 bilik kuliah
  • Bilik multimedia
  • 4 makmal komputer
  • Gelanggang bola tampar (2 buah)
  • Gelanggang sepak takraw (4 buah)
  • Gelanggang tenis (3buah)
  • Gelanggang bola keranjang (3buah)
  • Gelanggang bola jaring (2buah)
  • Gelanggang badminton (4buah)
  • Tiga buah padang permainan (bola sepak,ragbi,hoki)

Kawasan sekolah yang sangat besar, jauh dari bandar dan luas mungkin antara faktor yang menjadi matrik. Dah, malas nak bercerita. Nak tahu lebih lanjut tekan link ini. Dalam simpanan aku, tak banyak gambar. Hanya ini yang ada.


Pintu gerbang 250 meter dari arah pintu masuk

Bangunan pentadbiran Tun Teja

Image
Pejabat sekolah matrikulasi (kini telah di renovated, tampak lagi mewah)
Image
Pintu masuk sekolah matrikulasi


Image
Bengkel dan makmal An-Najah
(Dahulunya terdapat bengkel pengajian kejuruteraan awam, elektrik, mekanikal, pengajian pakaian, pengurusan makanan, pengajian agroteknologi dan 9 buah makmal fizik, kimia dan biologi)


Image
Asrama putera dan puteri. Kini dikenali kolej kediaman pelajar.


Image
Surau At-Taqwa. Kini dijadikan masjid dan orang luar boleh mendirikan solat jumaat disini.


pagar3
pintu pagar utama
pagar2
Kenangan sekolah banjir rasanya pada hujung tahun 2007. Ketika itu batch aku dan kami belum lagi belajar di teknik. Komputer dan segala barang di bengkel semuanya hancur dan musnah. Penghujung tahun 2008, kami semua berjaga jaga dan menyimpan barang ditempat selamat dan alhamdulillah tiada banjir lagi selepas itu. Batch kami 2008/2009 tak merasa banjir =p


Image
Hanya pelajar dari 3 buah sekolah ini yang rasa apa yang kami rasa 
(SMT Jengka Pahang, SMT Pontian Johor, SMT Pendang Kedah )
T___T


Kiri gambar adalah pemandangan dari arah Cafe Al-Amin menghadap 
Bengkel An-Najah dan Bangunan Kelas. Kanan gambar adalah tempat berhimpun 
sebelum masuk kelas dan sebelum pulang ke asrama.

Kanan gambar adalah kediaman Pengetua dan guru-guru kanan (terpenting). Kiri gambar adalah Dewan Ibnu Sina. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya tempat perhimpunan pada hari Isnin. Hanya pelajar Kejuruteraan Pengurusan Makanan sahaja yang mengambil SPM dalam dewan ini. Course lain kat blok Al-Hidayah. Jawab dalam kelas, tak best langsung. 


Kami tinggalkan kenangan didinding dorm. Err ada handphone? Memandangkan kami batch terakhir,warden tak berapa kisah kami nak bawa handphone asalkan jangan bagi mereka nampak. Kadang kadang warden nampak tapi buat buat tak nampak. Rindunya pada warden warden T__T

Hari hari terakhir ketika di TEJA

......


1 comment:

  1. kesian kat korang, saya dulu first batch SMT Pendang yang senasib ngan SMT Jengka. Sekolah yang paling canggih kat daerah. last-last kena tukar jadi matrikulasi.

    ReplyDelete