Saturday, September 29, 2012

Jumpa Pakcik Hensem

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Fatemeh, coursemate aku meminta pertolongan untuk mengambil result IELTS di British Council di KL kerana dia telah kembali ke kampungnya di Iran. Aku memilih hari Khamis kerana tiada kelas pada hari tersebut.

Sebelum memulakan perjalanan, aku dan sofia makan tengahari dulu di warung berdekatan rumah kerana makanan kat KLCC mahal mahal belaka. Bukan kedekut tapi kita pelajar kerana saving sikit duit. Ye dok.

Kami menaiki bas U10 ke Sri Gombak dan seterusnya basT203 untuk ke Terminal Putra, LRT Gombak. Kami terserempak dengan Malik yang kebetulannya mahu pulang ke kampungnya di Brunei. 

Kami turun di LRT KLCC kerana ia adalah salah satu hentian yang berdekatan dengan bangunan British Council, kata fatemeh la. Kami ke tingkat satu dan keluar ke bahagian Tasik. Melilau-lilau sambil mencari bangunan British Council. Hampir dua kali juga kami ke kaunter pertanyaan. Akhirnya kami menelefon British Council.

Kami keluar ke pintu utama KLCC dan berjalan berpandukan alamat yang diberitahu oleh staff di British Council. Hampir 15 minit berjalan, aku teragak-agak untuk bertanya seorang pakcik yang berpakaian korporat yang ingin melintas jalan. 

"Assalamualaikum pakcik, maaf ganggu. Tumpang tanya. Pakcik tahu tak kat mana British Council?"

"Awak kena jalan lebih kurang 2 kilometer dari sini." Sambil menunjuk ke arah timur.

"Oh yeke, terima kasih pakcik."

Kami meneruskan perjalanan. Lebih kurang 20 meter kami berjalan, Sofia terdengar pakcik tadi melaung memanggil kami. Aku yang berjalan pantas, langsung tidak dengar sehingga Sofia terpaksa jerit nama aku setelah itu barulah aku berhenti dan menoleh 

"Adik nak ke British Council untuk urusan akademik ke?" Tanya pakcik tadi

"Ye pakcik." Balas kami

"Bukan arah sana, tapi arah sana. Kat bangunan SDB. Kat situ ada banyak tower. Awak cuba cari kat situ." Sambil menunjuk ke arah barat pula.

"Terima kasih sekali lagi pakcik." Balas kami dengan senyuman


Lebih kurang setengah kilometer kami berjalan dan melintasi dua jalan besar untuk ke sampai ke tower yang diberitahu pakcik tadi.

Sebelum masuk ke dalam Bangunan tu, beg kami di scan. Nasib baik tak bawak bom. Kalau tak mesti kena tahan petang tu. Kah kah. Kami terus ke kaunter pertanyaan dan menyatakan tujuan kami datang. Amoi di kaunter tu kelihatan agak sombong. Sofia tak boleh orang cina sombong jadi dia pun speaking Mandarin. Agak terkejut amoi tu. 

Sebenarnya Fatemeh tak bekalkan kami dengan salinan passport dia jadi amoi tu tak boleh cek tanpa menunjukkan passport terlebih dahulu. Memandangkan Sofia boleh berbahasa Mandarin dengan fluent, semua urusan jadi mudah. dengan izinNya. Kata amoi tu, nasib baik awak boleh berbahasa Mandarin, kalau tak dia taknak tolong. Motif? Takpela yang penting semua selesai. Dan satu habuk aku tak faham apa dorang cakap. Haha. 

Saja nak cerita. Kalau boring, siapa suruh baca. Apa yang aku nak sampaikan kat sini, bila kita mudahkan urusan orang, Allah pasti mudahkan urusan kita. Terima kasih kat pakcik tu sebab sanggup kejar kitorang yang sudah jauh ke belakang. Dan mohon belajar banyak bahasa ye, mudah nak communicate sebenarnya.

Dan selepas itu, kami pulang~



Sofia, an indian+malay girl who can speak mandarin fluently
Sempat lagi sofia capture. Kendid kendid.


No comments:

Post a Comment