Sunday, September 23, 2012

3 tips nilai kualiti Iman

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Biasanya setiap hari ahad pukul 9.30 a.m, aku akan dengar IKIM kerana ada beberapa perkongsian daripada seorang ustazah yang aku kagumi iaitu Ustazah Hafizah Musa sebelum mendengar slot seterusnya iaitu carta nasyid IKIM. Hehe itulah siaran yang aku tunggu tunggu. Dalam banyak banyak point yang ustazah tu kongsikan, aku nak kongsi satu point sahaja iaitu tiga tips untuk menguji nilai atau kualiti akhlak kita. Tak banyak pun, tiga je.

  • Bersabar atas apa jua kesakitan. Tak perlu sakit yang kronik. Sakit biasa biasa sudah. Contohnya, sakit gigi, demam, sakit kepala. Cecuba tengok macam mana akhlak kita ketika itu. Adakah kita mengeluh? Merungut? Ada antara kita menyumpah Allah kerana menyukarkan kehidupan kita. Aku akui, ramai yang mengeluh bila walaupun sakit sekecil itu menimpa diri. Biasalah, kita manusia. Aku pun tak terkecuali. Tapi orang yang beriman, dia tahu kenapa sakit itu menimpa diri. Sakit itu kan penghapus dosa dan Allah ingin mengangkat darjat seseorang. Kalau bersabar, dapatlah pahala. Kalau caci maki, dapatlah azab. Nauzubillahi min zalik. 

  • Tahan dengan kekasaran orang sekeliling tetapi membalasnya dengan cara yang baik. Kalau kawan kita tengking dan marah kita depan khalayak ramai, mampukah kita untuk sabar dan terus tersenyum? Aku tabik spring kat manusia yang macam ni. Marilah sama sama memaafkan dan sambutlah dengan perkataan yang baik. Apabila dia menjauhimu dan tidak menghiraukanmu tetaplah berkata lembut dan penuh hikmah kepadanya. Jika kalian mampu membalas kejahatan dengan kebaikan nescaya kalian akan mendapat ganjaran yang sangat besar daripada Allah.

  • Mendoakan orang yang dengki dengan kita. PHD (Perasaan Hasad Dengki) Budaya kita kah? Islam mengajar kita kah? Islam mengajar kita untuk menghindarkan diri daripada bersifat demikian. Jom undur kembali kepada kisah Iblis dan Adam. Tidak ada alasan lain yang menyebabkan iblis tidak mahu bersujud menurut perintah Allah melainkan sikap sombong dan iri hati. Iri hati kerana Allah memilih Nabi Adam a.s sebagai khalifahnya, sedangkan Iblis merasakan dirinya lebih "mulia". Itulah contoh situasi PHD. Kenapa kena mendoakan orang yang dengki dengan kita? Kata ustazah tadi,  bila orang dengki dengan kita, mesti ada pelbagai perasaan yang wujud, contohnya marah, sedih, tertanya tanya kenapa. Maka apabila kita kita mendoakan dia, dengan izin Allah pelbagai perasaan yang wujud tadi akan hilang. Kalau kalian berdoa memohon pada Allah supaya mengampunkan apa yang dia lakukan, masyaAllah mulianya kalian kerana tak ramai yang mampu berbuat demikian. Rasul s.a.w bersabda : Tidak ada hasad dengki yang dibenarkan kecuali 2 orang iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya pada jalan kebaikan dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia siang dan malam. Masya Allah!

Rasanya cukup sampai disini. Panjang lebar isinya kalau point tak sampai, tak guna juga. Oh ye, aku tak nak masuk syurga sorang sorang. Aku nak ajak kalian bersama sama. Jom jom. Sebelum berakhir, aku nak kongsi sepotong ayat. Surah Asy-Syura ayat 30.

"Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri (dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu."

Dah baca? Ayat ini ringkas tapi menjawab semua persoalan dan hujah di atas. Susah kan? Memang la susah. Syurga untuk orang orang hebat sahaja.


Till then, ma'assalamah ilalliqoie.

No comments:

Post a Comment