Wednesday, January 5, 2011

Memang~

Memang pagi nan indah itu tidak mungkin dapat digapai. Kalau bisa, pasti tidak dapat disentuh buat selama-lamanya. Daripada terus mengharapkan pelangi yang hadir hanya apabila adanya mentari, bukankah lebih baik dia melukiskan warna-warna hijau flora di bumi? Bukankah itu lebih baik dan lebih menyerlahkan satu realiti? Realiti kehidupan di dunia fana ^^

Rumput itu masih hijau~

Di saat malam menelan alam dan tiada pelangi terukir didada langit, rumput itu masih hijau~
Disaat hujan dan guruh menyentak bumi, rumput itu masih hijau~
Disaat laut sudah tidak ladi tenang dan sudah tidak lagi biru, rumput itu masih hijau~
Disaat segala-galanya mula robek, rumput itu masih hijau~

Mengapa mesti menyalahkan takdir semata-mata atas segala yang telah terjadi dalam kehidupan ini? Mengapa sehingga menyalahkan kuasa Nan Satu tatkala kehidupan tidak seindah yang diimpikan?

Mudahnya kita lupa pada dosa~
Mudahnya kita lupa pada neraka~
Dan mudahnya kita lupa pada Yang Maha Pencipta~

Aku yakin, dimana-mana pun bahagia itu tetap ada seandainya kebahagiaan itu dijaga dan disuburkan dengan cara yang benar, kebahagiaan itu tetap akan subur mewangi dan terus menghijau sepertimana hijaunya rumput di dada bumi. Walaupun tempatnya rumput itu dibawah, menjadi hamparan yang dipijak-pijak manusia dan haiwan, namun rumput itu tetap hijau. Rumput yang hijau, terus mewarnai dunia dengan warna damai itu biarpun berbagai ujian tempias mengenai dirinya.
Namun, ujian daripada panas mentari terus menyerlahkan warnanya. Dan ujian hujan yang menimpanya menyuburkan akar-akarnya. Apa jua pun yang dihidangkan kepadanya, rumput itu tetap hijau... ~
Selagi Allah mahu rumput itu terus begitu kerana itu fitrah hidupnya.

Aku juga mahu terus begitu. Diberilah ujian hidup apa pun, aku mahu terus tegak berdiri. Aku mahu terus melawan segala yang membuatku sengsara. Aku mahu terus mendakap bahagia itu selagi mana aku mampu bahagia. Aku mahu bijak bermain dengan warna-warna kehidupan. Aku tidak mahu terus lemah dan kalah. Setiap insan disisiku, adalah kekuatan untuk aku terus berdiri. 

Namun andai nanti aku harus tinggal sendiri lagi, aku yakin aku mampu menghadapinya. Aku mahu menjadi rumput itu yang tidak pernah kalah dan terus menghijau serta fitrahnya telah tertulis, rumput itu tetap hijau~

"Barang siapa yang menghendaki pahala didunia saja (maka ia rugi), kerana disisi Allah S.W.T ada pahala dunia dan akhirat. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat" - An Nisa 4:134


2 comments:

  1. hijau yg tenang dek pandangan mata,
    kebahagiaan yg akan sentiasa ada dimana2 jika kita sentiasa bersamaNya.. :)

    ReplyDelete
  2. urm.. sabar2.... semua adalah takdir..

    ReplyDelete