Monday, April 4, 2011

Carilah Hati Yang Sejahtera

Dalam hidup yang sementara ini, kita dituntut mencari hati yang sejahtera. Inilah kualiti hidup yang perlu dicari dan dinikmati. Dan ini jugalah "syurga dunia" sebelum syurga akhirat. Malangnya ramai yang pentingkan kualiti harta berbanding kualiti jiwa. Siang malam, manusia bertungkus-lumus memupuk harta tanpa mempedulikan kesucian jiwa. Rumah semakin besar tetapi jiwa semakin sempit. Harta semakin melimpah tetapi hati semakin sakit.

Orang miskin yang sabar boleh menikmati kehidupan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kaya yang ego. Sebaliknya, tanpa sifat qanaah, si hartawan akan terseksa oleh kemiskinan jiwanya. Itulah yang dimaksudkan oleh sabda Baginda s.a.w : "Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah ruah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa"

1 comment: