Thursday, July 21, 2011

Duri Teratai Lalu

"Bukankah hidup ada perhentian, tak harus kencang terus berlari, kuhelakan nafas panjang untuk siap berlari kembali...berlari kembali, melangkahkan kaki, menuju cahaya", nyanyi si puteri ketika sedang berjalan.

Seorang ibu yang berusia 27 tahun ketika itu telah melahirkan seorang puteri sulongnya tepat pada pukul 4.44 a.m, pada hari sabtu di Hospital Universiti Kuala Lumpur atau dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Oleh sebab ayah puteri itu sedang outstation maka puteri itu telah diazankan oleh datuknya. Ibu itu melahirkan puterinya dengan mudah walaupun melahirkan puteri sulong dan tanpa suami tercinta disisi.

Kelahiran puteri itu disambut gembira kerana puteri itu merupakan cucu sulong kepada datuk dan nenek sebelah ibu. Puteri itu dijaga oleh kedua-dua orang tuanya bagai menatang minyak yang penuh.

Puteri itu diajar ilmu fardhu ain seperti solat, puasa dan menutup aurat seawal usia 5 tahun. Jika puteri itu nakal, hadiah terbaik buatnya adalah rotan. Puteri itu dirotan bukan untuk disakiti tapi kerana tanda kasihnya seorang ibu bapa kepada puterinya agar menjadi seorang muslimah yang berakhlak mulia apabila menginjak ke alam remaja suatu hari nanti jika dipanjangkan umur.

Pada tahun 1999, puteri itu didaftarkan ke Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad kerana mahukan pendidikan ilmu akhirat yang mantap dan berterusan tetapi pada tahun 2002, puteri itu dikeluarkan dan dimasukkan ke sekolah kebangsaan. Sepanjang 3 tahun berada di sekolah islam, performance puteri tersebut sangat memberangsangkan sehingga mendapat anugerah kecemerlangan tiga tahun berturut-turut. Atas alasan apa puteri itu dikeluarkan? 

Kerana ibu bapanya tidak mahu puterinya itu dibebani dengan subjek yang berat. Hal ini kerana di sekolah itu diajar dengan subjek KBSR dan syahadah diniyyah yang jumlah keseluruhannya adalah 10 subjek yang perlu diambil pada tahun 6.

Puteri itu mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan dari darjah 4 hingga tingkatan 5. Pendidikan puteri itu berbeza daripada adik-beradiknya yang lain yang mendapat pendidikan Islam dari tadika sehingga tingkatan 5. Puteri itu berasa sedikit cemburu akan adik-adiknya. 

Background ahli keluarga puteri yang islamic itu menyebabkan puteri itu masih menjaga tatasusila diri dan dalam berpakaian walaupun tidak selabuh tudung adik perempuannya. Oleh sebab  environment puteri yang berkawan dengan mereka yang bukan terlalu islamic atau biasa-biasa sahaja menyebabkan puteri itu sukar menjadi seperti adiknya.

Puteri itu kini berkawan dengan mereka yang memiliki ilmu agama Allah yang mantap tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan. Jujur, hati puteri itu sangat tenang tatkala melihat  rakan perempuannya melitupi diri mereka dengan pakaian yang mengikut syariat Islam dan tidak meransang nafsu mana-mana lelaki.

Puteri itu ingin berubah dan hanya memerlukan kekuatan dan dorongan daripada mereka yang bergelar keluarga dan sahabat. Suatu hari puteri itu bertanya kepada ibunya, "Ummi, kalaulah ummi tak keluarkan kakak dari sekolah islam, mesti pakaian kakak bukan macam ni kan? mesti semuanya mengikut syariat Islam kan ummi? Ummi tahu tak? susahnya kakak nak mengubah semua ini kerana environment yang kakak lalui sepanjang beberapa tahun yang dulu. Ummi, kakak tak pernah salahkan ummi. Ummi doakan kakak ye?"

Sebenarnya, ketika si puteri melangkah ke alam sekolah rendah, puteri itu didapati menghidap penyakit stuttering iaitu masalah percakapan iaitu gagap yang teruk. Ketika puteri itu berumur 12 tahun, masalah percakapannya semakin teruk dan ada suatu ketika kerana kekurangan yang ada pada dirinya, beberapa orang pelajar lelaki datang kepadanya lalu menyepak, mengejek malah membawa tape rosak yang sudak kemek dan pita yang sudah dicarik keluar lalu dilemparkan kepada puteri tersebut dan berkata, "weh, ni ha tape rosak! kau ibarat macam ni la" sambil mengajuk-ngajuk.

Dalam usia yang begitu, puteri itu hanya mampu menangis dan ditenangkan oleh sahabat-sahabatnya. Pada waktu itu, puteri itu tidak mengenal erti marah dan mengeluh. Hanya menerima apa sahaja cemuhan yang dilemparkan kepadanya.

Masalah itu berlarutan sehingga puteri itu berada di alam sekolah menengah. Masalah percakapannya semakin teruk dan puteri itu hanya menangis selepas diejek. Puteri itu ingin belajar bersungguh-sungguh agar tidak dipandang hina oleh rakan-rakannya yang memandang hina kepadanya.

Berkat hasil usaha dan kesabarannya, puteri itu mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR dan sejak itulah rakan-rakannya mula menghormatinya. Secara jujurnya, puteri itu tidak tahu bagaimana dia boleh mendapatkan keputusan yang cemerlang kerana ketika ingin mengambil peperiksaan, puteri mengalami demam panas yang kuat sehingga menyebabkan scoliosis iaitu tulang belakangnya bengkok dan belajar dalam keadaan penuh kesakitan. Walaupun sukar untuk bertutur, puteri itu tidak malu hendak bercakap dihadapan kelas.

Selepas SPM dan menunggu tawaran ke IPT, puteri membuat 2 rawatan iaitu speech therapy untuk stuttering dan fisiotheraphy untuk scoliosis. Sebulan sekali puteri perlu berjumpa dengan physiatrist. Bukan kerana puteri itu gila tapi untuk mendapatkan motivasi dan tidak terus rasa down dalam hidup. Kini puteri itu sedang menuntut di salah sebuah institut pengajian tinggi. Setiap kali semester baru bermula, puteri itu perlu memberitahu semua lecturer akan masalahnya iaitu stuttering agar tidak terkejut melihat dia bercakap dan tidak berasa pelik. 

Bagi puteri, rawatan speech theraphy itu tidak membantu dirinya sama sekali. Puteri hanya mengubati pertuturannya dengan bacaan ayat al-quran kerana yakin akan ayat al-quran adalah penawar kepada segala penyakit. Kini, puteri itu semakin kuat walaupun adakalanya berasa sedih. Puteri itu pernah berkata kepada sahabatnya, "Aku teringin nak masuk debate or aktiviti yang memerlukan untuk bercakap dikhalayak ramai, tapi apakan daya".

Pada suatu hari dalam kelas advanced english, sir ingin menyoalnya dan perasan tangan puteri itu menggeletar dan terus bertanya, "why are you shaking"? Puteri itu pun menerangkan kepada lecturer tersebut tetapi bukan semua lecturer yang memahami. Mereka fikir gagap tu hanya gagap biasa yang mungkin nervous apabila disoal. Puteri itu sangat terharu kerana ada seorang sahabatnya menangis kerana dia disoal oleh lecturer. Sahabat puteri itu tidak sanggup melihat apabila puteri itu disoal seperti itu. Puteri itu hanya tersenyum dan berlalu pergi.

Apabila ditanya tentang soal perkahwinan, puteri itu hanya tersenyum dan langsung tidak berfikir soal itu kerana memikirkan kekurangan yang ada pada dirinya walapun sebelum ini dia telah dilamar oleh seseorang.  Padanya, luaran mungkin kelihatan sempurna. Jika adapun seseorang yang boleh menerima keadaan dirinya, belum tentu ahli keluarganya boleh menerima dirinya. Puteri itu pernah berkata kepada orang tuanya, biarlah adik-adik je yang mendirikan rumahtangga. Biar kakak yang jaga abah dan ummi sampai tua.


Puteri itu yakin, dimana-mana pun kekuatan dan kebahagiaan itu tetap ada seandainya ia dijaga dan disuburkan dengan cara yang benar, kekuatan dan kebahagiaan itu tetap akan subur mewangi dan terus menghijau sepertimana hijaunya rumput di dada bumi. Walaupun tempatnya rumput itu dibawah, menjadi hamparan yang dipijak-pijak manusia dan haiwan, namun rumput itu tetap hijau. Rumput yang hijau, terus mewarnai dunia dengan warna damai itu biarpun berbagai ujian tempias mengenai dirinya.


Selagi Allah mahu rumput itu terus begitu kerana itu fitrah hidupnya. Namun, ujian daripada panas mentari terus menyerlahkan warnanya. Dan ujian hujan yang menimpanya menyuburkan akar-akarnya. Apa jua pun yang dihidangkan kepadanya, rumput itu tetap hijau.

Puteri itu juga mahu terus begitu. Diberilah ujian hidup apa pun, dia mahu terus tegak berdiri. Dia mahu terus melawan segala yang membuatnya  sengsara. Dia mahu terus mendakap bahagia itu selagi mana dia mampu bahagia. Dia mahu bijak bermain dengan warna-warna kehidupan. Dia tidak mahu mengeluh kerana itu adalah kurniaanNya kepada dirinya. Dia mahu menjadi seorang hamba Allah yang bersyukur. Dia tidak mahu terus lemah dan kalah kerana dia tahu insan diluar sana sedang berperang dengan kehidupan yang lagi mencabar. Bagi puteri, setiap insan disisinya, adalah kekuatan untuk dia terus berdiri. Dia sangat bersyukur kerana mereka yang berada disekelilingnya sangat menyayangi dan mengambil berat akan dirinya.

Namun andai nanti dia diuji dengan ujian yang lebih hebat, dia yakin dia mampu menghadapinya. Dia mahu menjadi rumput itu yang tidak pernah kalah dan terus menghijau serta fitrahnya telah tertulis, rumput itu tetap hijau~

Duri teratai lalu~  Duri yang menghempap puteri itu tidak akan sesekali menggoyahkan kekuatan dan keimanannya. Dia melihat sekuntum bunga teratai yang sedang mekar walaupun berada di dalam kolam yang penuh dengan lumpur. Tetap terapung dan tumbuh dengan mekar dan subur. "Alangkah indahnya kau dan betapa jauh lebih indah Tuhan yang menciptakanmu", Bisik hati si puteri ketika melewati kolam itu. 

"Barang siapa yang menghendaki pahala didunia saja (maka ia rugi), kerana disisi Allah S.W.T ada pahala dunia dan akhirat. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat" - An Nisa 4:134

2 comments:

  1. Syurga itu bagi orang-orang hebat.Dan tidaklah dia itu hebat melainkan Allah uji dia dengan ujian demi ujian..kerana Allah ingin menjadikan dia lebih hebat kerana Allah ingin menghadiahkan pada dia syurga terbaik baginya.^^

    ReplyDelete
  2. ujian adalah proses pemantapan iman. Lalui lah ia dengan penuh kesabaran dan keredhaan kerana dirimu adalah pilihanNYA untuk diberi nikmat kebahagiaan disana nanti. InsyaAllah. Amin Ya Rahman. :)

    ReplyDelete