Cuaca mendung dilapisi kanvas langit yang gelap kerana
awan hitam tampak bergulung-gulung bagaikan mengetahui perasaanku
yang suram dan sedih. Aku duduk termenung. Tidak kuhiraukan bunyi-bunyi
burung yang berkicau-kicauan berterbang-terbangan keriangan.
Mungkin burung-burung itu hendak menghiburkan hatiku yang dilanda
kesedihan pada ketika ini.
Aku sengaja membuka pintu bilikku terbuka luas kerana ingin membiarkan
angin pagi yang segar menghembus masuk ke dalam. Aku masih terkenang-
kenang akan peristiwa itu. Segalanya terjadi dengan sekelip mata.
Seolah-olah alam maya yang aku pandang tiada erti. Aku
sedar ini adalah kehendak Yang Maha Esa. Mungkin juga ini
adalah satu ujian daripadaNya dan aku harus menerimanya dengan
hati yang ikhlas dan redha. Mendung masih menyelubungi suasana pagi.
Pepatah ada mengatakan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak
kata buruk padahnya. Terlalu sukar untuk aku memaafkan hanya kerana
kata-kata itu. Aku bukanlah sekeras itu untuk tidak
memaafkan. Jika aku marah pada sesuatu perkara, aku tidak akan
membiarkan ianya terlalu lama dalam diri kerna ia akan menjadikan
hati aku dipenuhi dengan perasaan dendam maka bertambah
gemuk dan sihatlah syaitan disekeliling aku.
Hujan rintik-rintik mulai turun. Aku ke jendela dan mengenang
kembali segala-galanya. Tanpa aku sedari, mutiara jernih ini mengalir
perlahan dipipiku. Lantas aku mengesatnya. Aku hanya tersenyum
dan mengharapkan pelangi akan muncul selepas itu.
-0745 a.m , 070711-
No comments:
Post a Comment