Thursday, February 23, 2012

Senyumku Dalam Lena

In the name of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Perempuan biasanya walaupun duduk satu rumah, bila tak satu kepala atau dengan kata lain bila tak geng, makanya akan hidup berpuak puak. Jika ada 3 bilik dalam satu rumah, makanya akan ada 3 geng. Hendak bertegur sapa, probability adalah 3/10. 

Bukan kerana saya ketua rumah, ini kerana saya seorang yang fleksibel dan berkawan dengan semua orang, maka otak ligat berfikir bagaimana hendak merapatkan mereka. Merapatkan ukhuwah antara kami. Di samping berusaha, doa yang tidak putus putus dipanjatkan kepada Allah agar diberikan kekuatan dan cara untuk merapatkan ukhwah ini.

"Kalau ajak solat berjemaah bersama sama pada waktu subuh dan maghrib dan selepas solat maghrib buat bacaan al-Quran bersama sama atau tadabbur ayat bersama sama atau buat tazkirah ringkas, agak agak mereka nak tak? Kalau dorang tak nak macam mana?" saya bermonolog sendirian.


"Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya." - Al-Israa' 17:20


Rasulullah saw bersabda : Sembahyang berjemaah itu lebih baik daripada mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak 27 darjat iaitu ganjaran. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hasil musyawarah, mereka semua bersetuju. Hanya Allah yang mengetahui betapa gembiranya hati ini. Dan ini merupakan permulaan bagi merapatkan hati hati yang berada dalam rumah ini. Alhamdulillah.

Doa yang sering saya amalkan

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani Mu, bertemu untuk mematuhi perintah Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya, penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat tentang Mu. Jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya."


Ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku

No comments:

Post a Comment