In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Saya ke Plaza Pantai berdekatan dengan stesen LRT Kerinchi menemani maksu untuk berjumpa dengan client. Saya tercari cari dimanakah pakcik bangla yang menjaga kawasan parking di stesen LRT Kerinchi. Tiadanya beliau di kawasan itu, mungkin ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Jumaat. Melihat beliau tiada, kami pun bergerak laju memasuki Plaza Pantai. Setelah hampir satu jam, kami keluar dan menaiki kereta untuk pulang ke rumah.
Beberapa saat kemudian, saya ternampak pakcik bangla dan memanggil untuk bayar parking berkenaan. Melihatkan jam yang baru pukul 1.30 pm, hati saya terdetik untuk bertanya seperti selalunya.
"Pakcik, pakcik tak ke masjid ke? Dah pukul 1.30 pm ni. Kejap lagi orang solat"
"Pakcik nak pergi, tapi takda orang lain nak jaga ni, nanti kena marah dengan bos. Aiyoo susah susah kalau ini macam"
"Oh yeke, takpela pakcik, berdoa lah nanti pakcik boleh solat Jumaat untuk yang akan datang"
"Itulah, pakcik tengah cuba. Doakan pakcik ye."
"InsyaAllah pakcik. Zohor jangan lupa ye!"
Kereta terus meluncur pergi meninggalkan kawasan berkenaan.
Terdapat beberapa jenis restoran dalam Plaza Pantai, yang kebanyakannya dihuni sementara oleh kaum Adam untuk mengisi perut. Saya pernah menegur seorang lelaki yang saya kira berusia 30-an.
"Encik tak ke masjid ke? Orang dah nak solat ni?" tanya saya sambil mencedok lauk ke dalam plastik
"Nantilah, saya nak makan dulu, lapar sangat dah ni"
"Nanti kalau terlepas macam mana?"
"Takpe, half dengan Imam, half buat sendiri"
"Ohhhh..."
Lihatlah dua perbezaan situasi di atas dimana orang yang terikat dengan tugas yang mahu menunaikan solat dengan orang yang sanggup masbuk solatnya hanya kerana mahu mengisi perut.
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)".
-Surah Al-Jumu'ah ayat 9-
Rasulullah saw bersabda, "Menghadirkan solat Jumaat itu adalah kewajipan setiap orang yang telah cukup umur baligh.
-Riwayat oleh An-Nasa'i-
Amar makruf nahi mungkar. Selemah lemah cegahan adalah melalui hati, membenci segala perbuatan yakni yang tidak baik. Selagi mulut ini masih bisa mengeluarkan suara, masih bisa bertutur walaupun tidak sesempurna insan lain, mulut ini akan terus mencegahnya. Benarlah, hendak mencegah melalui perbuatan, amatlah berat. Untuk melakukannya, berdoalah kepada Allah agar diberikan kekuatan disamping berharap Allah akan menolong kita. Yakinlah, Allah akan membantu hamba yang menolong agamaNya.
Allah telah mewajibkan ke atas hamba hambanya terutama kaum Adam untuk melaksanakan solat jumaat bagi membina sifat sifat yang membangun dalam diri mereka. Kewajipan ini termasuklah dalam mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam. Solat adalah terapi untuk diri kita. Marilah sama sama mengejar mardhatilah dan syurga Allah.
Tengok, baby pun solat! =) |
No comments:
Post a Comment