Saturday, February 11, 2012

Sukar untuk memaafkan?

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful



Adakah anda pernah mengalami situasi dimana anda dikecewakan kawan kerana  dia tidak membantu anda dalam menyiapkan assignment yang sepatutnya dilakukan bersama sama? Walaupun anda sering menolong dan mengajar dia untuk subjek yang sukar difahaminya tapi dia berbuat begitu kepada anda. Sedih?

Adakah anda pernah ditengking oleh housemate hanya kerana perkara kecil dan ianya bukan satu kesalahan besar? Walaupun anda sering bertutur dengan baik dan sopan dengan dia. Anda juga tidak menyangka yang dia akan bersikap demikian dengan anda. Sedih?

Adakah anda pernah berasa sedih kerana kawan yang anda anggap seperti sahabat memutuskan tali persahabatan hanya kerana anda terlupa untuk mengucapkan ucapan hari lahir kepada dia? Walaupun anda sering bertanya khabar kepada dia, mendoakan dia dalam dia dan sebagainya tetapi dia berbuat begitu. Sedih?

Adakah anda pernah berkecil hati dengan housemate anda hanya kerana dia tidak mengejutkan anda untuk solat subuh dan ke kelas jika anda terlewat bangun dan tidak mempelawa ketika dia sedang makan? Walaupun anda selalu mengejutkan dia jika terlihat nyenyaknya dia tidur. Anda juga selalu mempelawa dia makan walaupun makanan itu cukup untuk anda seorang. Sedih?


Soalan di atas tidak ada kena mengena bagi yang hidup ataupun yang telah mati. Mostly soalan soalan di atas berkait rapat dengan insan bernama hawa. Hawa seorang yang sangat sensitif. Hatinya sangat fragile walaupun hanya kerana housemate terlupa hendak mempelawa makan. Berbeza dengan adam. Bagi adam, perkara itu sangatlah remeh. Kerana itulah adam dikurniakan 9 akal 1 nafsu manakala hawa dikurniakan 1 akal dan 9 nafsu. Dan kerana itulah hawa tidak digalakkan menjadi pemimpin dan jarang yang menyelesaikan sesuatu masalah menggunakan logik akal, tetapi lebih kepada emosi dan sebaliknya buat kaum adam. Kenapa doa seorang ibu sangat termakbul? kerana ibu adalah seorang yang sangat penyayang dan menggunakan emosinya dalam mendidik dan membentuk anak anak. Kesimpulannya, hawa adalah seorang manusia yang sangat beremosi. Itu adalah fitrah dan kita tidak boleh menyangkal fitrah itu. Yang menyangkal itulah semakin ramai penkid di luar sana. Mereka ego. Oh, ini adalah luahan daripada seorang rakan saya yang mengaku dirinya penkid.

Opps, saya rasa, saya sudah menyimpang dengan tajuk di atas. Maaf.

Kata kata akhir, walaupun anda telah berbuat kebaikan banyak mana sekalipun, anda harus melupakannya kerana jika anda mengingatinya pada saat anda dikecewakan rakan, anda pasti akan mengungkitnya semula, maka menularlah perasaan benci disegenap ruang inci hati anda. Bagaimana hendak melupakan perkara perkara yang telah melukakan hati anda? Senang sahaja. Lupakan segala kesalahan yang pernah dia lakukan pada anda dan ingat segala kebaikan yang dia pernah lakukan pada anda.

"Woi hanan, senang ah kau cakap lupakan kesalahan dia. Kau ingat senang? Kau pernah rasa ke bagaimana disakiti oleh kawan? kau pernah?"

Kerana saya telah melalui perkara seperti diatas lah, saya mampu menaip entri ini. Saya telah pun melaluinya dan ianya berhasil walaupun pada awalnya agak sukar untuk memaafkan. Well, why don't you try?

Cara saya, selain berwudhuk dan beristighfar, saya akan menulis perkara perkara yang menyakitkan hati lalu koyak dan konyokkan dan menyuapkan ke dalam mulut tong sampah. Jika perkara baik, saya akan menulis pada sehelai notes yang comel lalu disimpan. Tapi jika saya berada di kuantan, saya akan ke pantai lalu coretkan diatas pasir. Tulisan itu pasti hilang dek bayu pantai yang mengelus lembut. Sama seperti hilang lah perasaan marah saya. Jika perkara itu baik, saya akan berusaha pahatkan di atas batu. Kerana ianya tidak akan hilang dimamah bayu pantai yang sepoi sepoi bahasa.

Mungkin juga Allah mahu menguji dan mahu melihat sejauh mana kesabaran dan kekuatan anda dalam menghadapi konflik jiwa. Mungkin juga suatu masa dahulu, anda pernah berbuat begitu kepada orang lain? Atau erti kata lain, "what goes around comes around". Atau adalah dosa dosa yang pernah anda lakukan yang anda masih belum lagi memohon ampun dari Allah. Well, just take it as kaffarah. Allah mahu bersihkan dosa dosa anda. Maka, muhasabah lah diri anda kerana everything happened for a reason. Allah takkan beri kita sesuatu dengan sia sia, pasti ada hikmah disebaliknya. Sentiasalah mencari hikmah dalam kehidupan kita.

Sabda Nabi s.a.w :

"Tidak halal bagi seorang muslim "hajr" (tidak bertegur sapa) saudaranya melebihi tiga hari, kedua duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam"

-Muslim-


"Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa  saudaranya melebihi tiga hari, maka barangsiapa yang tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari, nescaya akan masuk neraka"


-Abu Dawud : no 4914-

"Barangsiapa yang tidak menegur sapa saudaranya selama setahun, maka ia seumpama menumpahkan darahnya"

-Abu daud dengan sanad yang sahih. Riyad al-Salihin 2/216-



Coretan ini sekadar lintasan kata hati saya. Yang baik ambil, yang buruk tinggalkan. Jika salah, betulkan. Jika nak betulkan, biarlah dengan cara hikmah. Kerana anda bertanggungjawab atas apa yang anda katakan.^^


No comments:

Post a Comment