Thursday, March 15, 2012

Ujian lagi? Rileks lah =)

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Alhamdulillah ya Allah kerana beberapa tugasan berjaya diselesaikan. Minggu hadapan juga bermulanya final tapi paper saya bermula pada hari selasa minggu lagi satu. Masih ada dua presentation yang belum diselesaikan. InsyaAllah minggu hadapan selesai. Minggu ini juga minggu yang penuh dengan ujian. Minggu yang banyak juga skip kelas due to some sickness. Doktor suspect sesuatu pecah between my ear and brain. Saintifiknya? Biarlah rahsia. Minggu depan juga adalah keputusannya. Buat yang tidak kuat, saya pasti ringan sahaja mulut berkata, "hai, lepas satu sakit, sakit lain pulak datang". Tapi Alhamdulillah, tak terlafaz langsung perkataan itu di mulut. Kata doktor, jika perlu, akan dibedah atau dalam bahasa inggerisnya, operation. Hehe.

Terima kasih juga buat classmates yang menghantar pulang ke rumah setiap kali pulang dari kelas. Terima kasih juga buat classmates yang sangat concern buat diri. May Allah bless you peeps. 

Ku tanya lagi ummi, "Ada ke orang nak kahwin dengan along yang banyak sickness ni?"

Kata ummi, "Biarlah Allah penentu segalanya. Dia Maha Mengetahui yang nyata dan tersembunyi. Sesungguhnya jodohmu anakku telah ditetapkan sejak azali. Akan tiba masa dan waktu yang sesuai dengan keizinanNya. Ummi tahu anak ummi kuat dan tabah. Lalui dan tempuhilah ujian Allah dengan cemerlang. Bergantung haraplah padaNya InsyaAllah 'sakinah' akan mekar di jiwa yang rapuh."

Ummi pandai memujuk. Ummi merupakan kaunselor terhebat. Apakah nanti aku bisa jadi kaunselor terhebat buat anakku sebagaimana ummi? 



P/S : Kelas banyak skip minggu ni, perlu kerja keras! 
Bermula minggu ni juga, aku tak mampu sujud dengan sempurna. Bagi yang mampu, bersyukurlah!
Kalau dulu, esak tangis dalam sujud kerana terkenang dosa dosa waktu lalu, sekarang esak tangis kerana terlalu sakit, seperti pisau menghiris dan menyiat nyiat isi diantara telinga dan kepala.


2 comments:

  1. moga tabah menghadapi segala rintingan dan dugaan ini semua dugaan dari Allah dan padaNya jua kita memohon dan restu,,insyaAllah..dipermudahkan...

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya ALLAH s.w.t menguji seseorg krn kesanggupannya dan org Hebat akan dpt ujian yg Hebat..Allah concern pd ukhti..

    ReplyDelete