Wednesday, March 28, 2012

Dia yang tiada sepasang kaki

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Setelah selesai beli barang keperluan rumah di Giant Kelana Jaya, Petaling Jaya, kami mahu pulang ke rumah. Dari jauh kelihatan seorang warga india yang tiada kaki dan kelihatan agak berusia menolak kerusi roda dengan payahnya di tepi bahu jalan.

Aku dan maksu saling berpandangan. Pelbagai persoalan muncul ketika itu.

"Dia tiada family ke?"

"Sorang sorang je ke dia? Anak anak dia tak tolong dia ke?"

"Ditangannya memegang beg plastik giant, rumahnya jauh lagi ke?"

Kereta terus meluncur laju dihadapan. Aku mengintai uncle india itu melalui cermin tepi bahagian depan. Tak sampai hati rasanya membiarkan. 

"Maksu, maksu.... stop stop!! Undur balik kereta please. Kereta tak banyak kan kat belakang? Kasihan uncle tu. Rumah dia mesti jauh lagi kan?"

Setibanya dihadapan uncle itu, tingkap kereta kubuka.

"Uncle dari mana? Rumah uncle jauh lagi ke?"

"Uncle dari Giant, beli barang sikit. Rumah tak jauh, kat depan tu je" katanya sambil mengesat peluh didahi.

"Yeke rumah uncle tak jauh dari sini? Biarlah saya tolong tolakkan wheelchair uncle sampai kat rumah kalau uncle tak nak naik kereta."

Akhirnya uncle itu bersetuju

Sedang aku menolak wheelchair, kami berborak borak. Senang dengan keramahan aku barangkali, dia tidak henti henti bertanyakan aku soalan. 


***

Tercungap cungap aku menjawab soalan uncle tu sambil mendaki sedikit bukit  kemudiannya menuruni bukit dan mendaki sekali lagi bukit untuk sampai ke rumahnya. Berpeluh peluh aku ketika itu dan penatnya hanya Allah yang tahu.  Bagaimana uncle itu boleh berkata, rumahnya terletak tidak jauh dari situ?


***

Kata uncle itu, dia mengalami kemalangan 5 tahun yang lepas dan kakinya terpaksa dipotong. Dia juga sudah biasa dengan keadaan seperti dia yang sekarang. Aku kagum dengan sikapnya yang tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya lebih lebih lagi keluarganya. Apa yang penting, dia bertanyakan aku tentang ISLAM. Ku doakan agar Allah memberinya pintu hidayah dan mencampakkan nur islam dalam hatinya.

Nak berdakwah tak kira tempat, dengan perlakuan kita sahaja boleh mendorong orang sekeliling kita melakukan kebaikan. Bantulah sesiapa sahaja, tak kira tua, muda, muslim atau kafir.


No comments:

Post a Comment