In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Jam didinding menunjukkan angka 3 pagi. Dan aku disini, di hadapan laptop maksu ku dengan jari jemari menari diatas keyboard. Mata masih segar walaupun otak terasa penat dengan segala macam perkara. Jadual peperiksaan akhir semester ini yang tiada gap membuatkan aku sedikit tertekan. Jika satu paper sehari, masih boleh consider. Dengan riang gembiranya aku jawab paper pertama, kedua, ketiga dan keempat. Masuk paper kelima, aku jadi blur walaupun dapat jawab semua soalan. Blur dek tiada ruang waktu buat diri. Oleh kerana terlalu lama berada di meja belajar, terasa sakit di bahagian yang sememangnya sakit. Langkah longlai ketika berjalan, itu perkara biasa. Jangan ditunjukkan rasa sakit itu, sebaliknya senyumlah kerana dengan senyuman mampu buat kau bersyukur dan tabah menghadapi kesakitan. Selasa hadapan adalah paper akhir sebelum cuti semester yang pendek iaitu kurang daripada 2 minggu akan bermula dan sebelum result keluar.
27.03.2012 : Technopreneurship
28.03.2012 : Web based programming
29.03.2012 : Programming concept and design
29.03.2012 : Management Information System
30.03.2012 : Computer security
03.04.2012 : Intro to database management system
Usaha + Doa + Tawakal
Term yang sering kita dengar untuk capai kejayaan. Sebelum peperiksaan bermula, pastinya akan kita berusaha sebanyak yang boleh dan diikuti dengan memohon bantuan Allah dengan doa, solat hajat dan sebagainya dan selepas selesai menjawab soalan, pastinya kita akan bertawakal dan menyerahkan segala pada Allah. Tapi apakah selepas itu kita tak perlu melakukan apa apa dan hanya menunggu keputusan?
Pada saat lecturer menanda kertas kita lah, kita harus banyak berdoa, memohon pada Allah agar dilembutkan hati dalam memberi markah. Tiada yang mampu memberi dan menolong kita melainkan dengan izinNya.
Orang yang belajar kerana Gred, pastinya akan kecewa bila mana tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan. Seperti marahkan Tuhan kerana tidak memberi apa yang diusahakannya selama ini.
Orang yang belajar kerana Allah, pastinya dapat menerima kekecewaan dengan tenang dan redha walaupun tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan. Tidak dia menyalahkan Tuhan kerana Tuhan tidak beri sebagaimana usahanya selama ini. Muhasabah diri~ Itulah yang akan dilakukan. Bukan dengan menyalahkan Tuhan.
15 April 2012
Tarikh yang pastinya membuat diri dan rakan seperjuangan berasa sedikit takut. Pastinya ada yang gembira, suka, sedih dan kecewa. Ya Allah, ku telah usaha semampuku. Lihatlah usahaku selama ini. Dan kini ku hanya mampu bertawakal dan redha dengan keputusan yang bakal keluar tidak lama lagi. Ameen.
Fainna ma'al usri yusraa... Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment