Sunday, July 15, 2012

First and the last, insyaAllah.

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Hari ini genap dua minggu peristiwa hitam itu berlalu. Masih terngiang ngiang di ingatan. Benarlah, setiap yang berlaku ada hikmahnya mungkin hikmah terbesar masih belum saya nampak. 

"Ummi, along nak kerja semester baru ni. Dekat area Gombak je. Tak jauh pun. Tapi nak pakai motor boleh tak? Along tak bawak jauh jauh. Kalau nak balik PJ atau Kuantan, along tinggalkan je kat rumah sewa."

Itulah antara perbualan saya dengan ummi abah dan ummi abah membenarkan saya bekerja dan menggunakan motor dengan syarat hanya sekitar Gombak dan tak lebih daripada tu. 

Pagi itu, 30 jun, cuaca kelihatan sangat baik. Selepas LC siap servis, kami pun memulakan perjalanan. Abah ummi dan adik adik dalam kereta mengikuti dari belakang. Dari rumah sehingga ke hentian rehat Temerloh, saya yang menunggang LC keseorangan tanpa Wafiy dibelakang. Letih. Lebih kurang 2 jam berada di atas motor melawan angin yang sangat kuat. Di perhentian Temerloh, kami memenuhkan tangki minyak LC dan tiba giliran Wafiy pula yang menunggang sehingga ke perhentian Genting Sempah. Di Perhentian Genting Sempah, kami berehat sebentar, pergi tandas dan minum air. Selepas itu kami meneruskan perjalanan tapi selepas itu saya naik berdua dengan Wafiy. Wafiy menunggang dan saya membonceng dibelakang kerana perjalanan selepas ini tiada henti sehingga ke rumah atok di Petaling Jaya. Lane jalan untuk kenderaan roda dua dan empat tidak sama. Jadi andaikata jika kami berpisah laluan dengan abah, saya akan lead Wafiy kerana Wafiy tidak mahir dengan jalan sekitar KL. 

Waktu itu pukul 6.15 petang rasanya, kami sudah hampir sampai ke Petaling Jaya. Hanya 5 minit sahaja lagi perjalanan ke rumah atok. Saya kebetulannya sedang melihat screen handphone dan tidak memandang ke hadapan. Sebaik sahaja angkat muka, tiba tiba ternampak ada sebuah kereta betul betul depan mata saya. Saya sempat jerit dengan kuat, "WAFIYYYYYY!!! Tiba tiba badan terasa sangat sakit. Ye sakit. Saya ketika itu rebah dengan mata terpejam dan terasa ada sesuatu yang besar menolak badan saya dengan kuat. Rasa seperti kena seret untuk beberapa ketika. Saya cuba untuk buka mata, terlihat tayar kereta betul betul sebelah muka saya. Oleh kerana purse saya hanya berada dalam bakul motor, jadi duit dan segala kad terbang bagai jatuh dari angkasa. Saya tidak tahu mana datang kekuatan untuk saya bangun dan cuba untuk meluruskan kaki risau takut patah dan duduk lalu bersandar di kereta tersebut memandangkan kereta itu berhenti. Saya menarik panjang lalu mengucap. Saya terpandang Wafiy. Wafiy ketika itu baring terlentang di tengah tengah jalan. Jarak saya dan Wafiy saya boleh katakan jauh. Selang beberapa ketika, saya terdengar suara jeritan yang sangat kuat.

"YA ALLAH!!! ANAK AKUUUU!!" 

"ALONGGGGG, WAFIYYYYY"

Saya kenal suara itu. Itulah suara abah, suara ummi, suara adik. Oleh kerana mereka berada dibelakang kami, jadi mereka lah saksi kejadian tersebut. Di kawasan itulah kami kemalangan, di Seksyen 16 berhampiran Damansara. Beberapa ketika, jalan menjadi sesak. Hampir 15 ke 20 minit rasanya kami menunggu bantuan ambulans. Sebelum kehadiran ambulans, ramai yang datang membantu seperti polis trafik dan sebagainya. Itulah pengalaman pertama saya naik ambulans. Kami dihantar ke hospital yang berdekatan iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya. Tempat lahir saya. Haha. Kami terus diusung ke bahagian trauma dan kecemasan. Saya dan Wafiy berpisah buat sementara. Selepas di X-RAY, saya disahkan tiada patah dalaman. Tapi saya ditempatkan sebentar di wad nombor 4 sebelum discharge. Saya terasa hospital betul betul memerli saya mentang mentang hari sebelumnya dapat 4 flat. Walaupun tiada patah seperti yang diberitahu doktor, saya masih belum boleh bangun dengan sendiri. Masih memerlukan bantuan orang untuk bangun, berjalan, baring dan duduk. Ummi mengambil kerusi roda dan bawa saya bertemu Wafiy sebelum saya discharge. Air mata saya jatuh tatkala Wafiy berkata, "Along, Wafiy mintak maaf."

Everyone yang datang ziarah, keep telling my parents, "jauh tu dari kuantan ke KL, kenapa tak post je?" Yes they right but cara mereka seolah olah keep blaming my parents. Dan itu bukanlah salah ummi dan abah sebaliknya salah kami. Kenapa? Teruskan bacaan.

Hampir seminggu, saya masih belum pulih. Kebetulan, saya mahu ke PPUM untuk berjumpa dengan doktor supaya melanjutkan MC kerana saya masih tidak mampu untuk ke kelas memandangkan semester baru telah  bermula. Doktor Fadilah memeriksa saya dan berasa pelik lalu menyuruh saya X-RAY sekali lagi di bahagian belakang pula. Sebaik sahaja X-RAY, saya disahkan patah bahagian bawah pinggang dikenali sebagai L1 fracture disclotion. Rupanya masa first X-RAY, mereka tak X-RAY bahagian tu. Patutlah sakit semacam je. Lalu Doktor Fadilah buat satu temujanji dengan doktor pakar bahagian spine minggu hadapannya.Ini kisah dibilik rawatan ortopedik. Kata doktor pakar itu, seolah olah tulang saya bercantum semula. Wahh. Ajaibnya. Muscle saya masih membengkak dan memerlukan beberapa minggu untuk sembuh.

Pengajaran

Kenapa bukan salah ummi? Kerana pada awalnya ummi tak bagi kami menunggang dari kuantan ke KL. Kan jauh tu. Ummi suruh post je. Disebabkan abah bagi green light pada Wafiy sebab Wafiy yang beria nak bawak. Saya tak kisah. Mana mana je yang penting boleh guna kat Gombak nanti. Saya pada mulanya ingin pakai sandle sahaja. Ummi berkeras suruh saya pakai kasut bertutup. Kasut saya ada kat Gombak jadi saya rembat kasut Ainaa. Wafiy pula kat Genting Sempah baru mula pakai kasut setelah ummi bising. Pagi tu sebelum bertolak, ummi suruh buat kek. Saya cakap, "buat kat PJ lah ummi." ummi balas, "takde maknanya awak nak buat kat PJ, bila dah sampai nanti konfem penat terus tidur." 


Saya mula terfikir, kalau lah saya dan wafiy tak pakai sweater, mungkin badan kami bertambah calar balar. Kalau lah saya dan wafiy tak pakai kasut, mungkin kaki kami juga bersimen dek kerana tiada perlindungan. Kalau lah saya tak buat kek pagi tu, mungkin keluarga saya tak dapat merasa kek buatan saya. Saya terkilan kerana tak sempat beri kek itu pada sahabat saya yang berada di gombak. Pesanan saya kepada kawan kawan, dengarlah cakap dan nasihat seorang ibu. Kadang kadang, mereka bukan mendoakan perkara buruk untuk kita cuma mungkin instict mereka lebih kuat. 


Sepanjang di Wad 8U Ortopedik


Dalam satu ruangan boleh ditempatkan 4 orang pesakit. Katil wafiy sangat strategik sebab menghadap kiblat dan memudahkan wafiy untuk solat. Dihadapan wafiy, seorang uncle cina beragama kristian. Sebelah uncle tu seorang india muslim bekas drug-addict. Beliau patah tangan akibat kena pukul dengan kawan kawan. India muslim tu dijaga oleh emaknya yang bukan beragama Islam. Saya ingin bercerita lebih lanjut kisah di wad 8U ortopedik tapi mungkin di lain entri. Kata ummi, ummi mahu coret sesuatu sepanjang hampir seminggu ummi di sana kerana banyak yang ummi dapat dan pelajari.


Kini...


Kini hampir seminggu adik dan abah berada di kuantan. Berpisah buat sementara waktu dengan ummi. Abah kena kerja. Adik kena sekolah. Sepanjang ketiadaan ummi, adik banyak berubah. Hidupnya lebih berdikari. Dia anak ketiga. Seorang yang sangat keras kepala. Garang. Hati kering. Tak mudah menangis. Menangisnya hanya dalam hati. Bila kami menelefon, dia sengaja buat suara garang garang, tapi kami kenal adik kami. Dia sebenarnya sebak. Bila dia terlalu sebak, serta merta dia akan matikan talian telefon. Dia taknak orang dengar suara dia menangis. Dia rindu ummi. Hari hari text ummi kata rindu ummi. Minggu depan hari jumaat birthday dia. Satu hari sebelum ramadhan. Dia akan turun PJ mahu meraikan bersama sama ummi. Ummi pula cuti sebulan tanpa gaji semata mata untuk jaga wafiy. Terlalu besar pengorbanan ummi dan abah. Wafiy pula extend program pengajian ke Mesir. InsyaAllah tahun hadapan. 


Keajaiban


Kejadian tu berlaku depan mata adik. Kata adik, adik yang nampak saya terbang macam superman dari lane kiri kira kira 10 meter ke lane kanan. Ketika along jatuh tersembam, tiba tiba ada MPV ixora lalu. Dia sempat break emergency. Patutlah ketika itu saya rasa seperti sedikit terseret. Rupanya diseret MPV ixora. Kata adik lagi, dia keluar dari kereta terus meluru ke arah saya sebab saya jatuh betul betul depan MPV ixora. Adik ingat saya dah mati kena langgar masa tu. Adik masih tak percaya tulang belulang saya tiada yang patah kerana saya melambung tinggi berbanding wafiy. Saya bersyukur kerana hanya baju saya yang tersepit bawah MPV ixora bukannya tangan atau kaki saya. Kata abah, nasib baik pemandu MPV ixora alert dengan keadaan waktu tu. Cuba kalau pemandu tu tengah mabuk, mungkin awak dah digilis dan mungkin juga sekarang awak dah berada dalam kubur. 

Saya dapat rasakan malaikat menahan MPV tersebut dengan keizinan Allah daripada terus melanggar saya. Saya tahu dosa saya banyak jadi Allah izinkan saya hidup lebih lama untuk bertaubat. Sebelum ini saya punya satu penyakit iaitu tulang belakang bengkok atau dalam bahasa sains nya scoliosis. Penyakit ni dikesan sejak dari form 3. Dan darjah kebengkokan saya hanya berbelas belas degree sahaja. Jika melebihi 40 darjah, saya mungkin akan lumpuh. Dan rabu lepas 11 July, saya berjumpa dengan Doktor Pakar, katanya saya tiada lagi scoliosis. Tulang belakang saya kembali lurus. Kata doktor, mungkin hentakan yang kuat ketika awak kemalangan hari tu. MasyaAllah ketika itu saya tak mampu untuk berkata apa apa. Saya telah sembuh daripada scoliosis. Itulah rahmat Allah buat saya. 


Bagaimanan berlaku kemalangan tu?


Oh ye, saya lupa nak cerita. Sebenarnya ada sebuah kereta rosak di lane kiri (kereta ford lama). Kereta tu berhenti bukan di bahu jalan dan tanpa beri sebarang hazard. Kebetulan dibelakang kereta ford ada kereta lain. Belakang kereta lain tu barulah kami. Kereta dihadapan kami hendak ke kanan untuk mengelak kereta yang berada dihadapan. Wafiy ingatkan kereta yang rosak tu tak berhenti, mungkin bergerak slow. Rupanya dia berhenti. Wafiy cuba untuk mengelak tapi tak sempat. Wafiy rempuh bahagia kanan kereta dari belakang akibatnya kaki kiri wafiy patah tiga. Inilah cerita daripada wafiy. 




Sweater wafiy yang hanya berlubang di bahagian pergelangan tangan. Helmet wafiy tercampak keluar daripada kepala dia. Nasib baik takde apa apa.



Sweater saya yang hanya lelas pada bahagian poket. Tshirt ungu saya bahagian bahu terkoyak sediki tatpi sweater  okay pulak. Ohh, Helmet yang menutupi muka saya pecah. Kalau tiada cover konfem muka saya calar balar.

Crutches and wheelchair untuk wafiy
Wafiy pulang ke rumah setelah hampir seminggu berada di PPUM




Saya ketika berada di wad trauma dan kecemasan

Saya nak tutup cerita ni. harap tiada lagi yang bertanya. saya tahu ada hikmah disebalik semua ni. hikmah terbesar mungkin jatuh pada wafiy. Allah masih izinkan kami untuk bertaubat. Ramai bagi kata kata semangat. Sebenarnya dalam tempoh seminggu, saya tiada semangat langsung seolah olah pergantungan kepada Allah hilang macam tu je. Iman saya berada pada tahap kronik sama seperti luka pada badan saya. Saya ubati luka itu dengan minyak dan makan ubat untuk sembuh. Saya juga ubati iman saya perlahan lahan dengan kembali membaca ayat ayat Allah. Terima kasih rakan rakan yang tak putus putus mendoakan dan yang beri kata kata semangat. Till now, i keep blaming myself. Kalau lah saya tak cakap nak bawak LC pergi kL, mesti semua ni takkan berlaku (saya selalu bicara ini ketika saya sedih)



No comments:

Post a Comment