In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Dulu, tahun lepas, tahun 2012, apabila berbicara soal perkahwinan dengan abah, abah tidak kisah sama ada aku hendak mendirikan rumahtangga ketika masih berada di IPT. Jika dengan ummi, ummi meletakkan syarat berkahwin paling awal pun ketika berada di tahun akhir pengajian.
"Along kan dah tahun akhir, so dah boleh kahwin ke ummi?"
"Bukan tahun akhir diploma ye tapi degree." Kata ummi
"Layeke, maknanya lambat lagi la."
"Gatalnya, belajar habis-habis dulu."
Ini semua lapuk. Tahun lepas punya dialog. Hehe. Dialog terkini adalah.
"Kalau ada orang nak masuk meminang along dalam masa terdekat ni, ummi terima" Ummi memulakan perbualan.
"Aik? Dulu kata tahun akhir degree? Apa yang membuatkan ummi berubah fikiran?" Tanya aku kehairanan sambil mengerutkan dahi.
"Kata Doktor Muhaya, kita tak boleh tetapkan jodoh itu. Kalau dah sampai kena terima, tak boleh tahan-tahan tapi tengok keadaan dan situasi juga lah. Ummi kena tengok juga dengan siapa along nak kahwin. Kahwin bermaksud, bukan sahaja along berkahwin dengan lelaki itu tetapi berkahwin dengan keluarga lelaki itu sekali. Ummi nak besan ummi nanti boleh menerima along seadanya." Panjang lebar ummi memulakan makaddimahnya.
Gembira betul aku bila abah dan ummi bagi green light.
"Kalau tahun 2013 ni ada orang masuk meminang macam mana?"
"InsyaAllah, jika dia baik dan mampu jaga along, ummi terima"
Tidak lama lagi graduate dan aku sudah mula bekerja, apabila bekerja automatik kita akan pegang duit. Jadi aku akan mengasingkan sedikit untuk "perkahwinan" walaupun tidak banyak. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit ye dok? Rasanya tidak salah jika aku menyimpan sedikit walaupun belum sampai waktunya untuk mendirikan rumahtangga.
Jika ada rezeki untuk aku merantau di negara orang, September 2013 aku akan pergi dan Jun tahun hadapannya aku akan pulang, pulang dengan segulung ijazah. Kiranya tidak lari jauh dengan apa yang aku cita-citakan. Target aku adalah menggengam segulung ijazah dan bekerja dahulu sebelum membina masjid. Apapun ini hanya perancangan. Perancangan seorang manusia yang tidak tahu perkara yang bakal berlaku pada masa hadapan. Kita yang merancang, Allah yang menentukan.
Perihal belajar di Newcastle, memang itu adalah impian aku selama ini. Tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Kewangan dan yang paling penting kesihatan haruslah di ambil kira. Jadi, aku apply banyak. Selain overseas, aku juga apply dalam Malaysia. Aku berharap aku dapat UiTM. Hehe.
Jika kaki Wafiy pulih dan sudah kuat seperti dahulu, insyaAllah dia akan apply semula program pengajiannya ke Mesir dan Jordan. Seperti tahun lepas. Buat Ainaa, buat yang terbaik untuk SPM tahun ini. Semoga yang terbaik sentiasa menyebelahi kita semua.
"Kita sentiasa mengharapkan kejayaan, akan tetapi kejayaan seperti apakah yang kita harapkan? Kejayaan seperti apakah yang kita impikan? Puncak gunung didaki dengan penuh kepayahan dan keletihan. Seribu halangan perlu ditempuhi dan diredahi untuk sampai kepuncaknya mengikut checkpoint yang ditetapkan. Jika berjaya sampai ke puncak dengan hanya mengikut jalan pintas, kejayaan itu tidak manis untuk dinikmati dan dikongsi. Kejayaan diraih dengan usaha, doa dan tawakal serta diiringi air mata pengharapan kepada Allah. Kejayaan seperti inilah sangat manis untuk dihirup dan dikongsi jika ianya kerana Allah. Kerana apabila kejayaan tidak menyebelahi kita, kita tidak akan bersedih kerana kita belajar kerana Allah, bukan kerana pointer dan gred. Mereka yang belajar hanya kerana pointer dan gred biasanya gagal dalam kehidupan kerana bagi mereka lakaran "A" hanya penting dalam kertas peperiksaan serta pasti bunuh diri jika gagal tambahan pula jika tidak mempunyai Iman. Maka bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang Muslim"
-Hanan Ben-
Oh ye, saya berkongsi perihal sambung belajar ini bukan untuk berlagak dan bajet pandai tetapi dengan rendah hati berharap dapatlah kalian mendoakan agar Allah mempermudahkan urusan saya dalam menuntut ilmu. Tidak kiralah di sana atau di sini. Yang penting dapat sambung belajar. Jangan pernah ucapkan tahniah. Ucapan tahniah layak saya terima jika saya berjaya pulang dengan segulung ijazah.
Ada yang tanya, apa nama university tu?
Northumbria University, Newcastle, UK.
Till then.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment