Friday, March 22, 2013

Telur Ayam

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful




Kadang-kadang, tulisan sebegini membuatkan mood si penanda rosak. Boleh jadi si penanda akan kedekut markah. Kini, aku mengerti bagaimana perasaan guru-guru di sekolah. Tidak jemu berpesan dan mengingatkan kepada para pelajar agar menulis dengan kemas.

Seorang penanda kertas haruslah bertimbang rasa dalam memberi markah. Soalan di atas enam markah untuk tiga jawapan. Bermakna, satu soalan dua markah. Jika aku langsung tidak mengerti apa yang mereka tulis, markah selayaknya yang mereka dapat adalah "telur ayam". Jika ada perkataan yang tertinggal huruf alif atau terlupa untuk letak titik atau terlupa untuk menyambung perkataan, aku tetap bagi markah. Yang penting aku faham, aku boleh baca. Mungkin separuh. Well, kita jangan kejam sangat.

Walaupun paper budak darjah dua, tapi...

Aku agak stress tadi.

Masa untuk tidur mungkin.

Esok kami sekeluarga akan bertolak ke Petaling Jaya. Settle urusan dengan peguam, menghadiri kenduri kahwin sepupu yang sebaya dan ke hospital. Akan pulang ke Kuantan pada hari Isnin malam kerana keesokan harinya aku ada ujian kelayakan. Beta tahu, tiada siapa yang baca blog ni haha tapi tak mengapa. Buat yang sudah terlanjur membacanya, mohon doakan perjalanan kami sekeluarga agar selamat pergi dan pulang.

Errr, sebenarnya, aku tak berapa familiar dengan kawasan Beserah. Aku kurang ingat beberapa persimpangan Jalan A dan B.

Ahhh, sudah!

Takpe rilek saja.

Till then.






Wednesday, March 20, 2013

ABC

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Hari ini.

Hari ini berapa hari bulan eh?

Serius aku tak ingat. Tak mengapa lah.

Hari ini hari terakhir aku belajar driving. Aku belajar dekat jalan raya. 

Jalan A, menghala ke arah bandar tetapi masuk ke persimpangan JUPEM selepas itu. Sebaliknya Jalan B akan keluar dan balik semula ke PMC (Pusat Memandu Cermat) melalui persimpangan JUPEM. Berbeza dengan Jalan C. Jalan C menghala ke arah Balok. Tapi tak sampai balok pun. Masuk persimpangan jalan Pantai Batu Hitam dan keluar semula kembali ke PMC. 

Aku cerita bajet semua orang tahu jalan tu. Hehe

Hari ini aku cukup sedih. 

Aku hampir menitikkan air mata selepas tamatnya sesi pembelajaran tadi.

Bukan sedih sebab kena marah dengan cikgu. Sedih dengan kecuaian diri.

Ketika dalam perjalanan ke PMC selepas meredahi Jalan B, di lampu isyarat persimpangan JUPEM, dari gear satu ke gear dua, aku tak tolak betul-betul akibatnya ia berada di tengah-tengah. Free gear la maksudnya. Nasib baik enjin tak mati. Memang la enjin tak mati sebab free gear tapi kereta kat belakang banyak gila kot. Laju pulak tu. Aku rasa macam bodoh gila sebab benda senang pun aku boleh cuai.

Muhasabah balik diri. Biasa lah manusia. Memang selalu cuai. Manusia itu tiada sempurna sifatnya. Baguslah kejadian tadi berlaku. Setiap yang berlaku sebenarnya tiada yang sia-sia. Yang pasti aku akan lebih aware selepas ini. So aku tak rasa sedih sangat lepas tu. Cuma jangan diulangilah kesalahan yang tak sepatutnya berlaku.

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, dalam kereta cikgu, sengaja aku bertanya. "Sebelum ni ada tak pelajar cikgu yang selalu mati enjin dekat jalan raya?"

"Itu perkara biasa, selalu berlaku."

"Ohhhh..."

Dan aku rasa ujian kelayakan cuma ada di PMC Kuantan, bertujuan untuk mengurangkan kadar pelajar yang kandas ketika JPJ Test. Ujian kelayakan hanya boleh di test dengan cikgu-cikgu PMC. 

Ujian kelayakan : 26 Mac

JPJ Test : 29 Mac

Mohon doakan agar semuanya berjalan lancar. Beta tak nak fail! Kalau repeat kena bayar RM160 kot. Mahalnyaaaaa.

Oh ye, kalau kita nak tengok sifat sebenar seseorang tu especially bila dia tengah marah, tengok masa dia tengah drive. Antara manusia yang paling bersabar ketika drive adalah cikgu driving aku. Ini serius walaupun pelbagai konflik yang berlaku di jalanan. Apakah konflik itu? Faham sendiri ler. Memang layak la dia jadi cikgu.

Aku dah ingat. Hari ini 20 hari bulan. Hehe. Bye.




Saturday, March 16, 2013

Tulip Kuning

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Jika anda baca personaliti dan maksud bunga, Tulip memberi maksud "being perfect love", bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan elegant dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Bunga tulip dikenali sebagai bunga yang sophisticated dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland. Kenapa? Entah. Aku pun taktahu.

Abah seorang yang sangat berbakat dalam melukis. Abah pernah melukis sebuah potret. Ketika aku berada di alam persekolahan, aku sering meminta bantuan abah untuk menyiapkan segala lukisan subjek Pendidikan Seni dan Visual. 

Ketika aku berumur 15 tahun, aku terpandang sekuntum bunga tulip kuning yang menjadi perhiasan di meja tepi radio dalam rumah. Aku lihat, bunga itu sangat cantik walaupun ia hanya bunga tiruan. Dengan pantas aku mengambil segala peralatan yang aku guna untuk subjek PSV lalu terus duduk dihadapan bunga tersebut. Agak lama masa yang aku ambil untuk melukis. Segala teknik yang aku pelajari di sekolah, aku cuba aplikasikannya. Dan yang terakhir, aku spray lukisan itu, spray jenis apa entah. Aku pun tak ingat. Tujuannya agar lukisan tadi kelihatan firm, cantik dan tidak mudah rapuh dan koyak.

"Sebenarnya adik inspired dengan lukisan bungat tulip along. Sebab tu dia melukis." Kata ummi ketika aku baru sampai rumah dari KL

Aku macam, "haaaaa?" Melopong kejap. Takkan lah!

"Mana ummi tahu?"

"Adik sendiri yang bagitahu."

Aku tercari-cari mana perginya lukisan bunga tulip itu. Puas aku cari tetapi tidak berjumpa. Sedih. Sebenarnya, aku jatuh cinta dengan bunga tulip kuning. 





Lukisan di atas ini, adik yang lukis. Aku seakan-akan tidak percaya pada awalnya. Lukisan ini merupakan salah satu projek untuk subjek PSV dia dan akan diabadikan dalam bentuk ukiran kayu.

Dalam kelas dia, hanya dia yang memilih untuk buat soalan ini. Mula-mula ummi tak sokong sebab benda ni susah tapi akhirnya ummi sokong sebab cikgu di sekolah amat menyokong adik dan berjanji akan membantu adik. 


Ini antara contoh ukiran kayu. Susah kot. Semoga berjaya adik. Terima kasih kerana menjadikan along sebagai inspirasi adik. Tapi along tak power seperti adik. Dengar sini, walaupun kita sering bertengkar mulut, sering berbalah, sering menganjing antara satu sama lain, sering mengusik dan buat adik merajuk tetapi along  tetap support adik!