In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Cuti semester satu bagi aku agak lama iaitu lebih kurang 5 minggu. Bermula 18 Januari sehingga 21 Februari. Ketika di IIC dulu paling lama pun 2 minggu. Sebab itulah tidak rasa keberatan dan malas untuk balik. Sebab itu aku mampu menghabiskan pengajian dalam masa 2 tahun setengah tapi rezeki nak sambung degree lambat sikit. Sebenarnya aku merancang untuk balik dengan menaiki bas sahaja atas sebab tidak mahu menyusahkan keluarga. Jadi aku melengahkan masa untuk mencari tempat penginapan. Lagi 4 hari untuk balik ke Terengganu, abah dan ummi bertanya sama ada aku dah booking atau belum. Aku cakap belum dan seperti biasalah kena bebel. Gigih aku mencari dan menelefon, akhirnya jumpa juga hotel yang masih mempunyai bilik yang kosong. Pada hari kami check-in, tertera notis bahawa bilik semua full. Fuh, alhamdulillah, sempat booking sebelum penuh.
Selepas kami check-in. kami solat dahulu dan kemudiannya makan malam. Aku teringat lagi tomyam yang aku makan malam tu, sangatlah sedap. Dan aku masih lagi dengan batuk dan selsema yang aku sendiri tidak tahu bila nak sembuh. Di hotel malam tu, aku tidur berselubung kerana terlampau sejuk walaupun penyaman udara itu ummi tutup. Dan ye, aku demam. Keesokan harinya kami hanya ke pasar payang kerana aku tak terdaya lagi untuk berjalan dengan keadaan cuaca yang agak panas dan dengan ramainya orang yang bersesak-sesak.
Banyak juga barang yang abah ummi shopping. Kemudian abah meminta aku untuk memilih kaftan batik yang berharga RM45. Alahai baju tidur je pun buat apa mahal-mahal. Aku sangat berterima kasih kepada orang tua aku sebab aku dibesarkan dalam keadaan dan suasana yang tidak mewah. Jadi apabila orang offer sesuatu atau dengan kata lain nak belikan, hatta mak bapak sekalipun, aku selalu jadi berat hati, sehinggalah mereka nak merajuk dengan aku, baru aku katakan ye. Pertama kali dalam hidup aku memiliki baju tidur yang harganya agak mahal. Tapi kain dia memang sedap dan boleh pakai masa kat kampung nanti. Sebab dia tutup sampai kat pergelangan tangan. Kemudian lebih kurang pukul 6 petang, sampai di kolej kediaman. Lebih kurang pukul 7, mereka bertolak pulang dan lebih kurang pukul 10 mereka sampai kemudian langsung ke Sungai Karang untuk memberi keropok lekor dan batik kepada kawan abah dan ummi.
Ketika aku berada di KL pada waktu cuti semester, terasa seperti murah rezeki. Paktok dengan maktok memberi wang belanja untuk digunakan di kampus nanti, yang aku sendiri terkejut kerana nilainya sangat banyak. Beginikah perasaannya menjadi cucu sulong? Kemudian waktu aku mengikuti abah buat kerja, aku menerima sekeping angpau. Terkejut lagi ketika membuka angpau. Rezeki Tuhan nak bagi, ambil je, jangan ditolak. Kalau ada orang yang membaca ini, pesan aku rajinlah bersedekah hatta duit syiling yang mempunyai nilai kecil sekalipun kerana insyaAllah, rezeki Allah itu luas, kau akan dapat dari jalan yang kau sendiri tak pernah sangka. Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang, malah kesihatan yang baik, pemikiran yang tajam, atau hati yang sentiasa tenang. Ingat tu. Cuti semester hari tu aku menjalankan sedikit bisnes makan-makan. Bolehlah nak cover sikit untuk semester dua kat sini. Alhamdulillah.
Tadi aku menemani roomate aku iaitu Qila untuk ke pejabat JKR Terengganu bahagian kejuruteraan elektrik dan mekanikal. Qila menyimpan barang berharga dia dekat situ seperti printer kerana risau orang pecah masuk dalam bilik waktu cuti semester. Kenapa Qila simpan kat situ? Ayah Qila merupakan Head of Electrical Engineer di JKR Johor, jadi mudahlah urusan Qila nak menyimpan barang-barang. Qila ni sebaya aku tapi kalau kau borak-borak dengan dia dan kalau dia tak bagitahu perihal family background, kau takkan tahu yang dia anak pegawai kelas A yang mempunyai title Ir. Beliau merupakan anak yang sangat taat, sangatlah humble, berpakaian biasa-biasa, mengamalkan cara hidup yang tak mewah, walaupun ayah dia gaji more than 10K. Dan English Qila power nak mampus.
Waktu final exam hari tu, Qila ada buat origami berbentuk burung. Dan dia menyuruh aku buka waktu aku tengah down sangat-sangat. Semalam aku buka lipatan origami itu, aku terus pergi ambil wuduk, buat solat 2 rakaat, aku menangis sepuas-puasnya kerana tiada sesiapa dalam bilik dan semua pergi kelas, hanya kerana tulisan dalam lipatan origami tersebut, aku menangis kerana tulisan itu lahir dari sekeping hati yang tulus ikhlas.
"I am never good with words from the very beginning but I must say that you are truly inspire me upon your struggle in balancing ibadah and study in which I am most certainly far behind you. Thank you for letting me me into your life and be one at your humble friends. May Allah swt bless our ukhwah till Jannah. Allah yuftah 'alaikum, Hanan."
Bagi aku, ada 3 perkara yang salah satu daripada 3 itu, seseorang harus melaluinya untuk kenal dengan lebih rapat dan kenal dengan perangai sebenarnya. Satu, kau berkerja dengan dia. Kedua, kau duduk sebumbung dengan dia, dan yang ketiga kau travel dengan dia.
Terima kasih kerana menerima seorang Hanan yang banyak kekurangan ini dalam hidup Qila. Jaga Hanan ketika Hanan sakit, menemani Hanan ke klinik lagi 2 jam sebelum nak jawab killer paper, memimpin tangan Hanan waktu melintas jalan ketika Hanan terlupa nak pakai spect. Jaga perut Hanan yang 24 jam lapar di UMT. Moga-moga Qila tak jumpa blog Hanan ni. Hehe. Hanan sayang Qila lillahitaala.
Alhamdulillah, aku settled ganti puasa dari tahun lepas lagi, tapi aku nak didik diri aku untuk puasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis. Pagi tadi bangun jam 4.50, bersihkan diri dahulu kemudian buat solat 2 rakaat dan selepas itu meneruskan aktiviti untuk bersahur. Rupanya Qila pun nak sahur sekali. Makan roti bun bilis share 2 orang dan sekeping biskut oat. Kami minum air masak terlampau banyak sehingga kembung perut dan asyik ke toilet sahaja. Mujur hari ni kelas aku semua cancel. Alhamdulillah dah 2 malam aku di Uni, terisi dengan solat sunat pada tengah malam. Moga-moga aku istiqamah melakukannya, Bukan senang nak istiqamah. Aku tahu.
Ini jadual terkini. Minggu pertama ni kelas budak engineering banyak yang belum mula. Alhamdulillah tiada kelas malam seperti semester lepas. Sem ni ada satu lab je. Mungkin. Sem lepas ada 3 lab. Tapi aku bernasib baik sebab dapat transfer credit subjek statistics. Paling lambat pulang iaitu jam 4 petang. Moga Allah mudahkan urusan hamba yang lemah ini, insyaAllah.
Oh ye, insyaAllah hujung minggu ni akan ke Bukit Tabur. Sesiapa yang ke sana, jumpa anda di sana. Dan doakan aku sembuh dari batuk dan selsema ye. Terima kasih. Till then, Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment