Thursday, December 22, 2016

Fifth Semester.

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Alhamdulillah wa Astaghfirullah. FYP (1) presentation has just ended and everything went well.

"Rilek lah, baru FYP (1), apahal lah meroyan macam orang gila" - mungkin ada yang keluarkan statement macam ni especially dekat twitter. Kasi can lah nak meroyan pun. Ni waktu dia, mungkin tu medium yang dia rasa okay nak release tension. 

Oh well, aku pun tak terkecuali sebenarnya. Tapi kadang-kadang rasa sedih juga sebab aku tak meroyan dekat sejadah sebagaimana aku meroyan dekat twitter. 

Talk about this semester, aku berazam untuk terus buat notes sebaik sahaja habis satu chapter yang dah belajar dan end up semua motivasi awal semester jadi basi. 

Aku akui, aku agak sibuk dengan organisasi dan program terlalu banyak. Kadang-kadang tu terbit rasa menyesal pegang jawatan waktu final year. Tapi ada seorang sahabat ni selalu mengingatkan dan lempar kata-kata yang sangat positif. Semester depan dia dah takde. Habis je paper nanti, aku tak pasti aku meraung ke tak. Dia yang aku kenal since my very first day dekat UMT, yang selalu bawak aku pergi hospital dan macam-macam lagi. We'll see later on.

Sambung balik, bila berprogram, badan dan otak dah penat dan memang taklah nak study lepas tu. Study dan test semua kelaut. Yang aku fokus semua dekat assignments dan FYP. FYP pun kadang-kadang rasa kelaut juga. Tekanan dan rasa nak marah dekat diri sebab selalu sakit dan tak pandai manage waktu.

Talk about FYP (1), FYP (1) ni more on documentations with 2 credit hours. You have to prepare SPMP (Software Project Management Planning), SRS (Software Requirements Specification), SDD (Software Database Design) and deliver the 30% of system development. For FYP (2), it carry 4 credit hours and you have to develop full system and yes, ramai yang tersangkut dekat sini. Selagi FYP (2) tak lepas, jangan harap boleh pergi intern, dan mereputlah kau dekat UMT selamanya.

About presentation, aku bersyukur sangat sebab panel tak tembak or hentam aku macam kawan-kawan lain. Mereka just tanya dua soalan dekat part normalization.

Group lain, ada yang sampai 8 panels. That was so scary!

Bila dengar cerita kawan-kawan dan dari group lain, ada yang kena maki, ada yang menangis dekat depan. Disaster lah kiranya.

I should thanks Allah for everything sebab tak lalui apa yang mereka lalui. FYP (2) belum tahu lagi nasib macam mana kan and I'm not too happy pun. Belum masanya lagi nak celebrate whatsover!

Untuk sistem aku, aku menggunakan model 2 which is (3) tier architecture (SERVLET). Servlet ni sangat sensitif. Ada sorang kawan ni guna servlet dan seminggu lebih tak dapat cari solution, end up back to model 1.

Untuk CRUD, aku berjaya siapkan dalam masa 4 hari saja dan interfaces pula, lagi satu hari nak present, baru buat. Aku buat kerja gila kot and everything last minutes and I code straight for 14 hours. Waktu demo sistem, alhamdulillah CRUD went well. Ada je kawan-kawan, waktu present tiba-tiba sistem buat hal. Hang la and loading till the end. It's okay mates, ada lagi FYP (2) next sem. Thanks a lot untuk kawan-kawan yang banyak membantu. Moga Allah balas kebaikan ke atas kalian dengan kebaikan yang lebih baik.

Assignment Software Testing pun dah siap. Thanks to group mates yang eager nak buat awal dan kalau boleh nak siapkan before FYP presentation. Dan aku baru je balik dari library, record video for Voice It Out (2), this is for Public Speaking course.

All submission done! 

Oh tapi, ada satu benda tak settle lagi.

Aku belum habis mark lab assignment lagi. InsyaAllah esok mesti siap mark. So much fun being a lab demo I must say. Thank you Allah for this opportunity. Last but not least, elaun pun dapat, tipulah kalau tak seronok kan?

Oh ya, I took TITAS on the previous semester. Untuk SE students patutnya ambil this semester and TITAS paper will be on 26th December. Sebab dah ambil semester lepas, so my first paper will be on 31st December. Lambat lagi kan? So aku balik rumah dulu, insyaAllah jumaat ni balik Kuantan.

Its good to be home with parents and cats. Till then, assalamualaikum.







Thursday, May 5, 2016

Bidong Island

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Sebelum cerita ini basi dan sebelum kisah ini aku lupa kerana dimamah usia, izinkan aku untuk coret sesuatu disini. Jika lagi lima tahun aku merindui kenangan sepanjang bergelar pelajar ijazah, aku mungkin akan kembali membuka lawan sesawang ini. Semoga tulisan kali ini tidak terlalu panjang.

Program Survival Laut dan Penghayatan Warisan

Disebabkan motto UMT adalah "Ocean Of Discovery" atau dalam bahasa melayunya "Terokaan Seluas Lautan" jadi program ini merupakan program khas untuk pelajar UMT dan merupakan antara program utama selepas menjalani minggu jalinan mesra iaitu minggu orientasi. Atas sebab-sebab tertentu, kami batch 2014/2015 pergi agak lewat sedikit iaitu di penghujung tahun dua. 

Core program untuk UMT adalah Science Marine jadi sebahagian daripada Pulau Bidong merupakan Stesen Penyelidikan UMT untuk student program Marine Biology dan lain-lain menjalankan kajian. Kenapa Pulau Bidong ni tak terkenal macam pulau-pulau lain yang ada di Terengganu ek? Sebab Pulau Bidong bukanlah Pulau Peranginan. Dan disebabkan tak ramai manusia yang menjejaki kawasan itu, jadi pulau itu sangatlah cantik dengan airnya yang sangat jernih sehingga menampakkan pelbagai coral dan ikan-ikan cantik alaaaa macam ikan nemo tu. Intro pun dah panjang alahai.

Sekitar tahun 1970, Pulau Bidong merupakan pusat perkampungan Vietnam kalau kalian nak tahu lebih kurang 40,000 penduduk. Sila klik di bawah untuk pembacaan lanjut.

http://www.visit-terengganu.net/pulau-bidong-memori-orang-hanyut/


2 May 2016

7.45 am, kami bertolak ke Jeti Muara Sungai Merang dari Kompleks Sukan UMT. Di jeti Sungai Merang kami menaiki bot awam disitu lebih kurang 10 minit sebelum menaiki bot UMT yang menunggu kami di tengah-tengah perairan. Dan kurang dari satu jam, kami sampai di Pulau Bidong. 

Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Ketam, Udang, Jerung dan Pari. Aktiviti pertama kami ialah hiking sambil menghayati warisan tinggalan warga Vietnam di Pulau tersebut. Kemudian kami meneruskan dengan aktiviti kayak dan snorkeling dan seterusnya LDK. Kami diamanahkan untuk mereka cipta cheer song dan persembahan untuk malam nanti. Lebih kurang jam 11.30 malam, kami semua masuk tidur kerana keletihan yang teramat.

Dan aku pun lena dalam dibuai mimpi dalam sleeping bag yang aku bawa.

Sepanjang aktiviti, banyak kali juga kena denda contohnya pumping sebab lambat ambil BA (Buoyancy Aid), untuk pertama kali makan tak basuh bekas lauk, dan banyak lagi. Tapi kami semua enjoy gila. Kenangan yang tak boleh lupa adalah ambil wuduk menggunakan air laut. Masin woi. Dan solat dalam keadaan basah lencun. Ini memang betul-betul survival! Kami juga tak dibenarkan untuk membawa sebarang sabun termasuklah shower cream, shampoo dan facial cleanser kerana dikhuatiri akan merosakkan coral-coral di laut.


3 May 2016

Program ni pun tak lama. 2 hari 1 malam je. Selepas solat subuh berjemaah, sarapan, dan spring clean di Pulau, acara diteruskan dengan perasmian penutupan oleh Camp Commandant. Seterusnya menaiki bot untuk pulang.


Yang tak pergi tu sangat rugi sebab pertama korang dah bayar kan dan sekali je dapat jejak kaki dekat sini melainkan kau program sains biolgi marin dan lain-lain, boleh la kerap pergi sini untuk research. Bagi aku, program ni takdelah penat sangat sebab aku tak tidur sebaik saja sampai rumah. Tak tidur sebab kejar date line untuk beberapa tugasan. Malam tu, aku rebah awal atas katil. Aku tak bawak fon jadi semua gambar merupakan ihsan daripada kamera orang. Muka burn tak payah cakap, ada yang mengelupas teruk, kulit jadi gatal-gatal dan macam-macam lagi. Don't worry, All is well.


Bot UMT

Waktu bertolak dalam bot UMT

Dalam bot awam

Water confident

Inilah geng saya!

Selfie sikit
Girls in Team Ketam

Students and Faci

Team Ketam

Bersama Kak Hairul (paling depan), faci suka denda orang dan paling lucu bagi aku.

Till then, assalamualaikum.


Friday, April 15, 2016

Terdetik? Kau tunggu

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


A cloudy friday and I heard a sound of thunderstorm and the smell of rain tapi hujan masih belum turun dengan lebatnya. Aku perhati setiap hari minggu pada hari Jumaat, hari aku ibarat lifeless. Kamon, hari Jumaat kot sepatutnya penuh dengan barakah dan menenangkan. Dan aku baru selesai bermuhasabah diri. Kalau tak mampu setiap malam sebelum tidur, at least once a week pun boleh. Dalam hidup ini, aku perasan aku akan selalu diuji dengan apa yang aku kongsikan, sampaikan even kalau benda tu terdetik dalam hati.

Dulu, lebih kurang lima tahun yang lalu, aku pernah up status dekat laman sosial Twitter dengan ayatnya lebih kurang begini. 

"Hidup ini terlalu singkat, jadi kena saling memaafkan"

Kemudian bermulalah episod salah faham dengan rumet sehingga tercetusnya peperangan yang sehingga nampaknya tiada tanda-tanda akan kembali pulih. Waktu itu masing-masing ego, dan rasa diri tak salah padahal both of us ada salah sendiri.

As we grew up and as time passed by, lima tahun dah berlalu, everything has changed. Alhamdulillah :)


"Sabar, Tuhan takkan beban dengan apa yang kau tak mampu"

Ayat yang seringkali aku ungkapkan untuk berdepan dengan rakan yang sedih atau sedang menghadapi masalah. Mungkin sebab taktahu nak tenangkan dengan cara apa. Mudah nak ungkap dengan perkataan sedang diri tak rasa apa yang mereka rasa. Sebab itulah ada saja mehnah dan tribulasi yang menimpa diri agar kita betul-betul membenarkan apa yang kita ungkapkan. Begitulah antara pengalaman lepas dan ringkas yang boleh aku kongsi. Allah akan terus menguji titik kelemahan hambaNya hingga kita akhirnya passed ujian tersebut.

Passed bagaimana?

Buka smartphone, atau tafsir. Rujuk surah Ankabut ayat 2 hingga 5.

Kalau sebelum ni, kau sering menyebut tentang kemaafan dan kau berjaya memaafkan dan ikhlas dengan kejadian yang menimpa diri kau, kau passed. Atau kau berduka dan kau betul-betul redha dan kau tahu ada hikmahnya menanti kau, kau passed. InsyaAllah.

---

Kisah sekarang.

Aku as a team leader untuk satu course ni, meminta anak buah send sekeping gambar untuk organization chart. Terdetik dalam hati tak nak buat kerja susah-susah dan banyak kali kalau ada cara mudah yang boleh ikut. Arahan aku sangat simple dan aku dah guide untuk memudahkan urusan aku dan yang lain-lain.

"Open mynemo, download profile picture yang ada dekat situ dan email jam sekian-sekian."

Aku buka email. Ada yang follow spec seperti yang aku nak. Dan ada yang snap gambar passport then email. Ada horizontal dan ada vertical. Aku download those pictures dan terus tutup. Tiada mood nak buat kerja. Aku rasa nak marah tapi bukan jenis aku nak sembur orang. Dan aku boleh je inform mereka semula tapi malas dan rasa bengang masih ada sebab arahan yang simple macam tu pun tak boleh faham. Tujuan aku mintak gambar dekat mynemo sebab aku malas nak edit i.e resize or crop semula gambar.

Keesokan harinya pesanan ringkas masuk, "akak dah dapat gambar?"

"Dapat, terima kasih" aku susuli dengan emoji senyum dan hanya kerana pesanan ringkas tersebut aku kembali ceria walaupun bukanlah aku dapat seperti gambar yang aku nak.


Ibrahnya disini, setiap apa yang aku detikkan dalam hati, terkadang, Tuhan menyentuh dan nak lihat apa bakal aku lakukan jika ia tidak berlaku seperti apa yang diharapkan. Aku muhasabah diri dari malam semalam hingga hari ni. Mungkin arahan aku tak clear. Dan sepatutnya aku beritahu sebab apa aku nak sekian-sekian. Jujurnya, mereka tiada salah. Dan kesalahan itu aku letak pada bahu aku sendiri. Moga Tuhan ampuni aku.

Tuhan, aku sangat bersyukur, walaupun aku seorang yang agak pemarah tapi aku cepat cool dan selalu saja fikir hikmah menanti walaupun sekecil-kecil hikmah. Terima kasih Tuhan. Aku selalu percaya, orang lain juga ada pengalaman mereka sendiri. Semoga diberi kekuatan, tak mudah melatah dan bertemu hikmah.

"Aku nak, bila aku letak Allah dalam hati pada setiap saat, aku harap aku mati tatkala aku ingat pada Allah. Tu je impian aku."


Mind with your words.
If something terdetik dihati? 
Kau tunggulah.
Then be prepared.
Allah nak tarbiyah kita rupanya.
Till then.
Assalamualaikum.



Thursday, April 7, 2016

End of Mid Semester Break

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Khamis (31 Mac 2016)

Siapa yang tidak gembira untuk pulang ke rumah setelah hampir dua bulan tidak pulang. Selepas menemani coursemate mengambil keropok lekor, lebih kurang jam 4.30 petang tiba di rumah sewa dan aku masih belum packing. Sedang aku packing, tak lama kemudian, datang pakcik untuk membetulkan saluran paip yang tersumbat di luar rumah. Selepas semuanya selesai, aku kembali packing dalam keadaan kelam kabut kerana pada jam 6.30 petang, kami satu rumah akan diambil oleh pakcik van untuk ke airport dan station bas. Bas yang aku naiki sepatutnya pada jam 8.30 malam dan tepat jam 8.35 malam, masih tiada bas kelihatan. Aku risau jika aku yang tertinggal bas. Aku terus ke kaunter dan tanpa sebarang pengumuman awal, tiket aku ditukarkan kepada bas lain pada jam 9.00 malam. Fuh, lega.

Jumaat (1 April 2016)

Boleh tahan laju pakcik bawak bas 3 jam setengah je dah sampai dan aku baru tahu Izmir iaitu coursemate aku duduk di Kuantan juga sebab naik satu bas dengan beliau. First day di rumah tidak ke mana-mana, dan aktiviti utama ialah kemas rumah sebab ummi arrange kedudukan barang dalam rumah.

Sabtu (2 April 2016)

Munculnya anak kucing sesat yang sangat comel yang diberi nama Bear. Aktiviti yang sama juga seperti semalam iaitu mengemas rumah dan aku kemudiannya menyiapkan OOP lab assignment kerana submission due before 12.00 am. Maghrib tu abah ajak keluar makan. Lebih kurang jam 10 malam sampai rumah, terus menghadap laptop sambung buat lab dan submit!

Ahad (3 April 2016)

Aktiviti yang sama juga arrange kedudukan dalam bilik. Penat woih. Dan petang tu ummi ajak pergi Teluk Cempedak layan Fish and Chips, kemudian kami ke masjid Tanjung Api untuk solat sebelum ke Berjaya Megamall. Balik rumah rushing siapkan mind map untuk Academic Writing Skills sebab submission due sebelum menjelangnya 4 April 2016. LOL

Isnin (4 April 2016)

Cuba mengumpul kekuatan untuk start buat lab assignment Web Programming II akhirnya tersungkur setelah beberapa minit sebab malas nak fikir pasal server apache tomcat tu apa semua. Akhirnya menghabiskan waktu seharian berkenalan dengan Bear serta bermanja-manja dengan dia.

Selasa (5 April 2016)

Baru nak start buat lab assignment Web Programming II padahal due keesokan harinya jam 12.00 tengahari. Baru nak download netbeans new version, download xampp dan configure server apache tomcat. Hasilnya aku tak tidur satu malam tu.

Rabu (6 April 2016) 

Sambungan cerita semalam dimana aku tak tidur dan selepas subuh aku stop kejap pergi dapur prepare breakfast untuk family. Last touch up lab assignment kemudian submit. Lebih kurang jam 11 pagi aku merangkak atas katil dan rebah sambil ditemani Bear disebelah. Bangun nak dekat jam 2 petang, setelah solat, drive pergi pejabat pos dan maxis centre bayar bill semata. Pada sebelah petangnya aku siapkan class activity 6 untuk Web Programming II dimana submission due pada hari esok malam. Tapi petang tu juga aku siap dan terus submit.

Khamis (7 April 2016)

Hari ni birthday abah! Siangnya study SQA dan sebelah malamnya packing kemudian sambung study SQA lagi.

Jumaat (8 April 2016)

Pulang ke Negeri Penyu pada jam 10 pagi. Manusia paling awal pulang saat rakan-rakan lain masih bergembira di rumah. Doakan perjalanan aku selamat ya.

---

Inilah diari untuk cuti mid semester keempat aku. Cuti yang dipenuhi dengan submission due. Semoga naik cuti ni pandai kawal emosi dengan test yang berderet, presentations, group project dan lain-lain untuk LAPAN SUBJEK. All is well.

Till then, assalamualaikum.


The Power Of Bismillah

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Agak-agak setiap perkara yang kita lakukan, adakah kita mulakan dengan lafaz Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim? Mungkin buat untuk sesetengah perkara contohnya dalam solat, sebelum makan atau sebelum buat presentation? Barangkali nervous? Baru ingat Allah. Yang buat untuk semua perkara, tahniah. Aku tabik spring sebab aku pun tak istiqomah untuk buat benda ni. Benda ni nampak simple kan? Tapi nak buat tu, Allahu bukan mudah sebab selalu terlupa.

Aku tak nak cerita panjang lebar. Mari straight to the point. Aku bagi contoh pelajar. Pelajar sangat sinonim dengan menuntut ilmu dan pada setiap kali mereka menuntut ilmu tanpa lafaz bismillah, ilmu itu tetap mereka dapat tetapi ianya tiada keberkatan.

Keberkatan? Dari kecil selalu dengar benda ni. Terlalu umum bukan? Ia bermaksud, "mantap dan kukuhnya pada sesuatu perkara".

Keberkatan? Sifirnya mudah. Satu, kebaikannya datang daripada Allah dan dua, kesannya kau kembali kepada Allah.

Kesimpulannya jika kau seorang pelajar dengan tak lupa menyebut nama Tuhan, kebaikan Tuhan ada dalam setiap perbuatan yang kau lakukan dan perkataan yang kau tuturkan. Dan setiap ilmu yang kau dapat, insyaAllah, kau takkan riak dan kau tahu mana nak salurkan ilmu yang kau dapat.

Masihkah kau ingat kisah Bahtera Nabi Nuh? Apabila Nabi Nuh a.s mahu berlayar, beliau membaca bismillah maka berlayarlah bahtera itu dan apabila beliau mahu berlabuh, beliau membaca bismillah, maka bahtera itu pun berlabuh dengan izin Allah.

Dan mana ada orang yang nak berbuat jahat baca lafaz bismillah kan? Jom sama-sama kita praktikkan lafaz bismillah dalam kehidupan seharian kita. Moga istiqomah dan memperoleh keberkatan dan literally, semakin dekat dengan Allah. insyaAllah.

Till then, assalamualaikum.

Tuesday, February 23, 2016

Masih Punya Harapan

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


"Kak Hanan nak pergi mana?" tanya Haziqah, rommate ku.

"Nak pergi JPA kejap, ambil surat pengesahan." balasku ringkas. 

Ketika itu jam sudah menghampiri jam 11.30 pagi. Aku sudah pun mengenakan tudung di kepala. Setelah menyarung stokin, kunci motor yang terletak di rak buku di capai lalu keluar menyarung kasut. Setelah mengunci pintu, aku memanaskan enjin motor untuk beberapa minit sebelum berlalu pergi.

Setelah settle urusan di kaunter JPA, aku langsung ke bilik Dr. Azliza iaitu pensyarah bagi kursus Software Requirement Engineering untuk semester ini. 

"Haaa, masuk Hanan." pelawa Dr.Azliza ringkas sambil mengukir senyuman. 

Tapi kami memanggil Dr.Azliza dengan panggilan Puan. Dia antara pensyarah yang paling low profile dan sangat dekat dengan student. Aku mula rapat dengan Puan waktu menguruskan field trip semester lepas.

"Puan...." Itu je ayat yang mampu aku tuturkan pada waktu itu. Kemudian titis air mata terus jatuh. Terasa ada benda di kerongkong sehingga tak mampu nak mengeluarkan ayat berikutnya.

"Kenapa ni Hanan?" Puan memandang aku dengan penuh tanda tanya

"Saya macam dah tak mampu nak terus berada dalam program ni." 

Air mata aku jatuh lagi. Tak pernah lagi aku buat perkara macam ni dengan meluahkan segalanya kepada lecturer. Setelah berbincang mengenai subjek yang aku ambil semester ini dan cgpa aku pada semester lepas, Puan cuba menenangkan aku dengan memberikan nasihat dan kata-kata perangsang.

"Dulu ada sorang student saya, dia memang lemah programming. Langsung tak pandai buat program. Jadi, saya nasihatkan untuk berjumpa dengan senior tahun akhir yang buat FYP. Tengok macam mana dia buat sistem. Fahamkan sistem dia dari awal sampai akhir." 

"Lepas tu Puan?"

"Dia buat apa yang saya suruh buat. Dan sekarang dia dah jadi programmer dekat sebuah company terkenal."

Aku mengangguk lemah

"Kalau Hanan rasa tak boleh catch up dalam kelas sebab terlalu ramai, dan kalau Hanan risau takut drag masa dalam kelas kalau banyak tanya, cuba set appointment dengan lecturer supaya lecturer boleh approach one-to-one. Lecturer ni kan Hanan, dia dalam kelas nampak je garang tapi sebenarnya dia lebih suka student datang jumpa personal. Lecturer suka sangat tengok effort student yang bersungguh macam tu. Bila lecturer tengok effort macam tu, effort dia sebagai seorang lecturer double malah triple dekat student yang datang dekat dia. Percayalah." Terang Puan dengan panjang lebar

Aku tak banyak bercakap, hanya mengangguk lagi.

"Ni saya cakap dekat diri saya juga. Mungkin antara cara untuk kita develop kekuatan adalah dengan bangun tahajud especially kita yang muslim ni. Sebab bukan senang nak bangun sebenarnya. Lagi satu, istikharah. Ramai orang salah faham tentang konsep istikharah. Istikharah ni bukan hanya untuk jodoh. Setiap waktu kita buat keputusan kan? Nak add and drop subjek apa, nak makan apa dan banyak lagi kan? Ramai antara kita buat keputusan sendiri kemudian baru nak tanya Allah. Why not bertanya Allah dulu sebelum buat sesuatu keputusan."

Aku jadi seronok mendengar dan wajah aku sudah mula mengukir senyuman.

"Bukan semua orang boleh berlari jarak jauh kan? Ada yang dah memang power. 10 km dalam tangan je. Ada yang 1 km pun dah semput."

"Haah, betul tu Puan."

"Jadi, untuk mereka yang nak capai setaraf dengan pelari 10km, dia kena ada effort lebih dan akhirnya, percayalah, dia akan setaraf malah boleh pergi lebih jauh jika effort berterusan. Sama juga macam dalam programming kan Hanan?" 

Aku mengangguk. Air mata aku kesat.

"Allah pun, tak tengok hasil. Dia tengok apa kita tuai, apa usaha kita. Dari mula kita ambil wudhuk, bentang sejadah, mula angkat takbir dan tengok sejauh mana kekusyukkan kita dalam solat. Dan Hanan rasa kenapa Hanan berada dalam program ni?" soal Puan

"Taktahu Puan." Dalam keadaan seperti ini, itu sahaja ayat yang mampu aku ungkapkan

"Sebab Allah tahu Hanan mampu untuk berada dalam program ni, dan disinilah tempat Hanan. Allah takkan pernah menganiyai hambaNya. Dia lebih tahu yang terbaik buat hambaNya."

Dan sebenarnya lagi yang Puan sampaikan. Maaf Puan sebab tak banyak bercakap, dan hanya mendengar. Puan tak pernah gagal membelai jiwa aku.

Alangkah bagus jika jiwa aku ini pada setiap masa yakin bahawa Allah itu selalu ada di sisi dan menjaga aku penuh rasa kasih sayang. Alangkah bagusnya jika aku tanpa pernah ragu meyakini bahawa Allah itu tidak pernah menganiyai aku, meninggalkan aku terumbang-ambing sendiri. Alangkah bagusnya jika dari dulu lagi aku sedar bahawa Allah bukan meletak aku di satu tempat yang bahaya cuma menguji sedikit sahaja iman di dada.

Terima kasih Allah.

Terima Puan.


Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"


[Hadis Riwayat Imam Ahmad]