In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Agak-agak setiap perkara yang kita lakukan, adakah kita mulakan dengan lafaz Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim? Mungkin buat untuk sesetengah perkara contohnya dalam solat, sebelum makan atau sebelum buat presentation? Barangkali nervous? Baru ingat Allah. Yang buat untuk semua perkara, tahniah. Aku tabik spring sebab aku pun tak istiqomah untuk buat benda ni. Benda ni nampak simple kan? Tapi nak buat tu, Allahu bukan mudah sebab selalu terlupa.
Aku tak nak cerita panjang lebar. Mari straight to the point. Aku bagi contoh pelajar. Pelajar sangat sinonim dengan menuntut ilmu dan pada setiap kali mereka menuntut ilmu tanpa lafaz bismillah, ilmu itu tetap mereka dapat tetapi ianya tiada keberkatan.
Keberkatan? Dari kecil selalu dengar benda ni. Terlalu umum bukan? Ia bermaksud, "mantap dan kukuhnya pada sesuatu perkara".
Keberkatan? Sifirnya mudah. Satu, kebaikannya datang daripada Allah dan dua, kesannya kau kembali kepada Allah.
Kesimpulannya jika kau seorang pelajar dengan tak lupa menyebut nama Tuhan, kebaikan Tuhan ada dalam setiap perbuatan yang kau lakukan dan perkataan yang kau tuturkan. Dan setiap ilmu yang kau dapat, insyaAllah, kau takkan riak dan kau tahu mana nak salurkan ilmu yang kau dapat.
Masihkah kau ingat kisah Bahtera Nabi Nuh? Apabila Nabi Nuh a.s mahu berlayar, beliau membaca bismillah maka berlayarlah bahtera itu dan apabila beliau mahu berlabuh, beliau membaca bismillah, maka bahtera itu pun berlabuh dengan izin Allah.
Dan mana ada orang yang nak berbuat jahat baca lafaz bismillah kan? Jom sama-sama kita praktikkan lafaz bismillah dalam kehidupan seharian kita. Moga istiqomah dan memperoleh keberkatan dan literally, semakin dekat dengan Allah. insyaAllah.
Till then, assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment