Saturday, February 25, 2017

Pakcik CEO

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Dalam post sebelum ini aku pernah menyatakan bahawa aku pulang ke rumah pada minggu pertama kerana homesick bukan? Hari selasa aku pulang ke Kuantan dan dua hari berikutnya aku pulang ke kampung sebelah ummi iaitu di Petaling Jaya. Kemudian pada hari sabtu, aku kembali ke Kuala Terengganu. 

Jadual penerbangan dari Subang ke Kuala Terengganu adalah pada pada jam 11.40 pagi. Aku sengaja memilih untuk naik di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang kerana 10 minit sahaja dari Petaling Jaya jika jalan tidak jam. Untuk bergerak ke KLIA, ianya agak memakan masa.

Dalam flight, aku duduk di sebelah tingkap dan penumpang disebelah aku adalah seorang pakcik yang aku kira berusia 40-an. Pada waktu itu aku tiada mood untuk berborak lalu aku mengeluarkan mp3 lalu melayan perasaan ketika flight ready for takeoff. Aku tiada mood kerana makanan yang dibekalkan oleh ummi tertinggal di rumah. Rasa terkilan belum habis. Lebih-lebih lagi ummi yang hampir mahu menangis di lapangan terbang. Ummi tak habis-habis meminta maaf kerana terlupa hendak membawa kerana ketika itu kami tidak gerak sekali. Aku gerak dulu bersama maksu dan sepupu. 

Setelah hampir 10 minit, aku memusingkan wajah aku ke sebelah dan pakcik tersebut sedang tidur setelah membaca akhbar.

"Cepat betul pakcik ni terlelap" - Bisik hati aku.

Tak lama kemudian, aku terdengar seperti ada suara pada jarak yang paling hampir. Pantas aku berpusing. 

"Siapa nama? Pergi Kuala Terengganu buat apa? Datang KL buat apa? Suka duduk Kuala Terengganu?" - Bertubi-tubi soalan itu keluar daripada mulut pakcik. Aku menekan punat tutup pada mp3. Amboi pakcik. Kot ye pun satu-satu dulu. Em, pakcik ni nak borak ke? Cepat betul dia lena dan cepat jugak dia bangun. Ngomel aku dalam hati.

Selepas selesai aku di-interview, aku pula interview dia.

Rupanya dia seorang CEO disebuah company di Kuala Lumpur. Company dia major business in Oil and Gas, Construction, Property Development, Interior Design and Trading. Dia pulang ke Kuala Terengganu untuk bertemu dengan ibu beliau yang sekarang menghidapi penyakit kanser usus tahap tiga.

Sebaik sahaja mendengar perkataan kanser, aku terdiam. Ada riak sedih pada wajah aku. Aku cukup faham bagaimana kesakitan itu waktu ia menyerang seluruh tubuh badan. 

Dia bercerita lagi yang nanti dia akan bawa ibu dia ke Kajang untuk berubat cara rawatan islam. Aku setia mendengar sambil memanggung kepala dan senyum. Sebenarnya banyak lagi yang pakcik itu cerita dan bertanya tentang diri aku, pelajaran serta perkerjaan abah dan ummi. Sebaik lontaran ceritanya berhenti, flight sudah hampir tiba di Kuala Terengganu. 

Pakcik itu bertanya jika ada orang yang menjemputku di lapangan terbang kerana dia mahu menghantar aku jika tiada yang menjemput. Aku menolak dengan baik dan memberitahu bahawa aku sudah memaklumkan kepada rakanku untuk menjemput. Sebelum turun dan membawa haluan masing-masing, pakcik itu mengeluarkan kad beliau. Laju aku tatap. Ya pakcik itu bukan calang-calang orang rupanya.

"Nanti kalau ada apa-apa, contact lah ye." - Pesan pakcik dengan wajah yang sangat ceria

"InsyaAllah pakcik. Semoga kita bertemu lagi" - Aku menguntum senyuman

Sampai saja di rumah sewa, aku terus google nama dia. Belum taip habis lagi, nama dia sudah pun keluar. Semoga ibu pakcik sembuh daripada kanser usus dan dipermudahkan segala urusan. Semoga dengan kesakitan yang dihadapi, menjadi asbab untuk Allah hapuskan segala dosa-dosa sebelum bertemu dengan Dia. Semoga Allah menghadiahkan syurga buat ibu pakcik.

Next week aku balik lagi, hopefully dalam flight nanti aku dapat duduk sebelah orang yang baik-baik seperti pakcik CEO. Tak kisah sesiapa sahaja. Jika perempuan, lebih baik. Dan semoga akan ada lagi cerita menarik dan yang lebih menginsafkan diri.

Teringat kata-kata Bonda Nor, selamat menempuhi ujian sekolah kehidupan dan semoga pengakhirannya nanti adalah khabar yang menggembirakan.

Till then, assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment