بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
13 JUNE? Ada apa dengan 13 JUNE? Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana sudah genap setahun aku dan rakan-rakan seperjuangan menuntut ilmu di sebuah institusi pengajian. Sepanjang tempoh 1 tahun ini pelbagai perkara yang telah berlaku. Suka? Duka? Ye terlalu banyak.
Di IIC lah tempat aku bertemu rakan-rakan baru seperti Maya, Fatihah, Mimi, Aimi, Azlina, Nina, Hudha, Sofia, Wan, Kimi, kak Ima, kak Syawa, Biela, kak Ain, kak Dalila, Izzat dan ramai lagi serta tidak lupa juga buat rakan foreigner aku iaitu Fatemeh. Buat Fatin Asyifa, walaupun hanya 2 minggu kita berkenalan, tapi sudah seperti lama kita bersahabat. Itulah hebatnya apabila berukhuwwah.
Di IIC lah tempat aku mencari identiti diri, mencari semangat baru selepas kegagalan dalam SPM yang lalu kerana terlalu leka pada zaman persekolahan, mengetahui apa itu sahabat, apa itu kawan dan apa itu lawan.
Sepanjang setahun di IIC
Final bermula minggu hadapan. Jadi, berusahalah dari sekarang agar kita sama-sama mengecapi kejayaan.
-Man Jadda Wajada-
No comments:
Post a Comment