Sunday, July 10, 2011

Third sem result / Short sem

Apabila kita mengharapkan sesuatu yang tinggi dan akhirnya tidak dapat dicapai, pastinya akan berasa kecewa. Bermula jam 9 aku setia dihadapan lappy kesayangan dan akhirnya jam menunjukkan angka 1 tengahari. Aku bagaikan kucing kehilangan anak dan tak reti duduk diam. Akhirnya, lappy disimpan kerana terlalu bosan menunggu.

Tepat 2.30 petang, aku menaiki bas untuk pulang ke KL. Aku menerima sms daripada hudha:

Hudha : Nak result? Hehe
Hanan : Da keluar ke?
Hudha : Dahla.
Hanan : Penatla tunggu lagipun dalam bas dah ni. Hudha berapa?
Hudha : Argh, Damn it. Pointer turun. Da agak da *padahal dia DL* (:
Hanan : Hudha tolong cek kan?

Maka Hudha pun menyampaikanla.

Oleh kerana short sem, jadi aku mengambil 2 subjek. Keadaan aku yang seperti tidak dapat menerima hakikat pada mulanya. Terasa kecewa yang amat sangat kerana tidak seperti apa yang ditargetkan. 

Ummi berpesan, "jangan berputus asa along. Jadikan ini sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan yang seterusnya. Kenapa Allah tak bagi banyak? Mungkin along dah usaha tapi mungkin ada yang kurang? Mungkin hubungan dengan Allah? Jadi mulai sekarang, rapatkan diri dengan Allah. Kalau boleh, solat diawal waktu, dhuha dan ma'thurat jangan lupa. Sebelum tidur, pastikan mengaji walaupun 3 ayat..."


Sooo, this is my result

ARABIC LANGUAGE                : A
PC MAINTENANCE & SUPPORT : B+

Pointer                                 : 3.58


Thanks for your wishes friends! Congratulation to you too all my friends especially Durra, Hudha, Tieha, Chibbi. Keep up the good work. Maintain your DL. Durra texted me, she wanna meet me on tuesday to cheer me up. Thanks Durra ^^


*****
-Very tough subject for the forth sem-
I wonder~ can I do well for Data Structure? It's because I only got
B for Structured Programming

-.-





2 comments:

  1. terbaek ! goodluck for ur next sem.. nvr say give up. Yupp, ummi ckp 2 mmg btul.. :)

    ReplyDelete