Saturday, March 31, 2012

Jom jadi hamba Allah yang bersyukur!

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Banyak ayat al-Quran yang membicarakan tentang syukur. Ada ayat al-Quran yang menjelaskan hakikat syukur, perintah bersyukur, balasan bagi orang yang bersyukur dan ancaman bagi orang yang tidak bersyukur. Berikut ini adalah ayat ayat al-Quran yang menerangkan tentang syukur dalam semua dimensinya.

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu."

Surah Al-Baqarah 2:152

"Wahai orang orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu hanya menyembah kepadaNya."

Surah Al-Baqarah 2:172

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."

Surah Ibrahim 14: 7

"...Barangsiapa bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barang siapa ingkar, maka sesungguhnya Tuhan ku Maha Kaya, Maha Mulia."

Surah An-Naml 27:40

"Dan sungguh, telah Kami berikan hikmah kepada Lukman, iaitu 'Bersyukurlah kepada Allah! Dan barang siapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Terpuji."

Surah Luqman 31:12

"Allah tidak akan menyeksa mu jika kamu bersyukur dan beriman. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui."

Surah An-Nisa 4:147

"Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan izin Tuhan dan tanah yang buruk, tanaman-tanamannya tumbuh merana. Demikianlah Kami menjelaskan berulang-ulang tanda-tanda (kebesaran Kami) bagi orang-orang yang bersyukur."

Surah Al-A'raf 7:58

"Dan apakah dugaan orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah pada hari kiamat? Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai kurnia (yang dilimpahkan) kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur."

Surah Yunus 10:60

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."

Surah Ibrahim 14:7

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunan ku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka melaksanakan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur."

Surah Ibrahim 14:37

"Dan kami jadikan padanya di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air, agar mereka dapat makan dari buahnya dan dari hasil usaha tangan mereka. Maka mengapa mereka tidak bersyukur?"

Surah Yasin 36:34-35

"...Allah menghendaki kemudahan bagi mu dan tidak menghendaki kesukaran bagi mu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada mu agar kamu bersyukur."

Surah Al-Baqarah 2:185

"...Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagi mu agar kamu bersyukur."

Surah Al-Maidah 5:6

"Jika kamu kafir (ketahuilah), maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan mu dan Dia tidak meredai kekafiran hamba-hambaNya. Jika kamu bersyukur, Dia meredai kesyukuran mu itu..."

Surah Az-Zumar 39:7

"...Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu tidak mampu memberikan rezeki kepada mu; maka mintalah rezeki dari Allah dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada-Nya kamu akan dikembalikan."

Surah Al-Ankabut 29:17

"Sungguh, bagi kaum Saba ada tanda (kebesaran Tuhan di tempat kediaman mereka), iaitu dua buah kebun disebelah kanan dan disebelah kiri (kepada mereka dikatakan), 'Makanlah oleh mu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhan mu dan bersyukurlah kepada-Nya. (Negeri mu) adalah negeri yang baik (nyaman) sedang (Tuhan mu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun."

Surah Saba 34:15


Yang dimaksudkan Allah Maha Mensyukuri adalah Allah memberi pahala terhadap amal hamba-Nya, memaafkan kesalahan hamba-Nya dan menambah nikmat bagi hamba-Nya. Mari sama-sama jadi hamba Allah yang bersyukur.

Entri akhir sebelum April

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Jam didinding menunjukkan angka 3 pagi. Dan aku disini, di hadapan laptop maksu ku dengan jari jemari menari diatas keyboard. Mata masih segar walaupun otak terasa penat dengan segala macam perkara. Jadual peperiksaan akhir semester ini yang tiada gap membuatkan aku sedikit tertekan. Jika satu paper sehari, masih boleh consider. Dengan riang gembiranya aku jawab paper pertama, kedua, ketiga dan keempat. Masuk paper kelima, aku jadi blur walaupun dapat jawab semua soalan. Blur dek tiada ruang waktu buat diri. Oleh kerana terlalu lama berada di meja belajar, terasa sakit di bahagian yang sememangnya sakit. Langkah longlai ketika berjalan, itu perkara biasa. Jangan ditunjukkan rasa sakit itu, sebaliknya senyumlah kerana dengan senyuman mampu buat kau bersyukur dan tabah menghadapi kesakitan. Selasa hadapan adalah paper akhir sebelum cuti semester yang pendek iaitu kurang daripada 2 minggu akan bermula dan sebelum result keluar.

27.03.2012 : Technopreneurship
28.03.2012 : Web based programming
29.03.2012 : Programming concept and design
29.03.2012 : Management Information System
30.03.2012 : Computer security
03.04.2012 : Intro to database management system

Usaha + Doa + Tawakal

Term yang sering kita dengar untuk capai kejayaan. Sebelum peperiksaan bermula, pastinya akan kita berusaha sebanyak yang boleh dan diikuti dengan memohon bantuan Allah dengan doa, solat hajat dan sebagainya dan selepas selesai menjawab soalan, pastinya kita akan bertawakal dan menyerahkan segala pada Allah. Tapi apakah selepas itu kita tak perlu melakukan apa apa dan hanya menunggu keputusan?

Pada saat lecturer menanda kertas kita lah, kita harus banyak berdoa, memohon pada Allah agar dilembutkan hati dalam memberi markah. Tiada yang mampu memberi dan menolong kita melainkan dengan izinNya.

Orang yang belajar kerana Gred, pastinya akan kecewa bila mana tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan. Seperti marahkan Tuhan kerana tidak memberi apa yang diusahakannya selama ini.

Orang yang belajar kerana Allah, pastinya dapat menerima kekecewaan dengan tenang dan redha walaupun tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan. Tidak dia menyalahkan Tuhan kerana Tuhan tidak beri sebagaimana usahanya selama ini. Muhasabah diri~ Itulah yang akan dilakukan. Bukan dengan menyalahkan Tuhan.

15 April 2012

Tarikh yang pastinya membuat diri dan rakan seperjuangan berasa sedikit takut. Pastinya ada yang gembira, suka, sedih dan kecewa. Ya Allah, ku telah usaha semampuku. Lihatlah usahaku selama ini. Dan kini ku hanya mampu bertawakal dan redha dengan keputusan yang bakal keluar tidak lama lagi. Ameen.

Fainna ma'al usri yusraa... Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Alhamdulillah.

Wednesday, March 28, 2012

Dia yang tiada sepasang kaki

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Setelah selesai beli barang keperluan rumah di Giant Kelana Jaya, Petaling Jaya, kami mahu pulang ke rumah. Dari jauh kelihatan seorang warga india yang tiada kaki dan kelihatan agak berusia menolak kerusi roda dengan payahnya di tepi bahu jalan.

Aku dan maksu saling berpandangan. Pelbagai persoalan muncul ketika itu.

"Dia tiada family ke?"

"Sorang sorang je ke dia? Anak anak dia tak tolong dia ke?"

"Ditangannya memegang beg plastik giant, rumahnya jauh lagi ke?"

Kereta terus meluncur laju dihadapan. Aku mengintai uncle india itu melalui cermin tepi bahagian depan. Tak sampai hati rasanya membiarkan. 

"Maksu, maksu.... stop stop!! Undur balik kereta please. Kereta tak banyak kan kat belakang? Kasihan uncle tu. Rumah dia mesti jauh lagi kan?"

Setibanya dihadapan uncle itu, tingkap kereta kubuka.

"Uncle dari mana? Rumah uncle jauh lagi ke?"

"Uncle dari Giant, beli barang sikit. Rumah tak jauh, kat depan tu je" katanya sambil mengesat peluh didahi.

"Yeke rumah uncle tak jauh dari sini? Biarlah saya tolong tolakkan wheelchair uncle sampai kat rumah kalau uncle tak nak naik kereta."

Akhirnya uncle itu bersetuju

Sedang aku menolak wheelchair, kami berborak borak. Senang dengan keramahan aku barangkali, dia tidak henti henti bertanyakan aku soalan. 


***

Tercungap cungap aku menjawab soalan uncle tu sambil mendaki sedikit bukit  kemudiannya menuruni bukit dan mendaki sekali lagi bukit untuk sampai ke rumahnya. Berpeluh peluh aku ketika itu dan penatnya hanya Allah yang tahu.  Bagaimana uncle itu boleh berkata, rumahnya terletak tidak jauh dari situ?


***

Kata uncle itu, dia mengalami kemalangan 5 tahun yang lepas dan kakinya terpaksa dipotong. Dia juga sudah biasa dengan keadaan seperti dia yang sekarang. Aku kagum dengan sikapnya yang tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya lebih lebih lagi keluarganya. Apa yang penting, dia bertanyakan aku tentang ISLAM. Ku doakan agar Allah memberinya pintu hidayah dan mencampakkan nur islam dalam hatinya.

Nak berdakwah tak kira tempat, dengan perlakuan kita sahaja boleh mendorong orang sekeliling kita melakukan kebaikan. Bantulah sesiapa sahaja, tak kira tua, muda, muslim atau kafir.


Tuesday, March 27, 2012

Spread the love!

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


SMILE 

AND

GIVE SALAM 

"ASSALAMUALAIKUM"

SPREAD THE LOVE

REWARD?

REDEEM IN THE HEREAFTER

^___^

Saturday, March 17, 2012

Hari ini~

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Bila diri dihimpit rasa sedih dengan warna suram kehidupan atau bila diri diselubungi rasa amarah yang teramat, perlukah aku menceritakan pada seseorang atau biarkan ia tersimpan jauh dilubuk hati yang dalam?

Aku bimbang akan berlaku satu umpatan jika diceritakan, bimbang jika sesuatu aib akan terbuka. Kata temanku, "kau tak berniat nak mengumpat pun kan? kau cuma nak luah je kan? rilekslah."

Tapi jika simpan semua kesedihan dan kemarahan ni seorang diri, bimbang suatu hari ia akan meletup dengan sendirinya. Dan hari ini, pada waktu ini dan saat ini, aku sedang cuba untuk tidak menceritakan pada siapa siapa. Aku sedang cuba untuk menyimpan segalanya sendirian. Dan baru ku terfikir, aku tidaklah sendirian. Aku masih punya Dia untuk meluahkan segalanya. Walaupun dengan meluahkan pada Dia, aku tidak dibelai terus, sekurangnya hati jadi tenang.

Semalam dan hari ni, aku menangis. Dan hari ni, petang tadi, ummi abah datang dari kejauhan, aku turun dari pangsapuri terus meluru ke arah kereta yang terletak tidak jauh dari situ. Bagai anak kecil gembira melihat gula gula kapas, aku terus memeluk ummi dengan esak tangis. Aku sedikit pun tidak peduli akan mata mata yang melihatnya. Hatiku cukup terubat tatkala memeluk ummi seeratnya. Aku dibelai, pipiku diusap dengan tangan itu. Terasa seperti hilang segala masalah. 

Kelihatan suria semakin tenggelam, menghilangkan diri dibalik malam. Begitulah aturan yang berlaku setiap hari. Apakah esok masih ada waktu untuk aku melihat sang suria mewarnai hari dan rembulan menyinari malamnya? Semoga aku terus diberi kekuatan olehNya.


Kuat!! Hiyyaaaakkkk!! =p

"I GAVE MY HEART TO THE DUNYA AND THE DUNYA REPAID ME WITH SORROW AND RESTLESSNESS. I GAVE MY HEART TO ALLAH AND ALLAH
 REPAID ME WITH CONTENT AND JOY"


Thursday, March 15, 2012

Ujian lagi? Rileks lah =)

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Alhamdulillah ya Allah kerana beberapa tugasan berjaya diselesaikan. Minggu hadapan juga bermulanya final tapi paper saya bermula pada hari selasa minggu lagi satu. Masih ada dua presentation yang belum diselesaikan. InsyaAllah minggu hadapan selesai. Minggu ini juga minggu yang penuh dengan ujian. Minggu yang banyak juga skip kelas due to some sickness. Doktor suspect sesuatu pecah between my ear and brain. Saintifiknya? Biarlah rahsia. Minggu depan juga adalah keputusannya. Buat yang tidak kuat, saya pasti ringan sahaja mulut berkata, "hai, lepas satu sakit, sakit lain pulak datang". Tapi Alhamdulillah, tak terlafaz langsung perkataan itu di mulut. Kata doktor, jika perlu, akan dibedah atau dalam bahasa inggerisnya, operation. Hehe.

Terima kasih juga buat classmates yang menghantar pulang ke rumah setiap kali pulang dari kelas. Terima kasih juga buat classmates yang sangat concern buat diri. May Allah bless you peeps. 

Ku tanya lagi ummi, "Ada ke orang nak kahwin dengan along yang banyak sickness ni?"

Kata ummi, "Biarlah Allah penentu segalanya. Dia Maha Mengetahui yang nyata dan tersembunyi. Sesungguhnya jodohmu anakku telah ditetapkan sejak azali. Akan tiba masa dan waktu yang sesuai dengan keizinanNya. Ummi tahu anak ummi kuat dan tabah. Lalui dan tempuhilah ujian Allah dengan cemerlang. Bergantung haraplah padaNya InsyaAllah 'sakinah' akan mekar di jiwa yang rapuh."

Ummi pandai memujuk. Ummi merupakan kaunselor terhebat. Apakah nanti aku bisa jadi kaunselor terhebat buat anakku sebagaimana ummi? 



P/S : Kelas banyak skip minggu ni, perlu kerja keras! 
Bermula minggu ni juga, aku tak mampu sujud dengan sempurna. Bagi yang mampu, bersyukurlah!
Kalau dulu, esak tangis dalam sujud kerana terkenang dosa dosa waktu lalu, sekarang esak tangis kerana terlalu sakit, seperti pisau menghiris dan menyiat nyiat isi diantara telinga dan kepala.