Friday, December 21, 2012

Bebelan Si Gagap #2

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Assalamualaikum. 

Nak cerita pasal praktikal dia lah tu. Hihi. Minggu ketiga telah pun berakhir. Waktu praktikal lah nak cerita. Waktu kerja nanti, rasanya taklah. Melampau kalau cerita setiap minggu. Lagipun praktikal lapan minggu sahaja.

Kita nak cerita perihal masa. Isu "waktu/masa" bukanlah merupakan isu biasa dalam kehidupan seseorang Muslim. Bahkan isu ini  merupakan isu pokok terhadap isu-isu yang lain.Waktu itu adalah hidup. Setiap saat dari detik-detik peredaran jam dan peralihan dari hari-hari merupakan sukatan umur manusia dan kehidupan mereka.

Bahawa pemisahan diantara Islam yang membuat kiraan dalam setiap detik-detik peredaran masa ke atas yang bekerja atau yang malas, dengan cara hidup orang-orang Islam yang unik tentang pembaziran masa dengan berbagai-bagai cara sama ada di kedai kopi, di pejabat-pejabat atau di dalam stadium yang penuh gemuruh dengan suara tempik sorak kerana memberi sokongan kepada sesuatu kelab bola atau pemain-pemainnya adalah suatu hakikat dan kenyataan.

Bukanlah tempik sorak kerana memberi sokongan itu termasuk dalam pembaziran masa. Ia termasuk dalam pembaziran masa jika ia tidak diletakkan dalam keadaan yang sepatutnya. Sebagai contoh jika anda mempunyai banyak keutamaan yang perlu diselesaikan, tetapi anda memilih yang tidak sepatutnya anda selesaikan dahulu. Alaaa. Faham kan? Tak faham sila buat-buat faham.

Melalui pembacaan saya dalam buku Dr Yusuf Qaraqawi, iaitu dalam satu laporan membuktikan kepada kita bahawa setiap orang pekerja di Eropah bekerja di dalam suatu hari sebanyak tujuh jam lebih. Dimana mengikut laporan rasmi yang sama juga menunjukkan kepada kita bahawa masa bekerja bagi tiap-tiap pekerja Muslim di Mesir tidak melebihi tiga puluh minit setiap hari.

Apa kes ni? Adakah boleh kehidupan seorang Muslim berterusan begini? Layakkah orang-orang Islam berterusan hidup dalam keadaan terhina, sedangkan agama mereka telah menerangkan di dalam kitab sucinya:

"Dan diletakkan kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis didalamnya dan mereka berkata: "Aduhai celakanya kami! Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan yang bedar, melainkan ia mencatat semuanya dan mereka dapati apa yang mereka telah kerjakan ada tertulis. Dan Tuhan kamu tidak menganiayai sesiapun."

-Surah Al-Kahfi Ayat 49-


Minggu pertama praktikal, saya selalu kutuk diri. Saya tidak pandai menyusun waktu dengan baik. Keluar awal pagi dan pulang lewat petang dan kadang-kadang malam membuatkan saya berasa sangat letih. Sebelum pulang dari ofis, saya berazam untuk menyiapkan log book dan study. Sampai sahaja di rumah, saya akhirnya terkulai dan terus rebah di pembaringan. Seminggu yang pertama, tulang belakang sentiasa rasa sakit dek kerana duduk dalam tempoh masa yang lama. Lagipun saya belum pasti adakah scoliosis benar-benar sembuh atau tidak.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Ia akan memakan diri lebih-lebih lagi saya tiada sebarang komitmen dan tanggungjawab di sini. Dan saya akan pastikan bermulanya minggu kedua, saya tidak akan bersikap sedemikian. Saya harus melawan segala kepenatan. Saya tak boleh manja!

Di pembaringan sebelum mata terlelap, hati dan akal saya saling bersoal-jawab. Masa kerja nanti kalau dah kahwin dan dah ada anak macam mana? Takkan balik kerja terus berehat? Makanan dan pakaian anak-anak dan suami macam mana? 

Masuk minggu kedua dan sehingga hari ini Alhamdulillah saya dapat atasinya. Pulang dari kerja, saya naik ke atas sebentar untuk berehat sementara menunggu waktu Maghrib dan selepas Maghrib, saya turun ke dapur untuk menyediakan apa yang patut. I did it! Saya tak nak mensia-siakan waktu yang Allah pinjamkan buat saya. 


Proposal's dateline is today. Selepas berhempas-pulas, Alhamdulillah. Minggu hadapan boleh mula study dengan lebih detail, set-up , configure dan test network infrastructure untuk dimasukkan dalam final report. P/s : Jangan tahu online facebook ngan twitter je, ambil tahu sikit cane kau boleh access menatang tu :p
Steamboat! Setiap hari Jumaat ada Pot-Luck. Jadi staff-staff kat sini  (ICT Division  only)  bergilir-gilir bawak makanan. Hari ni turn Kak Mas dengan suami. Fresh from frozen. Kuah tomyam masak kat office dalam bilik pantri. Ada maggi jugak. Kalau nak makan maggi tu, rebus dulu nanti makan dengan kuah tomyam. Sedap! Oh ada Durian Crepe tadi. 
Kak Nor  sedang mengacau Kuah Tomyam.  Kakak yang paling rapat dengan saya  kat tempat kerja.

Steamboat + Maggi Tomyam. Mari makan!

Esok selepas subuh akan bertolak ke Petaling Jaya dan pada pukul 11.00 pagi akan bertolak balik ke Kuantan Pahang untuk bertemu dengan insan-insan yang dicintai. Cuti 4 hari pun Alhamdulillah. Hari isnin akan ke Segamat, Johor untuk bertemu dengan maktok sebelah abah dan hari selasa dari Johor akan terus ke Bangi. Mohon kalian mendoakan keselamatan saya dan keluarga. Kalau tak balik, nampak gaya bulan Februari 2013 baru dapat menjejakkan kaki ke Kuantan. Ketika itu saya sudah GRADUATE! Eh, dah ke? Alaa tinggal Ibadah Camp je belum pergi. Ibadah Camp bulan tiga rasanya kot iaitu sebelum pelajar-pelajar menghadapi Final Exam. Lepas tu graduate lah kot. 


Merry Krismas buat kawan-kawan saya yang beragama Kristian dan selamat bercuti bagi yang bercuti. Oh ye minggu hadapan Supervisor saya takde seminggu so boleh goyang-goyang kaki lah kan? Kah kah.

Orait, till then, Assalamualaikum.







Sunday, December 16, 2012

Takkan Terputus

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Dalam tempoh masa "praktikal", semua akan membawa haluan masing-masing. Sekarang, semua berpisah. Berpisah dalam menyempurnakan amanah sebagai seorang pelajar semester akhir dalam tahun akhir.

"Argh, bosan lah kau Hanan! Sikit-sikit update pasal praktikal"

"Argh kau. Siapa suruh kau baca haaa? Nak makan kasut aku?"

Okay okay aku proceed.

Seorang tercampak kat Johor, seorang di tengah-tengah kota, seorang di Hulu Selangor. Dulu makan sama-sama. Study sama-sama sampai lewat malam. Bincang projek sama-sama sambil gelak macam setan. Gossiping yang tak pernah habis waktunya.

Sekarang ini tiada lagi. Semuanya aku lihat semakin matang. Aku rasa jika kami semua berjumpa, memang tak berhenti bercakap. Ada sahaja perkara yang mereka ingin ceritakan, yang ingin dikongsikan walaupun kadang-kadang sekadar nak beritahu yang "hari ini aku jumpa lelaki hensem woih. Dia duduk sebelah aku dalam bas." takpun "hari ini ada test, susah gila dowh. Aku terpaksa meniru."

Argh, bagai isi dengan kuku kami semua walaupun terkadang ada salah faham.

Jadi aku mengambil satu langkah supaya tidak loss contact adalah dengan cara, bersms, gtalk, whatsapp dan sebagainya. Tapi itu semua adalah terlalu mainstream la. Kalau aku kaya sikit, aku akan menghubungi mereka. Kawan-kawan aku takdela ramai mana tapi ramai la jugak. Jadi aku buat satu jadual. Hari ini aku call orang tu. Esok aku call orang ini. Haha. Seronok weyh, seronok! 

Kalau lah kau mengerti perasaan rindu dan sayang kepada sahabat, kau takkan kisah berapa banyak kau spend untuk top-up kau. Ini kawan-kawan, apatah lagi jika keluarga. Kasih sayang seorang ayah dan ibu tiada tolok bandingnya jadi aku pasti menelefon mereka setiap hari walaupun kadang-kadang cakap tak sampai dua minit. Aku tak pernah berkira dengan mereka kalau aku yang asyik hubungi mereka kerana bagaimana aku hendak menerima sedangkan aku tak memberi. 

Kadang-kadang jika sms atau whatsapp lambat reply atau janji dicapati, harap dimaafkan. Aku ini sesungguhnya insan yang banyak kekurangan. 

Doa merupakan senjata orang mukmin. Sentiasalah kenang aku dalam doamu kawan-kawan. Argh, kalaulah kau mengerti perasaan rindu itu.


-Gayut dengan Zyra malam semalam, my housemate kat Gombak dulu-

Friday, December 14, 2012

Bebelan Si Gagap

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Hai Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam satu Malaysia. Hari ini hari Jumaat. Maka dengan ini berakhirlah minggu kedua aku berpraktikal. Tinggal 6 minggu sahaja lagi. Kenapa aku membilang waktu? Kerana sebaik sahaja praktikal tamat bermakna berakhirnya segala projek yang harus disiapkan kurang dari dua bulan ini. 

Sebenarnya pagi tadi aku sangat kesunyian. Semalam merupakan Hari Penutupan Kem Daurah Anak-Anak Cemerlang di Masjid Hasanah, Bangi. Jadi aku sedia maklum bahawa selepas ini kanak-kanak tidak lagi menemani aku pada waktu pagi seperti hari-hari sebelumnya. Biasanya pukul 7.30 pagi, mereka dah tercongok di tangga masjid. Menghafal Quran, berkejaran dan berborak-borak. Kini tiada lagi.

Pagi tadi seperti biasa aku lepak di masjid dari pukul 7.30 pagi. Selepas buat apa yang patut, kelopak mata terasa berat lebih-lebih lagi dengan suasana masjid yang sangat sunyi. Selama aku berada di masjid, tak pernah pula aku baring-baring. Pertamanya sebab segan dengan kanak-kanak. Tapi hari ini terdetik rasa nak baring-baring kejap sementara menunggu pukul 8.30. Baru sahaja hendak merebahkan diri, tiba-tiba bunyi yang kuat menghentam karpet masjid sekaligus tempias angin mengenai muka. Mak ai, terkejut guwe. Hilang terus rasa mengantuk. Nasib baik tak melatah. 

Siapakah gerangan yang menghempas barang di atas karpet? Rupa-rupanya makcik cleaner sedang melempar ke bawah semua telekung yang berada di atas almari. Aku dapati beliau sedang mengemas dalam keadaan emosi. Kebetulan jarum jam telah menunjukkan angka 8.40 pagi jadi aku terus ke tandas dan bersiap-siap untuk masuk kerja. 

Dalam perjalanan menuju ke pejabat, aku terjumpa jalan shortcut. Kurang 10 minit je jalan kaki dari masjid tu. Gila best weh! Selepas ini tak perlulah aku berjalan kaki mengikut jalan yang biasa aku lalui. Kalau lah selangkah saja dari masjid ke pejabat kan best. Macam mustahil je. Hurm.

Dan hari ini aku dapat rasakan waktu berjalan begitu lambat sekali. Tak seperti hari-hari sebelumnya. Kenapa ye? Mungkin kerana sakit perut melanda diri. Dan hari ini juga aku belajar perkara baru iaitu Configuring Switch. Kalau taktahu sila google. Tapi kalau korang google, baca, terus faham dan tahu macam mana nak configure. Tabik spring ah! Sebab apa aku tabik spring? Sebab aku sendiri pun tak berapa faham walaupun dia dah bagi, "Nah, baca ni. Saya nak awak configure switch lepas ni." Aku macam, omo-omo. Apa benda ni? 

Attach the management cables.  Dan tadi aku menggunakan COM32.

Sila klik untuk tumbesaran yang lebih sihat. Tadi aku ada upload kat FB tapi selang beberapa ketika, aku telah mendeletenya. Well, kekadang memang hobi aku mendelete apa yang aku upload atau update. Okay meh nak cerita sikit. Sekarang cuba kau tengok interface ni. Sebelum nak interface ni appear, gila banyak step yang perlu dilakukan. Kita perlukan satu programs atau tools untuk configure benda alah ni. Oleh sebab laptop ummi menggunakan OS Windows Vista, jadi aku kena download freeware yang compatible dengan OS laptop ummi ni. First, cool term. Second, putty. Masih tak sesuai. Lastly aku download tera term. Dan akhirnya berjaya! Aku punya la happy. Nampak tak kotak hitam sebelah kiri? Aku diarahkan untuk menukar nama switch kepada C41_Balai_Polis_Bukit_Aman. Tapi sebelum tu aku kena reset dan reboot. Payoh jugok sebab aku tak pernah buat benda-benda macam ni. Kalau kau tanya mana-mana yang memang expert in Network, dorang mesti cakap, ala senang je tu. Tapi bagi aku susah sebab aku tak pernah buat benda ni. 


Disebabkan aku terlalu bosan hari ini, maka aku buat onar iaitu dengan mengganggu kakak-kakak engineer yang sedang buat kerja. Aku sengaja interview. "Dulu akak belajar kat mana? Ambil course apa? Akak minat field apa? Network? System? Multimedia?"

Dan jawapan yang aku terima adalah semua tak suka Network sebab Network antara field yang paling complicated dan kebanyakannya dipelopori oleh lelaki. Company tempat aku praktikal ni rupanya ada je syif malam. Bukan bermalam ni pejabat sebaliknya di Menara TM di Bangsar. Kenapa kena jaga? In case ada emergency, server down ke apa ke, mereka lah yang akan menyelamatkan keadaan. Bila sebut pasal Menara TM. Aku pernah apply praktikal kat Menara TM selain Cybersecurity tapi aku tak pergi pun. Hari kedua minggu pertama, pihak TM call aku tanya kenapa aku tak lapor diri. Padahal aku tak dapat apa-apa email mengenai surat penerimaan praktikal di situ. Sebenarnya aku dapat di TM, tapi hanya melalui panggilan telefon. Hitam putihnya tiada maka aku anggap, TM tak perlukan aku jadi aku buat taktahu. Dan hari pertama aku praktikal, Cybersecurity call aku. Padahal aku dah bagitahu aku tak jadi kat situ. Sob sob sedihnya.

Sebelum praktikal, miss yang pernah mengajar subjek Network bertanya, awak boleh ke ambil Network ni? Network ni susah. Dengan sempoinya aku jawab, "kalau miss boleh, kenapa saya tak boleh?" 

Melihat akan keadaan sebegini, aku rasa give up nak teruskan untuk belajar major in networking ketika degree nanti. Dan tiba-tiba juga semangat nak belajar di luar negara lunyai begitu sahaja. 

Bsc (hons) in computer science, second year. Dan Bsc (hons) in computing, final year di Universiti Northumbria, Newcastle. Aku tak decide lagi nak ambil computer science atau computing. Kalau boleh aku tak nak lama-lama kat oversea. Aku ni orang kampung, mana biasa makan makanan western ni. Selain luar negara, aku akan apply UiTM. Bsc (hons) Netcentric Computing ni menarik. Hudha pun nak ambil ni. 

Sambung kembali perihal praktikal. SICT menawarkan tiga skop untuk menyiapkan projek. Multimedia, system dan network. Kenapa aku memilih network? Ceritanya begini.

Ketika semester 4 dahulu, aku mengambil subjek Data Communication and Networking dan ketika berada di semester 6, aku mengambil subjek Network Security. Dan akhirnya aku memperolehi Gred A dalam subjek ini. Berbekalkan dengan minat yang ada semasa aku belajar di kolej dulu, jadi aku memutuskan untuk membuat projek berkaitan Network. Akan tetapi, setiap apa yang aku belajar di kolej semuanya basic. Dan di sini, aku belajar perkara baru. Selama ini, teori dan sekarang ini aku sedang mempraktikkan apa yang telah aku belajar. 

Ummi aku seorang pendidik, jadi darah seorang pendidik telah pun mengalir dalam badan anaknya. Aku bercita-cita juga nak jadi seorang pendidik. Mungkin selepas beberapa tahun mengutip pengalaman di sesebuah syarikat.

Cukuplah. Aku dah melalut terlalu panjang. Oh ye, setiap kali hujung minggu aku akan pulang ke Petaling Jaya. Setiap hari Jumaat ada pasar malam, jadi tadi aku beli dua bungkus kuey tiow sup. Sedap gila! Aku tak tipu. Sebelum aku menamatkan entri ini, ada yang bertanya perihal result semester lepas.

Aku cerita sikit jela. Alhamdulillah. Masih Dean's List tapi tak 4 flat la seperti dua semester lepas. Cukuplah sekali je dapat 4 flat. Tak payah banyak-banyak kali. Haha. 

Entri ni bosan kot. Kalau korang baca sampai bawah, memang tabik. Terima kasih banyak-banyak ler. Aku sekadar mengisi lapang yang ada untuk malam ni.

Bye.

Till then.

Assalamualaikum.



Friday, December 7, 2012

Hari ini hari Jumaat

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Hari ini hari Jumaat.

Seperti biasa keluar awal pukul 7.30 pagi. Dalam bekerja, aku diberi keizinan oleh Allah untuk buat apa yang patut di dalam masjid sementara menunggu pukul 9.00 pagi iaitu waktu pejabat buka.

Hari ini hari terakhir untuk minggu pertama, ada lagi tujuh minggu.

Hari ini keadaannya sama seperti semalam.

Aku baru nak sentuh proposal, tetiba kakak engineer minta pertolongan untuk buat data entry untuk satellite image. Sampai waktu balik aku masih dengan data entry.

Hari ini sama seperti hari hari sebelumnya cuma bezanya hari ini aku pulang lewat iaitu malam.

Ketika berjalan kaki pulang ke rumah, rintik-rintik hujan mulai turun. Lima minit kemudian hujan mencurah turun dengan lebatnya. Aku cuba berlari. Tapi tak mampu dan tak berdaya dek kerana menggalas beg yang agak berat.

Aku berlari... Cuba berlari... Risau takut laptop basah

Akhirnya aku sampai di rumah dalam keadaan yang separuh basuh kuyup

Kemudian aku keluar semula rumah ada hal sedikit dan aku pun dah balik lalu menaip entri ini. Entri yang agak membosankan.

Aku buka gmail dan aku menerima email daripada SV. Dia bagi semua link untuk aku buat rujukan mengenai projek aku. Aku terkedu. Mengapa beliau baik sangat.

Oh ye, aku letih sangat. Sangat. Sangat.

Selamat malam. Assalamualaikum.



Thursday, December 6, 2012

Serba sedikit tentang Praktikal

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Jarum jam di dinding telah menunjukkan angka 12.40 a.m bermakna hari ini adalah hari khamis. Dah hari khamis? Tiba-tiba terasa cepat pulak masa berlalu. Rasa macam baru lapor diri pada hari Isnin yang lepas. 

Hari pertama, keadaan agak membosankan kerana semua staff dan engineer sibuk dengan tugas dan projek yang sedang dijalankan dengan PDRM. Selepas waktu makan tengahari baru aku dapat supervisor baru since aku nak buat projek berkaitan network.

Hari kedua, supervisor aku beri aku bahan bacaan dan selepas waktu makan tengahari, dia panggil aku ke meeting room dan explain serba sedikit tentang projek yang sedang dijalankan. Dan pada sebelah petangnya aku menolong seorang engineer ni buat kerja iaitu import rasterized vector map. Tiga kali aku buat. Hampir give up sebab terlalu banyak folder. Aku sedikit konfius walaupun dia dah beri step. 

Hari ketiga, aku siapkan import map yang tergendala tu dan alhamdulillah siap. Susah jugak ler. Dan aku semakin risau sebab masih belum dapat specific projek walaupun aku tahu aku akan dapat berkaitan network. Risau sebab aku dah sepatutnya buat proposal. Aku ada masa lebih kurang seminggu lebih je rasa untuk submit dekat academic supervisor. Aku rasa company supervisor nak aku fikir sendiri projek apa yang aku patut buat. Jadi berdasarkan apa yang dia explain kat aku pada hari kedua, aku dah dapat gambaran. Dan selepas waktu makan tengahari, aku jumpa dia dan propose project apa yang aku nak buat. 

LiteCAD application. Haa ni la projek aku. Combination antara network dengan system. Budak-budak kat rumah aku mesti akan cakap, haa menatang apa tu? Dan aku bolehlah mula buat proposal tapi aku tak larat nak buat malam ni sebab aku kena study dulu.

Dekat office, meja kanan laptop buat projek. Laptop kiri siapkan company punya projek. Dalam masa 3 hari ni, tulang belakang aku sentiasa rasa sakit. Aku harap sangat scoliosis aku tak terbentuk semula. 

Dan aku tanya member-member, kebanyakannya bagitahu, mereka praktikal sahaja. Takde buat projek pun. Ada lagi cakap, sempat ke 2 bulan je?

Maksu aku cakap, itulah dia mentaliti orang melayu. Suka compare. Bila SV bagi tugas, bila kena complete kan projek dalam masa yang singkat, lepas tu mengeluh. Bila stress, kutuk SV lah, apa lah dan bla bla bla. Ambil lah sebagai satu cabaran. Aku tak jeles dengan member aku yang lain. Cuma aku harap aku mampu berada di situ, mampu buat kerja dan siapkan projek aku dengan baik.

Kata kawan aku, jangan expect kita akan buat apa yang kita belajar. Kita akan belajar sesuatu yang baru dan lebih susah. Betul lah. Aku rasa apa yang aku belajar selama ni semuanya basic. Bila masuk dan duduk bekerja dalam kalangan different level of engineer, aku rasa macam aku tak pernah belajar perkara yang aku buat. Aku rasa knowledge aku berada pada tahap kosong. Haha hambik!

Minggu depan adalah minggu yang sangat meletihkan rasanya sebab aku akan kerap pergi site dengan SV. Terakhir, aku rasa sedikit letih. Mungkin aku tak pernah kerja. Mungkin? Mula mula je ni. Lama kelamaan dah boleh adapt kot.

Sebenarnya aku nak cerita sikit je. Tapi aku rasa entri ni macam dah terlalu panjang. Sorry! Huh, selamat awal pagi!