Friday, December 14, 2012

Bebelan Si Gagap

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Hai Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam satu Malaysia. Hari ini hari Jumaat. Maka dengan ini berakhirlah minggu kedua aku berpraktikal. Tinggal 6 minggu sahaja lagi. Kenapa aku membilang waktu? Kerana sebaik sahaja praktikal tamat bermakna berakhirnya segala projek yang harus disiapkan kurang dari dua bulan ini. 

Sebenarnya pagi tadi aku sangat kesunyian. Semalam merupakan Hari Penutupan Kem Daurah Anak-Anak Cemerlang di Masjid Hasanah, Bangi. Jadi aku sedia maklum bahawa selepas ini kanak-kanak tidak lagi menemani aku pada waktu pagi seperti hari-hari sebelumnya. Biasanya pukul 7.30 pagi, mereka dah tercongok di tangga masjid. Menghafal Quran, berkejaran dan berborak-borak. Kini tiada lagi.

Pagi tadi seperti biasa aku lepak di masjid dari pukul 7.30 pagi. Selepas buat apa yang patut, kelopak mata terasa berat lebih-lebih lagi dengan suasana masjid yang sangat sunyi. Selama aku berada di masjid, tak pernah pula aku baring-baring. Pertamanya sebab segan dengan kanak-kanak. Tapi hari ini terdetik rasa nak baring-baring kejap sementara menunggu pukul 8.30. Baru sahaja hendak merebahkan diri, tiba-tiba bunyi yang kuat menghentam karpet masjid sekaligus tempias angin mengenai muka. Mak ai, terkejut guwe. Hilang terus rasa mengantuk. Nasib baik tak melatah. 

Siapakah gerangan yang menghempas barang di atas karpet? Rupa-rupanya makcik cleaner sedang melempar ke bawah semua telekung yang berada di atas almari. Aku dapati beliau sedang mengemas dalam keadaan emosi. Kebetulan jarum jam telah menunjukkan angka 8.40 pagi jadi aku terus ke tandas dan bersiap-siap untuk masuk kerja. 

Dalam perjalanan menuju ke pejabat, aku terjumpa jalan shortcut. Kurang 10 minit je jalan kaki dari masjid tu. Gila best weh! Selepas ini tak perlulah aku berjalan kaki mengikut jalan yang biasa aku lalui. Kalau lah selangkah saja dari masjid ke pejabat kan best. Macam mustahil je. Hurm.

Dan hari ini aku dapat rasakan waktu berjalan begitu lambat sekali. Tak seperti hari-hari sebelumnya. Kenapa ye? Mungkin kerana sakit perut melanda diri. Dan hari ini juga aku belajar perkara baru iaitu Configuring Switch. Kalau taktahu sila google. Tapi kalau korang google, baca, terus faham dan tahu macam mana nak configure. Tabik spring ah! Sebab apa aku tabik spring? Sebab aku sendiri pun tak berapa faham walaupun dia dah bagi, "Nah, baca ni. Saya nak awak configure switch lepas ni." Aku macam, omo-omo. Apa benda ni? 

Attach the management cables.  Dan tadi aku menggunakan COM32.

Sila klik untuk tumbesaran yang lebih sihat. Tadi aku ada upload kat FB tapi selang beberapa ketika, aku telah mendeletenya. Well, kekadang memang hobi aku mendelete apa yang aku upload atau update. Okay meh nak cerita sikit. Sekarang cuba kau tengok interface ni. Sebelum nak interface ni appear, gila banyak step yang perlu dilakukan. Kita perlukan satu programs atau tools untuk configure benda alah ni. Oleh sebab laptop ummi menggunakan OS Windows Vista, jadi aku kena download freeware yang compatible dengan OS laptop ummi ni. First, cool term. Second, putty. Masih tak sesuai. Lastly aku download tera term. Dan akhirnya berjaya! Aku punya la happy. Nampak tak kotak hitam sebelah kiri? Aku diarahkan untuk menukar nama switch kepada C41_Balai_Polis_Bukit_Aman. Tapi sebelum tu aku kena reset dan reboot. Payoh jugok sebab aku tak pernah buat benda-benda macam ni. Kalau kau tanya mana-mana yang memang expert in Network, dorang mesti cakap, ala senang je tu. Tapi bagi aku susah sebab aku tak pernah buat benda ni. 


Disebabkan aku terlalu bosan hari ini, maka aku buat onar iaitu dengan mengganggu kakak-kakak engineer yang sedang buat kerja. Aku sengaja interview. "Dulu akak belajar kat mana? Ambil course apa? Akak minat field apa? Network? System? Multimedia?"

Dan jawapan yang aku terima adalah semua tak suka Network sebab Network antara field yang paling complicated dan kebanyakannya dipelopori oleh lelaki. Company tempat aku praktikal ni rupanya ada je syif malam. Bukan bermalam ni pejabat sebaliknya di Menara TM di Bangsar. Kenapa kena jaga? In case ada emergency, server down ke apa ke, mereka lah yang akan menyelamatkan keadaan. Bila sebut pasal Menara TM. Aku pernah apply praktikal kat Menara TM selain Cybersecurity tapi aku tak pergi pun. Hari kedua minggu pertama, pihak TM call aku tanya kenapa aku tak lapor diri. Padahal aku tak dapat apa-apa email mengenai surat penerimaan praktikal di situ. Sebenarnya aku dapat di TM, tapi hanya melalui panggilan telefon. Hitam putihnya tiada maka aku anggap, TM tak perlukan aku jadi aku buat taktahu. Dan hari pertama aku praktikal, Cybersecurity call aku. Padahal aku dah bagitahu aku tak jadi kat situ. Sob sob sedihnya.

Sebelum praktikal, miss yang pernah mengajar subjek Network bertanya, awak boleh ke ambil Network ni? Network ni susah. Dengan sempoinya aku jawab, "kalau miss boleh, kenapa saya tak boleh?" 

Melihat akan keadaan sebegini, aku rasa give up nak teruskan untuk belajar major in networking ketika degree nanti. Dan tiba-tiba juga semangat nak belajar di luar negara lunyai begitu sahaja. 

Bsc (hons) in computer science, second year. Dan Bsc (hons) in computing, final year di Universiti Northumbria, Newcastle. Aku tak decide lagi nak ambil computer science atau computing. Kalau boleh aku tak nak lama-lama kat oversea. Aku ni orang kampung, mana biasa makan makanan western ni. Selain luar negara, aku akan apply UiTM. Bsc (hons) Netcentric Computing ni menarik. Hudha pun nak ambil ni. 

Sambung kembali perihal praktikal. SICT menawarkan tiga skop untuk menyiapkan projek. Multimedia, system dan network. Kenapa aku memilih network? Ceritanya begini.

Ketika semester 4 dahulu, aku mengambil subjek Data Communication and Networking dan ketika berada di semester 6, aku mengambil subjek Network Security. Dan akhirnya aku memperolehi Gred A dalam subjek ini. Berbekalkan dengan minat yang ada semasa aku belajar di kolej dulu, jadi aku memutuskan untuk membuat projek berkaitan Network. Akan tetapi, setiap apa yang aku belajar di kolej semuanya basic. Dan di sini, aku belajar perkara baru. Selama ini, teori dan sekarang ini aku sedang mempraktikkan apa yang telah aku belajar. 

Ummi aku seorang pendidik, jadi darah seorang pendidik telah pun mengalir dalam badan anaknya. Aku bercita-cita juga nak jadi seorang pendidik. Mungkin selepas beberapa tahun mengutip pengalaman di sesebuah syarikat.

Cukuplah. Aku dah melalut terlalu panjang. Oh ye, setiap kali hujung minggu aku akan pulang ke Petaling Jaya. Setiap hari Jumaat ada pasar malam, jadi tadi aku beli dua bungkus kuey tiow sup. Sedap gila! Aku tak tipu. Sebelum aku menamatkan entri ini, ada yang bertanya perihal result semester lepas.

Aku cerita sikit jela. Alhamdulillah. Masih Dean's List tapi tak 4 flat la seperti dua semester lepas. Cukuplah sekali je dapat 4 flat. Tak payah banyak-banyak kali. Haha. 

Entri ni bosan kot. Kalau korang baca sampai bawah, memang tabik. Terima kasih banyak-banyak ler. Aku sekadar mengisi lapang yang ada untuk malam ni.

Bye.

Till then.

Assalamualaikum.



2 comments: