Friday, December 21, 2012

Bebelan Si Gagap #2

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Assalamualaikum. 

Nak cerita pasal praktikal dia lah tu. Hihi. Minggu ketiga telah pun berakhir. Waktu praktikal lah nak cerita. Waktu kerja nanti, rasanya taklah. Melampau kalau cerita setiap minggu. Lagipun praktikal lapan minggu sahaja.

Kita nak cerita perihal masa. Isu "waktu/masa" bukanlah merupakan isu biasa dalam kehidupan seseorang Muslim. Bahkan isu ini  merupakan isu pokok terhadap isu-isu yang lain.Waktu itu adalah hidup. Setiap saat dari detik-detik peredaran jam dan peralihan dari hari-hari merupakan sukatan umur manusia dan kehidupan mereka.

Bahawa pemisahan diantara Islam yang membuat kiraan dalam setiap detik-detik peredaran masa ke atas yang bekerja atau yang malas, dengan cara hidup orang-orang Islam yang unik tentang pembaziran masa dengan berbagai-bagai cara sama ada di kedai kopi, di pejabat-pejabat atau di dalam stadium yang penuh gemuruh dengan suara tempik sorak kerana memberi sokongan kepada sesuatu kelab bola atau pemain-pemainnya adalah suatu hakikat dan kenyataan.

Bukanlah tempik sorak kerana memberi sokongan itu termasuk dalam pembaziran masa. Ia termasuk dalam pembaziran masa jika ia tidak diletakkan dalam keadaan yang sepatutnya. Sebagai contoh jika anda mempunyai banyak keutamaan yang perlu diselesaikan, tetapi anda memilih yang tidak sepatutnya anda selesaikan dahulu. Alaaa. Faham kan? Tak faham sila buat-buat faham.

Melalui pembacaan saya dalam buku Dr Yusuf Qaraqawi, iaitu dalam satu laporan membuktikan kepada kita bahawa setiap orang pekerja di Eropah bekerja di dalam suatu hari sebanyak tujuh jam lebih. Dimana mengikut laporan rasmi yang sama juga menunjukkan kepada kita bahawa masa bekerja bagi tiap-tiap pekerja Muslim di Mesir tidak melebihi tiga puluh minit setiap hari.

Apa kes ni? Adakah boleh kehidupan seorang Muslim berterusan begini? Layakkah orang-orang Islam berterusan hidup dalam keadaan terhina, sedangkan agama mereka telah menerangkan di dalam kitab sucinya:

"Dan diletakkan kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis didalamnya dan mereka berkata: "Aduhai celakanya kami! Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan yang bedar, melainkan ia mencatat semuanya dan mereka dapati apa yang mereka telah kerjakan ada tertulis. Dan Tuhan kamu tidak menganiayai sesiapun."

-Surah Al-Kahfi Ayat 49-


Minggu pertama praktikal, saya selalu kutuk diri. Saya tidak pandai menyusun waktu dengan baik. Keluar awal pagi dan pulang lewat petang dan kadang-kadang malam membuatkan saya berasa sangat letih. Sebelum pulang dari ofis, saya berazam untuk menyiapkan log book dan study. Sampai sahaja di rumah, saya akhirnya terkulai dan terus rebah di pembaringan. Seminggu yang pertama, tulang belakang sentiasa rasa sakit dek kerana duduk dalam tempoh masa yang lama. Lagipun saya belum pasti adakah scoliosis benar-benar sembuh atau tidak.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Ia akan memakan diri lebih-lebih lagi saya tiada sebarang komitmen dan tanggungjawab di sini. Dan saya akan pastikan bermulanya minggu kedua, saya tidak akan bersikap sedemikian. Saya harus melawan segala kepenatan. Saya tak boleh manja!

Di pembaringan sebelum mata terlelap, hati dan akal saya saling bersoal-jawab. Masa kerja nanti kalau dah kahwin dan dah ada anak macam mana? Takkan balik kerja terus berehat? Makanan dan pakaian anak-anak dan suami macam mana? 

Masuk minggu kedua dan sehingga hari ini Alhamdulillah saya dapat atasinya. Pulang dari kerja, saya naik ke atas sebentar untuk berehat sementara menunggu waktu Maghrib dan selepas Maghrib, saya turun ke dapur untuk menyediakan apa yang patut. I did it! Saya tak nak mensia-siakan waktu yang Allah pinjamkan buat saya. 


Proposal's dateline is today. Selepas berhempas-pulas, Alhamdulillah. Minggu hadapan boleh mula study dengan lebih detail, set-up , configure dan test network infrastructure untuk dimasukkan dalam final report. P/s : Jangan tahu online facebook ngan twitter je, ambil tahu sikit cane kau boleh access menatang tu :p
Steamboat! Setiap hari Jumaat ada Pot-Luck. Jadi staff-staff kat sini  (ICT Division  only)  bergilir-gilir bawak makanan. Hari ni turn Kak Mas dengan suami. Fresh from frozen. Kuah tomyam masak kat office dalam bilik pantri. Ada maggi jugak. Kalau nak makan maggi tu, rebus dulu nanti makan dengan kuah tomyam. Sedap! Oh ada Durian Crepe tadi. 
Kak Nor  sedang mengacau Kuah Tomyam.  Kakak yang paling rapat dengan saya  kat tempat kerja.

Steamboat + Maggi Tomyam. Mari makan!

Esok selepas subuh akan bertolak ke Petaling Jaya dan pada pukul 11.00 pagi akan bertolak balik ke Kuantan Pahang untuk bertemu dengan insan-insan yang dicintai. Cuti 4 hari pun Alhamdulillah. Hari isnin akan ke Segamat, Johor untuk bertemu dengan maktok sebelah abah dan hari selasa dari Johor akan terus ke Bangi. Mohon kalian mendoakan keselamatan saya dan keluarga. Kalau tak balik, nampak gaya bulan Februari 2013 baru dapat menjejakkan kaki ke Kuantan. Ketika itu saya sudah GRADUATE! Eh, dah ke? Alaa tinggal Ibadah Camp je belum pergi. Ibadah Camp bulan tiga rasanya kot iaitu sebelum pelajar-pelajar menghadapi Final Exam. Lepas tu graduate lah kot. 


Merry Krismas buat kawan-kawan saya yang beragama Kristian dan selamat bercuti bagi yang bercuti. Oh ye minggu hadapan Supervisor saya takde seminggu so boleh goyang-goyang kaki lah kan? Kah kah.

Orait, till then, Assalamualaikum.







No comments:

Post a Comment