Monday, November 21, 2011

Reminisce

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


It gonna be a long post, as usual, kalau rasa bosan tak perlu tunggu lama lama. You feel free to click X button at the right top or ctrl W. Since my blog already have a music background, you can have a look this video at youtube at another window. You can enlarge by clicking the picture.
(combined picture only at the bottom)


Apa perasaan apabila sekolah kamu diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dijadikan sebuah institusi lain? Tempat yang penuh dengan kenangan suka dan duka. Tempat dimana terbinanya sebuah persahabatan dan kejayaan? Kini segala galanya hanya tinggal kenangan. Kenangan yang ada sudah terhapus. Para guru semuanya berpindah di sekolah lain. Hanya beberapa kerat yang masih disitu meneruskan perjuangan sebagai seorang pensyarah di situ.

Aku (kami) cemburu dengan rakan rakan yang setiap kali cuti semester akan datang ke sekolah melawat guru guru dan mengadakan program bersama adik adik junior mereka. 

Lawatan daripada Kementerian Pelajaran pada tahun 2008 jika tak silap. Hasil perbincangan dan akhirnya pada pertengahan tahun 2009 dimana beberapa bulan lagi kami akan menduduki SPM, batch pertama pelajar matrikulasi telah mendaftar. 

Pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh pelajar sekolah dan pelajar matrikulasi. Kami dengan gelaran TEJA manakala pelajar matrik kami gelarkan dengan gelaran MEJA. Hidup satu kawasan dengan pelajar matrik pada mulanya agak menimbulkan ketidakpuasan hati. Apabila bertembung muka, masing masing menyombong muka dan diri. Pelajar sekolah pada ketika itu amatlah anti dengan pelajar matrik tetapi lama kelamaan, kami menjadi KAWAN! Begitulah, tak kenal maka tak cinta kan? :)


Terdapat beberapa orang pelajar TEJA yang menyambung di KMTPh antaranya khairul (ustaz), Nizar (Ganu, Ketua Pelajar) Suhaida (Eida), Pokcek (sorry tak ingat apa nama penuh hang), Khalil, Madi, Ikhwan, Afiq (Sepet). Ni semua set set pelajar Kejuruteraan Mekanikal 1. Memang berkampunglah korang :D

Terdapat  :

  • 5 blok 3 tingkat Asrama Puteri dan Putera beserta dewan makan dan kemudahan lain yang sangat selesa.
  • 9 buah makmal fizik, kimia dan biologi
  • 8 bengkel untuk pengajian kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, pengurusan makanan, pengajian pakaian, pengajian agroteknologi.
  • 2 bilik kuliah
  • Bilik multimedia
  • 4 makmal komputer
  • Gelanggang bola tampar (2 buah)
  • Gelanggang sepak takraw (4 buah)
  • Gelanggang tenis (3buah)
  • Gelanggang bola keranjang (3buah)
  • Gelanggang bola jaring (2buah)
  • Gelanggang badminton (4buah)
  • Tiga buah padang permainan (bola sepak,ragbi,hoki)

Kawasan sekolah yang sangat besar, jauh dari bandar dan luas mungkin antara faktor yang menjadi matrik. Dah, malas nak bercerita. Nak tahu lebih lanjut tekan link ini. Dalam simpanan aku, tak banyak gambar. Hanya ini yang ada.


Pintu gerbang 250 meter dari arah pintu masuk

Bangunan pentadbiran Tun Teja

Image
Pejabat sekolah matrikulasi (kini telah di renovated, tampak lagi mewah)
Image
Pintu masuk sekolah matrikulasi


Image
Bengkel dan makmal An-Najah
(Dahulunya terdapat bengkel pengajian kejuruteraan awam, elektrik, mekanikal, pengajian pakaian, pengurusan makanan, pengajian agroteknologi dan 9 buah makmal fizik, kimia dan biologi)


Image
Asrama putera dan puteri. Kini dikenali kolej kediaman pelajar.


Image
Surau At-Taqwa. Kini dijadikan masjid dan orang luar boleh mendirikan solat jumaat disini.


pagar3
pintu pagar utama
pagar2
Kenangan sekolah banjir rasanya pada hujung tahun 2007. Ketika itu batch aku dan kami belum lagi belajar di teknik. Komputer dan segala barang di bengkel semuanya hancur dan musnah. Penghujung tahun 2008, kami semua berjaga jaga dan menyimpan barang ditempat selamat dan alhamdulillah tiada banjir lagi selepas itu. Batch kami 2008/2009 tak merasa banjir =p


Image
Hanya pelajar dari 3 buah sekolah ini yang rasa apa yang kami rasa 
(SMT Jengka Pahang, SMT Pontian Johor, SMT Pendang Kedah )
T___T


Kiri gambar adalah pemandangan dari arah Cafe Al-Amin menghadap 
Bengkel An-Najah dan Bangunan Kelas. Kanan gambar adalah tempat berhimpun 
sebelum masuk kelas dan sebelum pulang ke asrama.

Kanan gambar adalah kediaman Pengetua dan guru-guru kanan (terpenting). Kiri gambar adalah Dewan Ibnu Sina. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya tempat perhimpunan pada hari Isnin. Hanya pelajar Kejuruteraan Pengurusan Makanan sahaja yang mengambil SPM dalam dewan ini. Course lain kat blok Al-Hidayah. Jawab dalam kelas, tak best langsung. 


Kami tinggalkan kenangan didinding dorm. Err ada handphone? Memandangkan kami batch terakhir,warden tak berapa kisah kami nak bawa handphone asalkan jangan bagi mereka nampak. Kadang kadang warden nampak tapi buat buat tak nampak. Rindunya pada warden warden T__T

Hari hari terakhir ketika di TEJA

......


Saturday, November 19, 2011

nonethetitle #2

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Kritikan hebat 

Jumaat malam lebih kurang pukul 11 aku tiba di rumah bersama abah yang kebetulannya pulang kerja dari Johor dan terus mengambil aku di Gombak dan langsung ke Kuantan. Kami tidak singgah di PJ kerana atok dan maktok tiada di rumah dan tinggal sementara di rumah maklang di Bangi kerana maksu ketika itu berada di China. Sebaik sahaja tiba di rumah, ummi yang dalam keadaan emosi tidak stabil terus menghentam aku dengan kritikan yang sangat hebat. Aku sedaya upaya menahan air mata tapi akhirnya tertumpah jua. Aku menerimanya dengan hati yang terbuka dan menganggap itu satu kritikan yang sangat hebat untuk melangkah lebih jauh. Terima kasih ummi :)

Hari pertama berada di rumah

Keadaan rumah memang tunggang langgang. Aku tak salahkan ummi kerana keadaan ummi yang kurang sihat sejak akhir akhir ni. Salahkan abah? Abah berada di Johor. Jadi? Malas nak salahkan siapa siapa. Aku memang seorang yang tak suka dan pantang rumah bersepah jadi aku mengambil inisiatif untuk mengemas sendirian tanpa mengharapkan bantuan sesiapa pun.

Aku bermula pada pukul 9 pagi hingga pukul 10 malam tanpa henti. Tipulah kalau tak henti. Hanya berhenti makan dan solat sahaja. Hanya area ruang tamu, bilik wafiy dan bilik aku sahaja yang mampu aku kemas selama 12 jam. Kemas bukan sikit2, habis semua aku basuh. Sampai tertonggeng tonggeng bawah meja. Jadi keesokan harinya aku ingin sambung dibahagian dapur dan sekeliling luar rumah.

Jika semuanya siap hari esok, maka aku boleh memulakan aktiviti aktiviti yang aku sudah rancang untuk cuti semester.

Keletihan

12 jam non stop memang memenatkan. Dan baru teringat akan kata kata doktor yang aku tidak dibenarkan untuk melakukan kerja kerja berat. Terkadang aku buat tidak tahu dan aku tidak kisah untuk menanggung kesakitannya. Bila lagi aku nak berbakti untuk ibu bapa aku ketika berada di rumah? :)

Jam menunjukkan pukul 11.40 malam dan aku harus tidur awal kerana sebentar lagi aku  harus bangun dan berdating dengan cinta hati aku. Siapa dia? Dialah yang Maha Mencipta :)

Aku jadi teringat akan kata kata seorang sahabat,

"Antara ciri orang yang bersyukur ialah orang yang menunaikan hak pada diri. Jika dia letih, maka hendaklah dia tidur. Jika sudah larut malam, maka hendaklah berehat dari kerja seharian. Bukankah Allah ciptakan malam untuk berehat dan siangnya untuk bekerja. Jangan derhaka pada hukum sunnatullah. Kalau tidak anda, siapa lagi yang akan mentaatinya?"


Thursday, October 27, 2011

Once a year

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful






Sunday, October 23, 2011

Reading

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


I heart reading. I learned to be a better person through reading. I believe reading is part of the reason I am the person today. Through life experiences and reading I have gained strength, courage, compassion and have dared to dream that I could be the person I want. Here are some of my favourite poems about reading which I got from author unknown.

The more you read, the more you know.
The more you know, the smarter you grow.
The smarter you grow, the stronger your voice, 
when speaking your mind or making your choice.

Saturday, October 15, 2011

The beginning

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful



Allah told us (women) to wear hijab because He loves us. Women are just like diamonds. The common diamond is the one that people could see in the display part. But the one which is very expensive, is highly protected, kept, and even closed with silk. It is only could be displayed to the one that worth it. See how expensive and exclusive it is. I do it only when it means something in my heart. The journey of hijab is different for each and every muslim girl. Discover it and experience the beauty of it and keep in mind that if I do it out of love for Allah, it will be the BEST CHOICE I have ever made. Last but not least, Fatihah Azhar, you have been an inspiration to me. You have taught me so much about myself and so much about our friendship. I ask Allah to shower you with His mercy. I ask Him to keep you firm on His Deen and make everything easy on you as well as those who are inspired by your story as I forever will be 

Friday, September 23, 2011

Allah looks our effort not our result

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Once you got dean's list title, you must be happy rite? Yes, it shows that you have come up with your effort and you deserved to get that title. I made the dean's list for the previous semester and I was very happy. Many of you I am sure have gotten this accomplishment. Studying does pay off. Anyone else got this accomplishment this past semester? If so, congrats and keep working on it for this coming examination.

Data Communication and Networking
Multimedia Technology and Design
Data Structure and Algorithm
System Analysis and Design
Mathematics 2 (calculus)
Advanced English 2

I think I can score for the five subject above excluding data structure algorithm (DSA). DSA is the subject after structured programming. It means, DSA is much more tougher compared to programming. I got only B for programming. 
I am just hoping pass for DSA. I don't want to repeat it. Sometimes I wonder what my result will be for this semester.


***

 There are soooooo many assignments, quizzes, lab test and presentations need to be done before final examination. 



Aku rasa semester ni ramai yang mengeluh. Nak withdraw lah, ape lah. Hey, kalau nak withdraw, awal2 lah bukan masa nak dekat final. Buang masa je tahu? Duit pun melayang. Mungkin juga kerana semester panjang dan subjek yang banyak. Pelajar lain paling command pun ambil 4/5 subjek tapi kami? 6 kot. Hoho. InsyaAllah. Allah looks our effort not our result. Mind that! (:






Monday, September 12, 2011

Nonethetitle #1

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan berkesudahan dengan kebahagiaan.  Kesudahan kita tidak akan pernah nmpak, kerana segalanya ditentukan Allah, kita hanya mampu berusaha. Tidak salah jika kita berani mencuba. "Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah"  dan "Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang apatah lagi utk mendapat kesudahan yg baik"

Sunday, September 4, 2011

Kerana kau sahabat

In the name of Allah the most gracious and the most merciful

Tumblr_ldf3ajze8k1qdxa23o1_500_large
Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.



"Terima kasih buat sahabat yang sering mendoakan diriku, bersamaku saat suka duka tawa dan menangis. Jazakallah khairan katheera. May Allah bless our friendship towards the end."

Saturday, August 27, 2011

Redha Perlu Dicari Bukan Dinanti

In the name of Allah the most gracious and the most merciful



"Its true that we don't know what we've got until we lose it, but its also true that we don't know what we've been missing until it arrives"



Seorang manusia biasa~
Bukan seorang Rasulullah yang maksum sifatnya~
Yang imannya sentiasa turun dan naik~
Yang sentiasa hatinya dibolak-balikkan oleh Penciptanya~
Pasti tidak akan terlepas daripada sebarang dosa~
Tidak kiralah sama ada dosa kecil atau besar~
Jalan penyelesaiannya adalah kembali kepada Penciptanya~
Bertaubat dan berazam agar tidak mengulanginya lagi~



Aku bersyukur~
Kerana pintu hatiku telah diketuk oleh Al-Khaliq seawal usia ini~
Di pengakhiran usia 18 tahun ini~
Dan bakal menginjak ke usia 19 tahun pada bulan Oktober nanti~
Agar mendampingiNya sentiasa~
Agar mencintaiNya sebelum mencintai manusia disekelilingku~


Pagi itu 25 ramadhan, aku menyiapkan mathematics di atas meja makan lalu terlena tanpa aku sedari. Dalam lena, aku tersentak lalu melihat jam. Ketika itu angka menunjukkan pukul 4 pagi. Dalam keadaan tersentak, aku terasa pipiku basah. Air mataku mengalir tanpa sebab.


Disepertiga malam itu, aku kebingungan lalu mengambil wudhuk. Dengan langkah longlai, aku bersolat. Sujudku menghambakan diri dan mengabdikan diri kepadaNya. Doaku dalam tangisan memecahkan keheningan malam.


KepadaNya aku mengadu kesakitan~
KepadaNya aku meminta agar dikuatkan Iman~
KepadaNya aku merayu agar pegangku erat-erat~ 
KepadaNya aku meluahkan segala yang terbuku di kalbu~
kepadaNya aku berharap agar diampunkan dosa-dosa masa lalu~


Aku jadi lemah dan berteleku diatas tikar sejadah~
Tangisan ku makin kuat~
Bila mengimbau kenangan lalu~
Terasa diri ini sangat kerdil dan hina~
Terasa sangat kotor atas kejahilan yang lalu~


Al-Khaliq, bantulah aku menghapuskan semua kenangan itu~
Ar-Rahman, peganglah hatiku erat-erat~
Hati, maaf kerana kau terluka lagi~
Terluka akibat perbuatanku~


Ketahuilah kawan~ 
Cukuplah usaha aku takat ini~
Kerana aku juga manusia biasa~
Bukan kerana putus asa tapi cukuplah~
Yang terbatas dalam setiap pertolongan~


Ketahuilah kawan~
Aku tidak mengharapkan apa-apa~
Aku hanya mampu berdoa kepadaNya~
Tanpa mengharapkan apa-apa balasan darimu~
Agar pintu hatimu diketuk dan diberikan hidayah olehNya~
Doaku tidak pernah putus agar kau menjadi hamba Allah yang soleh~




"There may not be a light at the end of every tunnel, but there is faith, hope and love all around us"
-Ummi-

 "Hanan, please you start life with a clean slate. Then you begin to make your mark. You face decisions, make choices. You keep moving forward. But sooner or later there comes a time where you look back over where you have been and wonder who you really are. Dear, pain is your friend, it tells you when you're seriously injured, it keeps you awake and angry but the best thing about it is it lets you know that you're alive!"
-Amira Qaleesya-


"Jaga diri dan jaga hati anda ye Hanan"
-Izdihariah-




Sebelum mata terlena dibuaian malam gelita~
Tafakur dipembaringan, mengenangkan nasib diri yang kerdil, yang lemah dan bersalut dosa~
Mampukahku mengharungi titian sirat nanti?
Membawa dosa yang menggunung tinggi?

Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu~
Agar terlerai kesangsian hati ini~
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini.

Tuhan~
Beratnya dosaku, tak daya ku pikul sendiri.
Hanyalah rahmat dan kasih sayangMu yang dapat meringankan~
Hulurkan maghfirahMu~
Andainya esok bukan milikku lagi~
Dan mata ku pun tak pasti akan terbuka lagi~
Sebelum berangkat pergi ke daerah sana~
Lepaskan beban ini, yang mencengkam jiwa dan ragaku~

Selimuti diriku~
Dengan sutra kasih sayangMu~
Agar lena nanti kuimpikan syurga yang indah abadi~
Pabila ku terjaga~
Dapat lagi kurasai betapa harumnya wangian syurga firdausi~

Disepertiga malam~
Sujudku menghambakan diri~
Akan kuteruskan pengabdianku padaMu~

-Sebelum mata terlena by Hijjaz-

Sunday, August 7, 2011

My BackBone

It's so random for me to write this entry. 
Perhaps too much of Emo peoples around me recently.


Seriously, 
I feel I'm so lucky to have my buddies, they are my backbone.
If you never tell, peoples will never know.
Peoples never know I faced sorrow moment, just because I got lotsa friends.
Friends can be uncountable, but how many true friends you got among your uncountable friends? 


There are too much of UnknownWar which you could probably involved without notification. You will knew it, until you get hurt.

Bitch is everyway. Well, I'm not refering to anyone! Don't think too much unless you agree you are bitchy :) 
I definitely got my right to speak out my feeling, my opinion, my point of view,
because this is my blog :) *peace*


A lot of thing, you never know:

  • You never know I wanna escape from my batch before,
  • You never know I got boycott before,
  • You never know I wished to transfer school before,
  • You never know I cry alone when I faced pressure,
  • You never know Peer Pressure can be so scary.
  • You never know how it's feel when the goodfriend that you think is not a friend of you.
  • You never know I think before I talk just worry I offended anyone.

I'm dumb, I dunno when to stand this side, when to stand that side. I'm tired involved in peer pressure. I choose to step away.You dun even know I changed, I'm not believed people, just because I afraid got hurt. But I would like to say thank you to those who hurt me. Your cruel lesson make me grow up, in short time. I'm not a little girl anymore. I able to protect myself even able fight back now.


I have a bunch of buddies that accompany me across those hard time~ 
They are kind, not selfish~ 
They are helpful without complaining~
They're willing to sacrifice their time to accompany when I'm down~





Without you guys, I dunno how I survive in a pathetic College Life
Thank you
My loves, My BackBone
Our friendship, I treasured


^^

Saturday, August 6, 2011

Ramai Pengajar, Sedikit Pendidik

Bulan lalu, sewaktu mengendalikan program latihan untuk sebuah organisasi, perbezaan makna antara "tahu" dan "sedar" telah menimbulkan satu diskusi yang menarik.

"Tahu di akal. Sedar di hati..." kata saya.

"Maaf, tak jelas. Apa sebenarnya maksud awak?"

"Dengan akal kita mengetahui sesuatu... tetapi hanya dengan hati kita menyedarinya," tambah saya.

"Masih kabur..." akuinya terus terang.

"Kebanyakan manusia tahu dia hamba Allah, tetapi tak sedar dia hamba Allah," jelas saya.

Perlahan dia mengangguk. Mungkin mula memahaminya.

"Akibatnya, ramai manusia sanggup melakukan kejahatan walaupun tahu sebagai hamba Allah tidak sewajarnya dia berbuat demikian."

"Itulah akibat hanya tahu tapi tak sedar," dia mencelah.

"Dan itulah juga puncanya ada orang melakukan kejahatan walaupun  ilmu agamanya melangit. Dia hanya tahu tapi tak sedar."

"Belajar tauhid sekadar hafalan, bukan penghayatan!"

"Pelajar sekolah agama pun terlibat jenayah," tambahnya lagi.

"Hakim mahkamah syariah pun didakwa rasuah," dia terus menambah.

Saya hanya diam.

"Bagaimana kita nak sedar?" Tiba-tiba dia menyoal.

"Pindahkan ilmu yang di kepala ke dalam hati!" balas saya.

"Kita mesti mendidik bukan sekadar mengajar," tambah saya lagi.

"Apa bezanya mendidik dan mengajar?"

"Mengajar dengan memberitahu, memahamkan dan menyampaikan..."

"Mendidik pula?" Dia menyampuk seakan tidak sabar.

"Mendidik ialah dengan mengajak, mendorong, membimbing dan memantau..."

"Jadi sekarang kita banyak mengajar daripada mendidik?"

"Begitulah..."

"Boleh berikan contoh?"

"Mengajar sembahyang ialah dengan menyampaikan ilmunya. Tentang sah, batal, rukun dan syarat. Hasilnya, pelajar kita tahu sembahyang."

"Mendidik sembahyang?"

"Mendidik lebih pula pada mengajak. Kita ajak pelajar sama-sama bersembahyang dengan kita. Kita jadi role-modelnya. Jika mereka malas, kita dorong. Jika salah, kita membetulkannya. Hasilnya, pelajar akan mahu bersembahyang."

"Oh, mahu bersembahyang... bukan sekadar tahu sembahyang."

"Saya pernah dengar ungkapan Inggeris - 'I need to pray' berbanding 'I have to pray'. Macam mana tu?"

"I need to pray tu lebih baik. Itu datang daripada kerelaan. Manakala I have to pray tu lebih berkesan kepada paksaan. Ibadah dengan rela lebih baik daripada terpaksa."

"Bagaimana dengan paksa rela?"

Saya senyum. Pandai dia berbahasa.

"Mendidik manusia begitulah. Mula-mula paksa dulu, lama-lama insyaAllah timbul rela. Alah bisa tegal biasa. Itulah prinsip mendidik. Pertama menyampaikan, kedua membimbing. Jika belum berkesan, tingkatkan dorongan. Jika belum lagi berjaya, baru gunakan hukuman. Paksa. Bahkan, dibolehkan memukul. Bukan untuk menyakiti, tetapi mendidik."

"Malang..." keluhnya pendek.

"Mengapa?" tanya saya.

"Sekarang ni ramai pengajar, sedikit pendidik."

"Ilmu agama sekadar jadi hafalan otak kiri yang tidak melahirkan tindakan. Ada yang dapat A1 dalam agama, tetapi tidak solat. Ilmu hanya ditumpahkan dalam kertas peperiksaan bukan dalam realiti kehidupan."

"Belajar solat berbeza dengan belajar matematik. Tapi kini dah nampak macam sama," tambah saya.

"Macam mana pula tu?"

"Belajar tentang solat tidak sama dengan matematik. Belajar tentang solat wajib melaksanakannya tapi matematik... tidak begitu. Awak misalnya, dalam bidang kedoktoran sekarang... Ada guna ilmu algebra yang dipelajari dulu?"

Dia senyum. Menggelengkan kepala.

"Mengapa kita kurang pendidik?"

"Eh, saya bukan pakarlah. Ini soal besar..."

"Apa salahnya kita berbincang. Inikan masalah kita. Masalah anak-anak kita," ujarnya.

"Sebab kita tidak mendidik para pendidik!"

"Profesion perguruan dilihat tidak menarik dari segi ganjaran. Ganjarannya masih di belakang bidang-bidang lain yang lebih hebat seperti jurutera, akauntan dan doktor... sedangkan tanggungjawab, peranan dan tugasnya berat."

"Betulkah doktor lebih hebat daripada guru? Er, er... maksud saya pendidik?"

"Hebat dari segi apa?"

"Kenapa awak tanya begitu?"

"Sebab, setiap profesion ada keistimewaannya tersendiri. lebih tepat kalau ditanyakan apa keistimewaan golongan pendidik?"

"Apa keistimewaan seorang pendidik?" Dia akur.

"Ilmu adalah amal jariah. Pahalanya berterusan selepas kematian. Pendidik adalah golongan yang paling dekat dengan tugas para rasul. Kerana dia mendidik modal yang paling berharga - modul insan. Jurutera hanya berdepan dengan mesin dan alat-alat teknologi tetapi pendidik berdepan dengan dengan sikap dan peribadi teknorat itu sendiri. Doktor menangani penyakit lahiriah, pendidik menangani masalah rohani."

"Jadi awak kata jurutera dan doktor tak pentinglah?"

"Tidak begitu. Bukankah saya katakan tadi... masing-masing ada keistimewaannya. Yang saya tegaskan di sini ialah keistimewaan pendidik berbanding profesion yang lain. Tetapi lain pula ceritanya kalau kita fokuskan keistimewaan jurutera dan doktor berbanding profesion yang lain."

Dia ketawa!

"Tetapi tidak semua orang melihat begitu. Masih ramai yang menilai dari sudut  gaji dan ganjaran."

"Biarlah orang lain rasa begitu tetapi golongan pendidik tidak boleh merasakan begitu. Pendidik wajib memandang tinggi profesionnya sendiri. Jangan kesal kalau diri tidak dihargai tetapi kesalnya kalau diri benar-benar tidak berharga. Maksudnya, pendidik mesti ada harga diri yang tinggi."
"Barulah mereka boleh berjaya mendidik. Ganjaran pahala bukan sekadar laba. Penilaian Allah, bukan hanya penilaian manusia. Jika tidak pendidik hanya akan mengajar"
"Dan hasilnya, pelajar hanya tahu... tetapi tidak sedar!"


Tags : Beduk diketuk by P.M. Juoi